Pages

Thursday, 20 December 2012

Sahabat Fillah Untill Jannah

terlalu indah kehidupan ini dgn kehadiran sahabat sejati,tapi terlalu sunyi hidup ini dgn pemergian sahabat sejati....

sunyi lagi jika tiada sesiapa yang menemani..bersama kami mengharungi keindahan dan kepahitan hidup ini semestinya pernah tercalit memori yang tidak dapat dilupakan.andai membuat kesalahan pasti akan ditegur atau dinasihat oleh insan yg digelar sahabat sejati.

tapi kini ku sedari bahawa diriku tidak lagi kesunyian dengan kehadiranmu Ya Allah! walau diriku sedih dengan kehilangan sahabat sejati tapi aku yakin bahawa engkau akan hadirkan sahabat sejati yang lain kerana engkau tidak akan membiarkan umatmu dalam keadaan bersedih.

sahabat itu istimewa,kerana perhubungan sejati kerana ilahi tidak akan terpisah,berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tidak ada kesudahannya dan insyaAllah bertemu di alam Syurga yang indah nanti...

UKHUWAH ITU BUKAN TERLETAK PADA INDAHNYA PERTEMUAN..BUKAN PADA MANISNYA UCAPAN DI BIBIR..TETAPI PADA INGATAN SESEORANG TERHADAP SAUDARANYA DI DALAM LISAN DOANYA.... -IMAM AL GHAZALI-

saat ku menitiskan air mata
bukan bererti ku menangis kerana cinta
tapi air mata itu menitis
ketika aku mulai melangkahkan kaki ini
untuk pergi meninggalkanmu walaupun tidak untuk selamanya.....
pasti kita bertemu dia syurga kelak.....

Perpisahan itu akan selalu ada, kerana kita pernah berjumpa, bersama, dalam canda tawa dan bahagia. Setiap titis airmata yang tertumpah di hari ini, akan menjadi saksi atas jalinan ukhuwah yang selama ini kita simpul seerat-eratnya.


disini ana ingin tujukan kepada sahabat2 ana yang entah boleh ataupun tidak kita berjumpa lagi selepas ini....
tapi yang pastinya insyaAllah kita akan berjumpa di Syurga kelak :) 

kepada semua yang membaca semoga diambil iktibar.


UHIBUKUMFILLAH  ABADAN ABADA <3

No comments:

Post a Comment