Pages

Thursday, 30 May 2013

The Best Naqib of Happy cyclic ;)



Tika diri ini masih mentah dalam mengenal erti hidup,

Tika diri ini masih mentah dalam mencari tujuan hidup,

Tika diri ini masih mentah dalam menghadapi ranjau2  itu,

Beliau sentiasa ada tuk menunjuk arah nan jalan,

Beliau sentiasa memimpin tangan, mengajar aku nilai kehidupan,

Sentiasa memandu untuk terus mengenal Al-Khalid yakni sang pencipta,

Sentiasa menjadi sang nohkoda kepada anak buahnya,

Sentiasa menjadi kelasi buat teruskn perjuangan,

Memberi kami semua yang terbaik,

Dengan penuh sabar without jemu,

Tapi kini beliau telah terlalu uzur,

Beliau kini berperang dengan diri beliau nan menahan kesakitan,

Hanya iringan doa yang mampu aku hadiahkan,

Hanya titipan semangat nan kemuncak yang mampu ku tunjukkan,

Buatmu wahai mentorku,

Encik Zulkifli Che Embi.
.
  Assalamualikum..Selagi nadi berdenyut, Selagi itulah dakwah perlu diteruskan..Sajak di atas khas ana tujukan buat mentor tersayang atau lebih mesra dikenali sebagai pak cik zul. Pak cik Zul is the best ever mentor that I have seen..Beliau mentor yang terbaik yang pernah ana jumpa. Sejak f2 sampai f4 beliau memegang mentor-mentee kami. Berada dengan pak cik zul membuatkan kami rasa tenang, damai dan semua masalah seakan2 hilang, masa juga seakan perlahan. Mungkin inilah yang dinamakan aura yang mampu dikeluarkan oleh beliau.
  Pak cik Zul juga seorang yang sangat prihatin kepada kami. Selalu bertanya dan take care sangat dekat kami. Bagai seorang ayah kepada anak2nya.Ana masih ingat sewaktu Ujian bulanan 1, pak cik zul dengan prihatinnya, mencari slip keputusan peperiksaan kami, menkaji dan meneliti satu demi satu, then beliau terus memberi semangat dekat kami. With him, kami merasakan tiada yang mustahil di dunia ini. Kami pun selalu share prob dgn beliau. Kadang2 walaupun ana perasan pak cik zul dah x larat nak layan, but he still beri yang terbaik untuk kami, sentiasa sabar manjadi pendengar yang baik untuk kami. Seriusly, pak cik zullah insan yang amat2 memahami kami..sebab tu kami sayang beliau sangat2.
   Selain itu,beliaulah insan pertama yang banyak mengenalkan kami kepada deenul hak’ yakni Islam. Banyak benda yang kami dapat dari beliau memandangkan beliau banyak ilmu dan pengalaman. Banyak kenalkan kami kepada ulamak2 muktabar dan banyak lagi. Menceritakan kepentingan dakwah dan tarbiyah kepada kami. Mentor mentee or usrah dengan beliau merupakan pengalaman yang x dapat ana lupakan dan akan sentiasa tersimpan di memori. Kadang2 kalau seminggu x buat mentor-mentee rasa hati ni kosong sangat. Jumpa dengan pak cik zul seolah-olah merupakan penawar yang mampu menymbuh hati nan rawan. Mungkin disebabkan cara dan perwatakan beliau yang sentiasa tenang. Walaupun pak cik tak sihat tapi beliau merupakan seorang yang kuat beridabah. Puasa Isnin khamis jarang miss. Kadang2 kami yang masih sihat ni rasa malu dengan beliau.
  Beliau juga merupakan insan yang mempunyai banyak ilmu lantaran sifat beliau yang banyak membaca. Masih ingat lagi pesana beliau or petua la lebih kurang” antum kalau nak baca buku, baca buku betul2, biar baca dari kulit buku pertama sampai kulit buku terakhir tanpa miss, itu baru namanya khatam buku” Huhuhu..masih teringat lagi pesanan beliau tu, tahun lepas kalau tak salah. Hamasahtul Syabab fi Hikmahul Syuyuf.
  Namun kini, pak cik zul terkadang terlihat termenung, dilihat kurang ceria. Mungkin inilah ujian dari allah. Kami kat sini x mampu nak buat apa2 hanya doa yang akan kami lontarkan buatmu pak cik Zul..Moga pak cik Zul lebih kuat dalam menghadapi ujian tersebut. Terima kasih kerana sudi hadir dalam kamus hidup kami semua warga sma ibrah..Moga pak cik makin kuat ye..Salam sayang wa mahabbah dari kami semua pelajar Ibrah especially menteemu..( Farzana, Aimuni, Taqiah, Fatini, Suhailah, Fatimah, Najwa, k Long, Nurul, Iffah)

6 comments:

  1. sedihnya bila baca post ni . teringat pengorbanan pakcik zul kat budak ibrah . :'( pakcik zul terima kasih atas nasihat mu yang menjadikan semangat kami lebih membara untuk meneruskan kehidupan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nie mesty k long y replykn...huhhuu...k long doakn pak cik zul tau....pak cik zul x sihat..klau rajen wat la solat hajat... ;)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. thank you for everything pak cik zul...kdg2 bila terflash back kenangan dulu...teringat balik.. tika hati dalam keadaan berduka..tika dendam cuba mengisi ruang jiwa dan tika syaitan ketawa ria...hadirlah pak cik zul menghilangkan duka, menjadi pendengar setia dan penawar jiwa...terima kasih mentorku terchenta..sesungguhnya, ketahuilah bahawa sentiasa kupanjatkan lembaran doaku buatmu didalam doa dan sujud terakhirku..

    ReplyDelete
  4. Nampak sangat semua sayang pak cik zul..hehheh ;)

    ReplyDelete