Pages

Saturday, 22 December 2012

Melihat Beliau, Aku Malu Sendiri



Melihat beliau, aku malu sendiri,

Tatkala melihat kedutan di wajahnya,
Tatkala melihat garisan di ceruk dahinya,
Tatkala memandang janggutnya nan putih,
Dapatku tafsir bahawa beliau telah dimamah usia,
Baruku sedari usianya telah larut,
Namun apa yang membuatku teralpa,
Tatkala melihat semangat beliau nan setinggi puncak,
Mengajar dan membentuk kami para rijal2,
Dengan lembut sabar  tanpa jemu2 mengajar kami,
Mengenal Tuhan Rabbul Izzati,

                                    Inilah Ustaz Abdullah, Murabbi yang amat kami semua sayangi

  Sajak ini khas ana tujukan buat murabbi yang ana sayangi, Ustaz Abdullah atau lebih dikenali dengan Ustaz Lah. Ana rasa sangat kagum melihat sifat dan semangat( hamasah) yang ditujukkan beliau.  Walaupun usianya telah menjangkau puluhan tahun namun itulah semangat yang ditunjukkan oleh beliau mengalahkan para Rijal. Teringat ana beberapa hari sebelum kami menghadapi PMR. Beliaulah antara induvidu yang bekerja keras dalam membantu kami, memandangkan kami masih banyak kelemahan dan ketinggalan memandangkan sekolah kami serba kekurangan. 

Dialah yang banyak menasihati kami dan terus memberi semangat kepada kami tentang pelajaran. Antara kata-katanya yang masih melekat ke kepala adalah KECEMERLANGAN BOLEH DI CAPAI OLEH PELAJAR BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA.. kata-kata ini yang sentiasa tersemat di sanubadi kami semua. Teringat juga ana peristiwa 2 minggu sebelum PMR. Ku lihat wajahnya yang berkerut boleh ana tafsir bahawa ustaz tengah betul2 risaukan kami. Katanya:” Macam mana la nak bagi antum semua demam exam ni, orang lain  setahun sebelum dah demam exam, tapi antum ni…x demam2, risau ustaz.” Begitulah lebih kurang kata-katanya. Betapa besar kerisaunya kepada kami semua. 
                                            Lihatlah bertapa bersemangatnya beliau.


Setiap kali perhimpuan pastilah beliau induvidu yang wajib menyampaikan mutiara2 kata sebagai bekalan buat kami. Melihatkepada semangat beliau ana jadi lupa bahawa ustaz sudah tua. Induvidu seusia ustaz kebanyakkan lebih memilih untuk tidak bekerja kerana telah uzur tapi ustaz tetap bersemangat mengajar kami mengenal kehidupan Islam yang sebenar. Katanya” Bertaqwalah kepada Allah walau di mana kalian berada.” Insyaallah ustaz segala pesanana beliau akan tetap tersemat di sanubadi kami, para anank didikmu. Terima kasih ustaz kerana telah mendidik kami dengan kami. ~Melihat Beliau, Aku malu Sendiri~

No comments:

Post a Comment