Pages

Friday 3 May 2013

AKU DIUJI, MENGAPA DIA TIDAK????? 


Assalamualaikum...salam mahabbah wal mawaddah buat insan2 yg membaca..
          Ana terdetik hati untuk menulis dlm blog ni bila ana teringat persoalan yg diajukan oleh adik2 usrah ana waktu kitaorang tengah buat HC (happy cyclic a.k.a usrah)...diorang selalu tanya satu soalan yang ana rasa mesti ramai juga insan2 yang tertanya2 mengenai perkara tersebut...soalan tu berbunyi begini...ehem2.. "kak, kenapa ana selalu dpt keputusan exam yg tak elok??", kenpa org lain dpat keputusan elok je walaupun diorang tak belajar?"..
           Sebenarnya, bagi ana, dalam setiap apa yang berlaku kepada kita, semuanya merupakan ujian daripada Allah untuk menguatkan kita bagi menempuhi kehidupan kita di dunia ni...bahkan, kematian dan kehidupan itu juga merupakan ujian buat kita..seperti yang termaktub di dalm Al-Quran, surah Al-Mulk ayat 2..firman Allah :"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"..
             Kadangkala, ada insan-insan yang kita lihat mereka selalu tersenyum gembira bagaikan mereka tidak pernah mempunyai apa2 masalah...tp setenang-tenang air sungai jgn disangka tiada buaya.(btul ke peribahasa ni...hntam sajalah labu)..mereka juga merupakan insan yang diuji, cuma mereka bukanlah insan yg mudah goyah dgn ujian tu kerana mereka sentiasa merasakan bahawa Allah itu sntiasa dekat dgn mereka...
             Kita slalu melihat kesusahan itu sebagai satu ujian sampaikan kadangkala kita terlupa bahawa kesenangan juga merupakan ujian Allah yg lebih berat, kerana sewaktu kita dlm kesenanganlah kita akan mudah lalai dan alpa drpd mengingati Allah..jadi, berhati-hatilah ketika kita berada dalam kesengan dan kelapangan kerana ketika itulah syaitan akan cuba untuk menyuntik racun al-wahn ke dalam hati kita...mungkin setakat itu sahaja untuk kali ni....maafkan ana andai ada yg tersalah dan tersilap..sesungguhya, this is my first time writing in this blog..(bajet speaking london plak)..:)...assalamualaikum...

1 comment:

  1. ana tau sapa y menulis post nie..serius t'tunggu2 enti tuls...syukran atas semua nasihat nie...rajen2 la updates yer..huuhu

    ReplyDelete