Pages

Sunday 27 January 2013

Sekolahku Syurgaku...

SEKOLAHKU SYURGAKU



SMA IBRAH
BERLANGITKAN AWAN NAN MEMBIRU
YANG KUTENUNG SETIAP FAJAR
DAN BERDINDINGKAN BUMI
YANG MENGAJAR KU REALITI KEHIDUPAN
DI SITULAH TERPASAK KEBANGGANKU
BERDIRI TEGUH SMA IBRAH TERCINTA

SMA IBRAH
DIPENUHI BUTIR-BUTIR MUTIARA JERNIH
YANG MENYINARI BUMI JAHILIYYAH
NAMUN
KILAUANNYA PERLU DIJEJAKI DAN DIHAYATI
KERANA HADIRNYA SATU DALAM SEJUTA

SMA IBRAH
DI SINI BERTINTA SEBUAH MEMORI
TEMPAT BERMULANYA SEBUAH JIHAD
MENGUKIR SEGULUNG SEJARAH AGUNG
KEGEMILANGAN.... KEJAYAAN SILIH BERGANTI
KERANA DIRIMU SEBUAH TARUHAN

SMA IBRAH
SENJA NUN JAUH DI SANA
MENJUNJUNG LANGKAH KAKI WARGAMU PERGI
MENILIK SENYUMAN MAWAR
BERSAMA SEGUNUNG KEPUASAN
IMPIAN YANG DIBINA MENJADI REALITI
TATKALA AGAMAMU MENUNTUT SEORANG SYAHID

SMA IBRAH
ALMA MATER TAK AKAN KESUNYIAN
DENGAN PEMERGIAN NUSA
KERANA KAU TAHU
DI SANA TERBITNYA INSAN-INSAN TULUS
YANG DAHAGAKAN TARBIYYAH
UNTUK KAU CURAHKAN FIKRAH
BUAT PENYUMBANG RISALAH ISLAM

~Ukhti Solehah~

Peringkat Dosa Dalam Hati

Assalamualaikum semua...
sekarang jam menunjukkan pukul 4.00 pagi, tapi ana x boleh nak tidur lagi...
baik ana isikan masa ana ni dgn benda yg faedah kan???
kat sini ana kongsi satu tajuk yg ana petik dari satu blog nih...
peringatan ini 99.9 % untuk penulis sendiri tapi 0.1 %.. ana bagi kat korang..
kalau  korang baca.. Alhamdulillah... :)

Peringkat Dosa Dalam Hati


Hati orang mukmin ialah hati yang sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yang sakit dan resah.  Dosa itu akan mengundang gelisah dalam jiwa.
Rasulullullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Dosa itu sesuatu yang mendatangkan rasa resah dalam hatimu.”
Dosa ialah “virus” yang menyebabkan hati sakit.  Hati yang sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yang ditunggangi oleh syaitan.  Apabila “raja” (hati) dalam kerajaan diri sakit, ia akan turun dari takhtanya, dan naiklah “penjahat” (nafsu) sebagai penguasa yang baru yang akan sentiasa mengajak diri kepada kejahatan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya hawa nafsu itu akan sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Surah Yusuf 12:53).
VIRUS DOSA
Seumpama penyakit lahir yang ada virus atau bakteria yang menjadi penyebabnya, maka begitu jugalah penyakit hati.  Ada virusnya yang tersendiri.  Sekali lagi ditegaskan bahawa virus penyakit hati ialah dosa.
“Virus” dosa akan menyerang dan “menyakitkan” hati tidak secara mendadak.  Ia akan merosakkan hati secara perlahan lahan dan berperingkat peringkat.  Kejahatan itu bukan satu kebetulan.  Ia satu kebiasaan yang terbentuk secara perlahan lahan, tahap demi tahap.
—————————–
ADA EMPAT TAHAP VIRUS DOSA MEROSAKKAN HATI MANUSIA
 
1.     Rasa Bersalah Dengan Dosa
Pertama kali berbuat dosa, hati akan diburu rasa bersalah.  Jiwa resah kerana diri menentang fitrah.  Fitrah semulajadi manusia adalah baik (sewaktu di alam roh dan mula mula dilahirkan ke muka bumi ini).
Jadi apabila fitrah ini dikotori, manusia seolah olah menentang hati kecilnya sendiri.
Atas dasar pakar psikologi mengaku bahawa setiap kali melakukan kesalahan atau dosa, manusia akan diserang rasa “guilty conscience” – rasa bersalah.  Kesalnya bukan main.  Sesalnya sungguh merimaskan.  Rasa bersalah itu memang menyeksakan, sebab apabila berdosa manusa seolah olah berperang dengan dirinya sendiri.
2.     Rasa Biasa Dengan Dosa
Namun rasa berdosa itu tidak lama, Jika dosa yang sama itu dibuat kali kedua, ketiga dan seterusnya, rasa bersalah itu akan hilang sedikit demi sedikit. Lalu akhirnya, hati itu telah terbiasa dengan dosa.  Rasa bersalah tidak akan datang lagi.  Ia sirna dimamah oleh kebiasaan membuat dosa yang berulang-ulang.  Jika dulu ada air mata yang mengalir kerana kekesalan dan penyesalan tapi ditahap kedua ini, tiada air mata lagi.  Alah bisa tegal biasa.  Hati telah tega dan rela untuk berdosa dan terus berdosa
3.     Rasa Seronok Dengan Dosa
Dosa itu “racun” yang disalut kemanisan dan keindahan.  Dosa yang dilazimkan tidak akan terhenti kesannya pada hati.  Dari tahap terbiasa dengan dosa, “penyakit” hati akan meningkat setahap lagi, yakni pada tahap ketiga: Seronok dan rasa indah dengan dosa.
Pada tahap ini, diri manusia itu sentiasa mengintai peluang dan ruang untuk melakukan dosa.  Rasa ketagih dengan maksiat, rasa gian dengan kemungkaran, menghantui hati.  Racun dosa akan bertukar menjadi nikmat. Tiada lagi rasa bersalah.  Bagi dosa yang terbiasa ini menjelma menjadi fatamorgana nikmat yang berkubu kukuh didalam hati.
4.     Jadi Pembela Kepada Dosa
Nafsu tidak pernah puas.  Kehendaknya tiada batas.  Syaitan pula ialah musuh yang tidak pernah tidur.  Usahanya tidak pernah kendur.  Lalu apabila syaitan meluncur laju di “lebuh raya” nafsu dengan “kenderaan” sifat sifat mazmumah, hati yang seronok dengan dosa itu dirasuk untuk “maju” setapak lagi.  Itulah tahap keempat yang lebih dahsyat dan tenat.  Keseronokan dosa itu menyebabkan pelakunya menjadi pembela dan pejuangnya.
Pada tahap yang kronik ini, dosa akan dipromosi dan dihiasi oleh si “toxic people” ini sebagai sesuatu yang indah, seronok, dan menguntungkan.  Jangan ada pembela agama yang bercakap tentang akhirat dan kiamat, pejuang dosa itu pun bangun menentangnya dengan seluruh upaya dan kudrat.
Awas!! Hati yang sakit lama kelamaan akan menjadi buta.  Hati yang semacam ini sangat keras kerana mazmumah.  Sudah semakin membarah menjadi syirik, kafir dan munafik.
Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan sesiapa di dunia ini buta hatinya maka diakhirat nanti juga akan buta, dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Isra’ 17:72)
————————
BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT HATI
Bagaimana merawat hati yang sakit sebelum menjadi parah? Mula mula kita perlu menyedari bahawa hati itu bolak balik sifatnya.  Rasullullah SAW menjelaskan hati itu bagaikan kuah yang sedang mendidih atau menggelegak.  Simpang siur dan turun naiknya begitu unik.  Kekadang ia sihat dan baik  bagaikan fitrah asalnya.  Namun sesekali bertukar menjadi kelam, kusam, hitam bagaikan lakaran syaitan yang memantulkan kejahatan.
Bagaimana caranya untuk mengesan samada hati kita sihat atau sakit?  Sekali lagi Syeikh Ibn Ata’illah memberikan panduan menerusi kata katanya:
“Sebahagian daripada tandanya matinya hati, iaitu jika tidak berasa sedih kerana tertinggalnya suatu amalan kebaikan, juga tidak menyesal jika buat sesuatu perlanggaran dosa”.
Beliau menegaskan lagi bahawa kata kata itu bersandarkan sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang berasa senang oleh amal kebaikannya dan merasa sedih atau menyesal atas perbuatan dosanya, maka dia seorang Mukmin (beriman)” (Riwayat al-Tabarani).
Kalau badan kita sakit, kita tidak berselera untuk makan sekalipun dihidangkan makanan yang enak.  Mana mungkin kita makan, hidung yang tersumbat, lidah yang pahit yakni ketika deria pandang, bau dan rasa  kita telah “tercabut”.
Begitu juga dengan hati yang sakit menolak segala “makanan Rohani” yang enak dan lazat seperti solat, zikrullah, membaca al-Quran, doa dan lain lain.  Apabila solat tidak lazat, bukan ertinya solat itu yang tidak lazat tetapi kerana hati kita sakit.  Apabila membaca al-Quran tidak manis, bukan beerti al-Quran itu pahit tetapi hati kita yang sakit.
JALAN MUJAHADAH
Hati yang sakit wajib dirawat.  Jika sakit lahiriah menyeksa kita didunia dan paling buruk akan berakhir dengan kematian, sakit bathiniah (hati) menyebabkan kita terseksa di dunia dan menderita selama lamanya diakhirat.  Tidak ada Jalan lain untuk merawat hati kecuali dengan Jalan mujahadah (bersungguh sungguh menempuh Jalan ketaatan).
Ubat selalunya pahit, maka begitulah dengan mujahadah, ia sangat pahit, perit dan menyeksa.  “No pain, no gain”.
Itulah hukumnya.  Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis.  Jadi tidak ada Jalan pintas untuk merawat hati melainkan dengan bermujahadah.  Orang yang bersungguh sungguh dalam mujahadah akan mendapat pimpinan Alalh SWT, insya-Allah.
Mafhum Firman Allah SWT: “Dan sesiapa yang bersungguh sunguh di Jalan Kami nescaya Kami akan tunjukkan Jalan Jalan Kami.”. (Surah al-Ankabut 29:69)
Untuk mendapat dorongan dan kekuatan dalam bermujahadah, renungilah panduan panduan yang diberikan oleh Al-Quran dan sunah mengenai soal hati.  Ikutilah nasihat para ulama yang merupakan “doktor-doktor” Rohani yang arif dalam soal yang seni dan maknawi ini.  Mereka yang celik mata hati ini mempunyai “stetoskop” yang dapat mengesan penyakit hati dan mengubatinya.
Sehubungan dengan itu, imam Al-Ghazali memberi panduan :
“Carilah hatimu pada tiga tempat.  Cari hatimu ketika bangun membaca Al-Quran.  JIka kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat.  Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur meningati mati.  Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah SWT, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.”
———————————————–
MARI KITA PERINCIKAN TIGA KAEDAH INI:
1.     Membaca Al-Quran
Sudah semestinya hati terganggu oleh kerenah kerenah manusia atau gelombang kehidupan.  Namun lazimilah mencapai Al-Quran dan membacanya.  Bacalah ayat-ayat Allah itu, kerana ia pasti akan menjana kekuatan jiwa untuk menghadapi badai kehidupan.  Itulah penawar jiwa, ubat kepada hati.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Diturunkan kepadamu Al-Quran sebagai petunjuk dan Rahmat serta penawar..” (Surah al-Isra’ 17:82)
Jiwa yang tidak membaca al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri.  Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri.  Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, Cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.
Orang yang “berjaya” tetapi meninggalkan Al-Quran dalam hidup umpama mendaki puncak hanya untuk meninggikan lagi tempat jatuh.  Ibarat memburu fatamorgana dunia, hanya untuk ditipu olehnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Tiadalah kehidupan dunia melainkan mata benda yang menipu” (Surah Ali Imran 3:185)
Bagi mereka kehidupan adalah sempit.  Firman Allah SWT yang bermaksud: “ Dan sesiapa yang dikehendaki-Nya  menjadi sesat.  Dia (Allah) jadikan dadanya sempit dan sesak seolah olah dia sedang mendaki ke langit..” (Surah al-An’am 6:125)
Buat mereka ini dijanjikan kesibukan yang tanpa henti kelesuan yang tiada berpenghujung, kejemuan yang sentiasa mencengkam, kebimbangan tanpa kesudahan.
2.     Mendirikan Solat
Selain membaca Al-Quran, rawatlah hati dengan solat.  Berkata seorang ulama bernama al-Hakim:
“Jika kamu ingin Allah ‘bercakap’ denganmu, bacalah Al-Quran kerana Al-Quran ialah ayat ayat Allah yang ditujukan kepadamu.  Tetapi jika kamu pula ingin ‘bercakap’ dengan Allah, maka dirikanlah solat kerana solat hakikatnya ialah doa, pengaduan, pujian dan rintihan seorang hamba kepada Allah”.
Hati yang lemah akan mendapat semula kekuatannya apabila bersandar kepada satu kuasa Yang Maha Perkasa.  Sebagai perbandingan, pakar pakar psikologi sering menyarankan supaya kita meluahkan masalah yang membebankan kepada orang yang kita sayangi, percayai atau hormati.  Langkah itu akan meredakan beban rasa yang mencengkam jiwa.
Ini dibuktikan secara saintifik.  Kajian menunjukkan manusia perlu didengar kata-kata dan rintihannya seperti ia memerlukan makanan.  Kata mereka, bila didengar ini akan melegakan perasaan rasa resah yang ditanggung.  Bijak pandai ada mengungkapkan “The first duty of love is to hear”- tugas cinta yang pertama ialah mendengar.
Ya, sekiranya kita meluahkan rasa hati kepada manusia itu pun sudah melegakan.  Apa lagi jika kita solat, ini beerti kepada Zat yang mampu menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh hamba-Nya.
Bukankah antara satu nama Allah SWT ialah Al-Sami’ (Maha Mendengar)? Allah sentiasa mendengar rintihan dan permintaan hamba-Nya.  Apabila kita rasa Allah mendengar segala pengaduan kita, sudah pasti jiwa kita akan mendapat satu ketenangan dan kerehatan.
Sebab itu, seringkali Rasullullah SAW bersabda kepada Saiyidina Bilal ( apabila Baginda menyuruhnya melaungkan azan), “Rehatkan kami dengan solat wahai Bilal”.
Itulah ketenangan hati yang dimaksudkan oleh Imam al-Ghazali dengan anjurannya, “Carilah hatimu dalam solat!”.
3.     Mengingati Mati
Rawatlah hati dengan mengingati mati.  Hati yang mengingati mati akan hidup, yang melupakan mati akan mati.  Hiduplah dengan semangat orang yang bersedia untuk mati.
Sabda Baginda SAW: “ Orang yang paling cerdik iaitu mereka yang banyak mengingati mati” (Riwayat al-Baihaqi).
Jadilah insan yang bijaksana sepertimana yang dimaksudkan oleh Rasullullah SAW, yakni mereka yang sentiasa mengingati mati dan bersedia untuk menghadapinya.  Impak daripada mengingati mati, para sahabat Rasulullah SAW hidup bahagia, tenang dan aman disamping dunia ditadbir dan diurus dengan cekap dan berkesan.
Ingat mati ialah pembasuh hati yang gelisah dan resah.  Cukuplah mati sebagai peringatan dan pengajaran.  Ingat mati akan memadamkan rasa nikmat melakukan maksiat.  Ingat mati itu sesungguhnya akan memberi satu tenaga yang begitu ampuh untuk menjalani kehidupan dengan jiwa yang kukuh.
Persediaan menghadapi mati menyebabkan ktia lebih produktif dan aktif dalam hidup! Sebaliknya melupakan mati akan mematikan hati.
sumber: Majalah Solusi Isu 4; antara majalah yang penuh dengan perkongsian ilmu.
http://irhafiz.wordpress.com/haluanku/soal-hati/

 * so, kesimpulan dari sini.. firstly, kita kena sentiasa chek keadaan hati kita.. ok ke x??.  second, kita kena pasti " apakah puncanya??" . setelah kita kena pasti puncanya, carilah jalan penyelesaian.




Dunia sebuah persinggahan

In the name of Allah the most gracious and the most merciful. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus menulis. Khas buatmu duhai pembaca yang budiman.

Dunia ini sebuah persinggahan,
Bukan tempat yang abadi,
Dunia ini akan sirna ditelan Sang detik,
Akan lenyap dilanyak sang Asura,
Akan hangus dibakar Sang Suria,
Akan musnah dihentam garuda.


Sajak ini khas dituju buat sang pemerlu yakni diri ini. Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah 5 hari di rumah. Cepat sungguh sang detik berdetik. Kadang2 ana terfikir bila Allah nak jemput aku? Bila2 masa sajakan. Kadang2 seram bila dengar saudara sini, saudara sana Allah panggil pulang. Kullu Nafs za ikatul maut. setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Siapa yang boleh jamin esok aku masih hidup? ada sapa yang berani jamin? Tepuk dada, tanyalah iman. Insyaallah hari ini ana nak share satu cerita yang pernah ana tengok. Cerita Jepun tajuknya "One Litre of Tears". Sebenarnya ana x da la minat sangat movie2 nie. Ana tengok pun disebabkan seorang sahabat ana( Ukhti Nurul) yang cadangkan. Bagi ana cerita itu sangat2 memberi pengajaran yang sangat besar buat insan yang menontonnya dengan kaca mata ilahi.Apabila ana tgk jiwa dan batin ana betul2 rasa lemah. Rasa subhanallah hebatnya Allah. Cerita tu mengisahkan seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit berkaitan dengan saraf kot kalau x silapla.Penyakit tu perlahan2 akan menarik satu persatu pancainderanya. Bermula dengan suara, tangan, badan, kaki dan akhirnya mati. Betapa seksanya hidup dalam keadaan macam tu. Sejak tu ana mula rasa bersyukur kerana masih diberi pinjam semua pancaindera tu. Ana mula rasa bahawa apa yang kita ada sekarang ni hanyalah pinjaman semata-mata, bukan hak milik kekal kita. Kerana suatu hari nanti Allah akan tarik semuanya. Satu lagi yang menyedihkan ana apabila melihat remaja itu mati dalam keadaan tidak mengenal Islam yakni agama yang benar. Dia redha dengan kematiannya, namun dia tidak tahu bahawa di alam sana akan ada lagi satu alam, yakni Alam Akhirat. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khatimah( pengakhiran yang baik) bukan Su'ul khatimah. Insyaallah. Sama2 kita berdoa, moga Allah makbulkan doa kita.  Duhai pembaca sekalian, sesungguh kematian itu satu rahsia hanya Allah yang tahu bila kita akan mati, oleh itu bersedialah. Ayuh bersama bermuhasabah dan koreksi diri.
Nota Kaki: Moga antum semua mendapat faedah dari post kali ini. Segala kekurangan itu dari ana sendiri dan segala kelebihan itu datangnya dari Allah..Jangan lupa untuk terus mendoakan saya.

JAWAPAN ALLAH KEPADA HAMBA YANG BERTANYA….

Assalamualaikum semua...
khaifahaluki?? khaifa imanuki??
ana harap keadaan mental, fizikal, rohani korang sihat2 jer...
emmm... petang tadi, ana ada baca satu buku catatan tazkirah tahun2 sudah.. terjumpa sesuatu... rasa nak kongsi pulak dengan korang semua...


JAWAPAN ALLAH KEPADA HAMBA YANG BERTANYA….

1.      Adakah aku sudah dikira beriman...??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).
2.      .Kenapa aku tidak mendapat apa yang aku idamkan...??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui".(Surah al-Baqarah ayat 216)

3.      .Kenapa lah ujian ni susah sangat...??
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya".(Surah al-Baqarah ayat 286)

4.      .Eish… tertekannya… kecewa… marah…?
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".(Surah Ali Imran ayat 139)

5.      .Bagaimana aku harus hadapi...??
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk".(Surah al-Baqarah ayat 45)

6.      .Apa yang aku dapat dari semua ni..??
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka.” (Surah At-Taubah:111)

7.      .Ish…ish.. tak tahan dah…Aku dah bosan dengan semua nih...??
“Dan janganlah kamu berputus asa dari Rahmat Allah. Sesungguhnya orang yang berputus asa dari Rahmat Allah, hanyalah orang- orang kafir” (surah yusuf : 87)

* apabila ana baca jawapan Allah kepada kita.. tiba2 je... hati ana rasa sebak.. rasa kerdilnya diri ini...saat ketika kita putus asa, sedih, kecewa... sedar x sedar Allah dah jawap segala pertanyaan di hati kita... 
ana masih ingat seorng murabbi di IBRAH pernah bercakap...
" kadang2.. kita minta pertolongan dengan org lain dulu kemudia baru kepada Allah kita minta...satu kesalahan kita buat...cuba kita perhatikan surah Az-Zumar, ayat 8.."

p/s : letak lah redha itu di tangga teratas setiap kali ujian melanda.. insya Allah pasti kita akan merasai nikmatnya.. :)


Saturday 26 January 2013

doa untukmu wahai sahabatku



DOA SEHARIAN

UNTUK SAHABAT2 YG ANA SAYANGI FILLAH
SMA2LH KITA TERAPKN DAN JDKN AMLN  DLM DIRI KITA
SEMOGA DGN KITA AMALKN DOA2 INI DLM KEHIDUPAN KITA INSYAaLLAH ,ALLAH LEMBUTKN HATI KITA PERMUDAHKN SGL URUSAN KITA AMINN….


Ya Allah,
Kami  hambaMu yang kerdil  mengadah tangan
kehadratMu Tuhan yang maha Menguasai segala sesuatu.
Tuhan yang Maha Kaya,
Tuhan yang Maha Mengetahui
Engkaulah Tuhan yang memiliki seluruh sifat-sifat kesempurnaan,
Kami akur kepadaMu Allah,

Tuhan ,
dengan segala suci hati,dan dengan rasa yang kudus lagi mulus
kami mohon diampunkan segala dosa-dosa kami,
sama ada  dosa itu kami lakukan secara sedar atau sebaliknya
dosa yang dilakukan sengaja atau secara tidak sengaja.

Ampunkanlah dosa zahir mahupun dosa-dosa batin kami.

Ya Allah,

Pada saat kami diraikan ini ingin jua kami
 menitipkan sebaris doa minta keampunan
buat insan tercinta
ibu dan ayah kami
Ampunkanlah segala dosa mereka,
bahagiakanlah mereka ya Allah,
damaikanlah mereka Ya Allah
pada kehidupan ini dunia

andaikata mereka sudah tiada lagi di dunia ini
kami mohon tempatkanlah mereka bersama-sama
para Nabiyyin,siddiqin, syuhadak dan solehin

sesungguhnya jasa mereka kepada kami sangat besar,
berapa banyak air mata yang tumpah
berapa banyak doa untuk kebahagiaan kami dipanjatkan kepadaMu,
berapa banyak pedih dan luka yang mereka tanggung
semasa mendidik dan membesarkan kami.

sehingga kami berdiri megah dipentas ini menerima anugerah
berprestij.

Ya Allah
Kami jua bersyukur atas nikmat penganugeran ini
justeru itu

Ya Allah
sematkanlah disanubari kami
kesungguhan  yang berterusan
keikhlasan  yang mantap
kegigihan yang jitu padu

untuk terus memikul amanah mendidik generasi
yang akan menghadapi zaman yang bukan kepalang
ujiannya  kepada mereka.



Thursday 24 January 2013

JamBaTaN HaTi kE JaNNaH

bila tangan ini ingin menekan butang2 di keyboard komputer... tiba2 je tangan ini berhenti... otak berfikir " apa yg aku mahu tulis ye??" a'ah... ana dapat satu idea... mari kita bincangkan berkaitan dgn ukhuwah fillah...
  
mungkin kita selalu memikirkan apakah makna ukhuwah yang sebenarnya?? 
adakah ia sekadar bersahabat atau ada perkara lain disebaliknya.... 
di sini ana ada terbaca dlm beberapa blog..
ukhuwah fillah???
Persaudaraan yang berlandaskan Islam dengan berpegang teguh kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Ada tiga peringkat ukhuwah, dimana bila kita berpegang dan aplikasikan dalam persahabatan kita, insyaAllah kebahagiaan kita berukhuwah kerana Allah yang kita sebut- sebut tu akan tercapai iaitu:
  1. Berlapang dada
  2. Sama-rata
  3. Ithar (Melebihkan Sahabat)

dua sahabt berbual melalui phone...
sahabt A: salam, awk buat apa tuh? saya ada problems nk kabo kat awk nihh
sahabt B : bakpe awak? saya di sini.
sahabt A : hati sy sakit..
sahabt B : pepasal ni... saya taw... awk jatuh "cinta" ea..
sahabt A :ha??.. x de lah
sahabt B : doh bakpe??... awk okey x ni?? hati saya pluk jd x tenang.. clap2 x tido sy mlm ni.. dok pkr pasal awk.
sahabt A : thanks for your perhatian. InsyaAllah dah oksetelah dgr kata2 dan lihat perbuatan my mom
sahabt B : Haish! bdk ni.. suka buat sy nervous... urgh, awk.. knp perasaan ni sokmo dtg pd sy.. bila ada benda brlaku pd awk... sy x taw knp.. hati say akn rasa x tenang..
sahabt A : itulh nma prsahabtan yg betul. ukhuwah fillah
sahabt B : tp x kn sampai tu sekali..
sahabt A : itulh hebatnye ukhuwah
sahabt B : sbb bila kita sndarkn ukhuwah pd keimanan Allah...mka segalanya akn jd luarbiasa dan di luar jangkaan manusia kan..
sahabt A : yap..
sahabt B : time kaseh awk.. sy syg awk.. sy x taw nk ckpcamne kat awk.. apabila ALLAH mencmpakkab perasaan syg sy kat awk..
sahabt A : sy pun sama... syg awk fillah abada abdan..

mungkin pada anda semua ini x menarik.. tapi pendapt ana sgt indah ukhuwah berlandaskn iman pd Yang Esa... kan?? pendapat anda?? 

~Ukhti Solehah~

Kesedihan Mereka, Bukti Kecintaan

Assalamualikum semua...Apa khabar antum semua, lama ana x coret apa2 maklumla baru balik dari madrasah tercinta...huhuhu... Ana sbnrnya x tau nak tulis apa, tapi Insyaallahla ana nk try kongsikan apa y ana dapat melalui pembacaan ana kat blog langit Ilahi dgn buku Haluan tadi...Agak2 antum berkenaan apa ya? Cuba teka, hari ini hari apa? Kalau nak tahu hari ini merupakan hari kekasih satu dunia...Kekasih tu bukan calang2 orang tau....Baginda adalah Nabi Muhammad saw pada 12 Rabiulawal tahun gajah...Subhannaallah...sbnrna ana pun x sedar pun hari ni hari maulidur rasul, tapi pagi tadi tengok ayah ana siap2 nak pergi berarak, baru tersedar....huuhu...betapa kurangnya sensitiviti kita as umat Islam nie kan, kalau tanya besday artis2 or pelakon2 korea, conferm ingatkan..pekat sungguh arus jahiliyah ni kan...mungkin x semua, sma2la kita kembali bermuhasah.. Insyaallah.

  Okeylah ana pun x nak membebel banyak sangat..Insyaallah kat sini ana nak share satu kisah berkenan kekasih kita iaitu peristiwa tatkala ajal baginda kian hampir. Rasullah telah mengetahui mengenai ajalnya melalui wahyu yang diterima. Apabila berita mengenai ajal Rasullah tersebar luas,para sahabat menjadi kacau bilau, Kota Madinah bergegar hebat, ramai sahabat yang x dapat menerima hakikat menjadi hilang kewarasan, ada yang lumpuh dan ada juga yang kelu lidahnya.Sahabat baginda Saidina Umar, menggunus pedang seraya melarang mengatakan Rasullah telah wafat, dan mendakwa baginda hanya koma dan akan kembali semula, sehingga hadirnya Saidina Abu Bakar menyenangkan mereka seraya berkata," Wahai manusia , sesiapa yang menyembah Muhammad, baginda telah mati, Sesiapa menyembah Allah, Allah Maha Hidup dan tidak mati". Sehinggala Saidina Abu Bakar membaca( Surah Ali Imran:3:144) barulah semua sahabat kembali tenang.

 Lihatlah betapa kasih dan sayangnya mereka kepada Rasullullah.Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita juga mencintai rasullullah sebagai mana para sahabat baginda? Ketahuilah bahawa pengorbanan baginda kepada kta sangat banyak, Daripada bagindalah kita dapat Islam yang kita anuti ini. Ingatkah antum peristiwa sebelum ajal baginda di cabut. Baginda berkata Ummati!! sbyk 3 kali. Hal ini terbukti bahawa sayangnya baginda kpd kita bahkan baginda menyimpan doanya kita kita umatnya di akhirat kelak. Oleh itu, ayuh sama2 kita pupuk rasa sayang dan cintanya kita kpd beliau. Di samping terus menyambung risalah baginda dan terus menggerakkan sunnah baginda..Insyaallah.. Sama2 kita bermuhasabah.. Semoga Allah redha....~ Sis Imtiyaaz~

Monday 21 January 2013

aku rase, i've fallen in love

assalamualaikum ya hmba2 Allah.....kaifahalk??..alhamdulillah ana berpeluang utk brkongsi cerita ngan antunna semua wlaupun agk kepenatan (bru blk dr sklh la ktaknnn) insyaAllah slgi nadi ana msh berdenyut utk jihad di jln Allah ana xkn berhenti utk kongsi beberapa ilmu, kisah/cerita dgn pra pengunjung setia blog FBI ni yeee :) arinii tajuk die khas utk remaja2 di luar sna yg tgh dilamun cintaaa dgn BOY/GIRL couple...

bila ana dok kt sklh yg suasananya yg agk bebas pergaulan ana dpt beberapa pengalaman yg bru psai cinta cintun niee...dulu bila ada org laki ngorat kita mstii ada ja kwn yg kta 'weh jgn percaya laa kt laki tu..laki ni kdg2 hanya nk permainkn perasaan kita ja tau arkkk..depa just nk test kita ja bknnya suka kt kita betoi2 pun' perempuan tu pun nk percaya laki tu ka kwn dia kaa last2 dia lebih memilih laki tuu...dkt sklh ana ni laki2 semuanyaa stail nk pekena bdx perempuan yg dok menggatai terlebih...bdx laki kelas ana akn kta kt bdx perempuan 'weyy aq suka hg la' padahai depa sja ja nk test kita jaa...so kpd SWEET COUPLE diluar sna jgn laa dok cinta2 lgiii bljq dulu,lps bljq tu bru la nk cinta ka kawin ka....

sebuah kisah.......

Amar: nmpk mcm naufal je tu...apahal nmpk mcm sedih lak ni? Assalamualaikum Naufal!

Naufal:Waalaikumusalam....oh amar..ingatkn spe tdi heheehhh

Amar:apahal muka sedih2 nie?cube citer ade problem ke? ce citer,ce citer

Naufal:eh,mne ade problem pape pon,hahahah

Amar:drama air mata td tu ape?

Naufal:saje terase sentimental la plk ari nii... :p OH CHENTAA!!

Amar:ehh? jatuh cinta? tp aku dh ada tunang lh..lagipun...laki ngan laki mna blh kn..

Naufal:erk..bukan dgn ko la munyittt!..TAPIII bkn cinta maksiat tau!!errrr...cane nk explain ehh?errr....aku        start sayang kt dia ni lama dah....tpi aku simpan je dalam hati...yela,takut x berbalas hehehe...tapi ko tau? hari ni aku dpt tau yg dia pun SAYANG and RINDU kt aku jgk huhuhu...

Amar:iye?ko tahu dri mne?

Naufal:dalam surat nie dia ada ckp!!meh la bace~best woo~bace la! hee...

Amar:surat?org pkai surat lagi ke? errrr tanak ahh.bukan surat aku...

Naufal:bace la!!

Amar: err...okay2

isi kandungan surat i2......

suatu hari...Nabi Muhammad S.A.W bertanya: 'siapakah hamba Allah yang mulia? sahabat menjawab: 'para malaikat ya rasulullah' sahabat yang lain: 'tentulah para nabi,merekalah yang mulia.' Nabi tersenyum lalu berkata: 'ya mereka mulia,tetapi ada yang lebih mulia.' para sahabat terdiam lalu berkata: 'adakah kami yang mulia itu?.
Nabi berkata: 'tentulh kalian mulia,kalian dekat dgnku,ttpi bkn kalian yang aku maksudkan.' Nabi menundukkan wajahnya,Baginda menitiskan airmata sehingga membasahi pipi dan janggutnya,lalu berkata: 'whai sahabatku,mrka adalah manusia2 yg lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tidak pernah melihatku, mereka tidak dekat dgnku seperti kalian, mereka sgt rindukan aku dan salsikanlah whai sahabatku bhawa AKU SANGAT RINDU PADA MEREKA...MEREKALAH UMATKU!! UMMATI! UMMATI!'.

Amar n Naufal: wahhhhhh!! ALLAHUMMA SALLI ALA MUHAMMAD WA ALA ALI MUHAMMAD..




itulh cinta yg seharusnya kita miliki bknnya sprt zaman skrg berpacar pacarang dgn bkn muhrim!

so ambil iktibar yerr semua! :) ~ukhti izzati s~




Saturday 19 January 2013

istimewannyaaaa IBRAH

setelh brthn2 ana x dpt tgk blog niee disebbkn internet kne potong hu3...akhirnya dpt jgk nk update blog FBI niii...seblm tu i nk ucapkn kn pmbca2 sEkalian..'ASSALAMUALAIKUM'

ari ni ana nk cerita psai ibrah n my frenzzz!! sorrylh kpd sesiapa yg boring mmbca blog nii sbb asyik2 cerita psai ibrah klau x cerita psai ibrah cerita psai kwn2 kt ibrah...sikit2 ibrah...hahahahh nma pun blog First Batch Ibrah so byk cerita psai ibrah lh....tujuaan sbnq fbi buat blog nie sbb nk b'dakwah la kta kn sbb ni slh satu cra yg mudah utk kmi semua berkongsi ilmu kpd semua umat islam kt atas muka bumi Allah ni..ilmu2 yg kmi dpt ni semua melalui madrasah kmi yg tercintaa lh SMA IBRAH!!hermmm tp ada faedah jgk dr p'kongsian cerita2 yg kmi post psai ibrah kt dlm blog niieee :) apa2pun hrp hmpa semua suka mmbca apa yg First Batch Ibrah post kt dlm blog nie yeee :)

okkk~ ana just nk tulis yg ana RINDU sgt2 kt ibrah n kwn2 kt ibrah (girls only) hu3....wlaupun rumah ana terlalu jauh dr ibrah tp ana ttp rindu...maklumlh rumah ana kn kt london so mmg pyh la nk jmpa hmpa semua(perli)......kpd shbt2 ana yg masih stay kt ibrah i miss u all a lot kannnn2 mirza,dayah n aliah!! kita rindu depa semua sgt2 knnnnnnn!...ana mmg rsa kehilangan bnda yg amattt bernilai bila ana dh x dok kt ibrah dh, ana brada di bwh bumbung ibrah selma 3 thn , dr pndangan kasar amatlh lma tpii sbnqnya terlalu singkat buat ana...dlm sekelip mta sja jaa ana dh kehilangan suasan yg solehah,murabbi yg misali,sahabat yg taiib(baik)..wlauapapun trjdi ibrah sntiasa ada dlm hati bdx2 yg dh kluaq dr ibrah (ainaa balqis,izah,mirza,zinnirah,aimi,aliah,hidayah,filzah,tasnim,athiroh,mashitah,maisarah,dini,amani n maryam...trmask analh)...jln utk ke hdpn msh cerah so kpd yg dh x wujud kt ibrah smga berjaya di dunia wa akhirat yee...hrp bila dh pi sklh bru tuu kita jdkn teladan yg baik untk bdx kt sklh bru kita tu..we must buktikn yg bekas bdx ibrah ni bkn calang2 org...he3...alang2 ana tulis psai ibrah hari nii ana nk ambk kesempatan nk ucapkn sanah helwa kpd ukhti Anis Najma (junior kmi yg plgggggg baik laa :p~perlii~) hahahh sja mlwk semua juniorr kmi bdx plgggg baik sekali... buka buku bru tutup buku lme yee....ambk yg jernih buang yg keruh..

ermmm.....ana cuma nk gitaw kt semua umat islam yg berminat utk mmbca blog yg plg cun nieee bhwasanya!! jeng2.....i miss ibrah sgt2 huuuu..sedihnyee...but it's okay coz i will enjoy with my new school..spa yg dok kt ibrah tu jgnlh berangan nk kluaq dr ibrah tu sbb mmg rugi sgt2 klau kita pindah sbb mmg ssh lh nk cri sklh yg sebaik ibrah nii..kt ibrah lh ana mula lbh knl n dkt dgn Allah S.W.T so spa yg rsa masih jauh ngan Allah tu xpyg la out dr ibrah heee3....nk taw arkk apa yg ibrah ada tp tmpt len xdak...yg prtma bi'ah solehah..iai2 suasana yg baik..bila dok kt ibrah kita akn rsa mcm dok kt sebuah syrga yg indah hahahhh syurga la sgtt.....tp mmg betoi pun tp cuma kdg2 je rsa mcm xdok kt syurga sbb besalh....kdg2 ada yg bergaduh,msm muka n mcm2 lgi lh...yg keduaaaaa......tunggu episod yg akan dtg huhuhuuu..xlrt nk tulis lhhh heheehhhh3.....

alright!!! SELAMAT MALAM semua umat islam~ semoga mimpi indah tp bkn mimpi indah ngan pakwe makwe yeeee mimpi indah jmpa Nabi ke xpalh heee3


smgo lps kita bangkit dr tidoq esk hati kita akan jd murni mcm bdx kecik kt ats niii....~ukhti izzati s~

Sunday 6 January 2013

Inilah Kami



Alhamdulillah.Syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus menghayungkan mata pena. Kemungkinan post ini adalah post terakhir ana sebelum sesi persekolahan 2013 bermula. 7 Jan 2013 merupakan tarikh bermulalah kehidupan ana sebagai seorang penuntut ilmu dan pemburu redha Allah( sentiasa ;0). Kehidupan ana pada tahun ini mungkin lebih sukar dan mencabar kerana usia ana semakin meningkat dan matlamat serta cita2 ana semakin dekat untuk digapai.Insyaallah. Ana bercadang untuk mengambil aliran Sains pada tahun 2013 ini. Doakan yang terbaik untuk ana. Sebenarnya ana gusar dan risau untuk menghadapi pembelajaran di madsarah tercinta memandangkan infrastukturnya masih di tahap sederhana. Tapi Alhamdulillah pada tahun2013 ini, madrasah Ibrah ini sudah mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat, Insyaallah mampu menampung jumlah pelajar yang sentiasa bertambah tahun ke tahun.
Apa yang dirisaukan adalah bangunan itu masih baru dan infrstuktur belum benar2 mantap apatah lagi untuk memiliki sebuah makmal Sains, tentunya menjadi idaman kami sebagai pelajar2nya. Terkenang suasana pembelajaran ketika 2012, madrasah Ibrah belum mampu memiliki sebuah makmal, namun berkat usaha keras murabbi Sains kami( Cikgu Fekaray), Allah izin kami tetap mampu mengadakan ekpsriment dengan 100% alat ciptaan murabbi kami itu, walau tanpa bekas kelalang kaca yang hebat2, tanpa bahan2 kimia yang sebenar, walau dijalan hanya di dalam kelas berzink hijau namun disitu letaknya hikmah. Hikmah supaya lebih bersyukur dan lebih bersungguh2. Melihat murabbi kami yang bersungguh2, kami juga turut terserap dgn aura hamasah beliau. Melihat ciptaannya, Subhannallah, hebat2 belaka.
Alhamdulillah ana yakin bahawa Allah sentiasa ada dan sentiasa memberi  yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Masihkan antum ingat berkenaan ayat ini “ Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya”. Insya Allah. Sebenarnya sepanjang 3 tahun ana di madrasah ini, setiap tahun jugalah ana risau dan selalu memikirkannya. Sewaktu di tingkatan 1, ana masih ingat betapa ana tidak percaya bahawa madrasah Ibrah ini akan terbina. Namun dengan bantuan Allah, Allah memberi peluang kepada kami generasi pertama ibrah untuk dididik dan ditarbiyah di madrasah ini. Sesungguhnya wahai shabat2ku sekalian, ketahuilah dan yakinlah bahawa Allah itu dekat dan akan membantu kita kelak. Insya Allah.
Pada tahun ini 2013, mungkin merupakan tahun yang sangat berbeza buat kami generasi pertama Ibrah escpecilly nya pelajar perempuan. Pertamanya apa yang membuatkan kami sedih adalah kami kehilangan ramai sahabat yang kebanyakkannya meninggalkan madrasah Ibrah ini atas keterdesakkan. Kelas kami yang sentiasa ceria, kemungkinan akan suram. Tidak dapat kubayangkan kelak suasana di kelas kami tahun ini, memandangakan jumlah kami yang sedikit, maka kami akan bergabung dengan pelajar lelaki.Tentunya keriuhan kelas kami akan bertukar suram. Rindu tatkala segala memori indah bersama sahabat2 bermain2 di minda. Masihku teringat suasana di dalam kelas, di asrama, di tandas, di surau, ketika ada program, ketika mentor-mentee, ketika jamuan, ketika menaiki van Pak Tam. Ya Allah, betapa rindunya.Dapatkah kami semua bersatu kembali nanti? Hanya Allah yang tahu. Duhai sahabat2ku, walaupun kita jauh, ingatlah bahawa kalian sentiasa di hati ana. Jangan lupa doakan kami dan juga madrasah Ibrah yang tercinta ini. Kami akan sentiasa mendoakan kalian yang terbaik. Ketahuilah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah pisahkan kita juga pasti ada hikmahnya. Sahabat semoga memori indah yang pernah terukir antara kita akan terus tersemat di sanubadi. Doakan ukhuwah kita akan terus berkekalan. Kalian batch dan sahabat sejoli sekambing yang terhebat yang pernah hadir dalam kamus hidup ana. Syukran kerana  hadir dalam hidup ana.!!!!!FFFFFBBBBIIIIII TTEEERRBBBAAAIIIKKK!!!!! TAAKKKBBIIRR!!~ ALLAHUAKBAR 3~
Nota kaki: Post nie khas ana tujukan buat sahabat2 ana yang sentiasa di hati. Walaupun jasad kalian tidak wujud di madrasah Ibrah, tpi hati kita sentiasa berhubung Insyaallah… With LUV <3…~ K.Long, Aliah, Mirza, Fatimah,Dayah, Nurul, Aimuni, Ella, Zainab, Mayah, Syidah, Farzana, Nagjwa, Taqiah, Fatini,  Azyyati, Hanie, Iffah~  Uhibbukunna Fillah!!