Bagaimana Menjadi Hamba Allah Yang Lebih Kuat
Assalamualaikum...Apa khabar hati dan iman duhai pembaca2 sekalian...Lama sudah ana tak mencoret sesuatu untuk blog ni..Jadi sempena PRU13 ni ana nak kongsikan dengan pembaca2 sekalian tentang suatu artikel. Ana ambil dari Pak Cik Rosdi Baharom, yang memang tidak asing lagi di Ibrah..Merangkap AJK NGO Haluan Pulau Pinang. Moga kita semua mendapat manfaat darinya..
Hari pertama di mana sebahagian dari rakyat Malaysia dalam kesedihan
walaupun keputusan memang dijangkakan. Saudara/saudari dan anak-anak
yang dikasihi, jangan terus dalam kesedihan tetapi bersyukurlah kepada
Allah SWT. Kita perlu bersyukur, pertamanya, kerana Allah SWT masih
memilih kita untuk terus hidup pagi ini. Keduanya, Allah SWT masih
izinkan kita berada dalam iman dan masih diterima dan dipermudahkan
Allah SWT untuk bangun dan menunaikan solat Subuh, walaupun sebahagian
dari kita mungkin tidur lewat atau masih belum sempat tidur.
Saudara/saudari dan anak-anak yang dikasihi, tugas utama kita adalah
untuk melalui proses menjadikan diri kita hamba Allah yang sebenarnya,
dengan sebanyak-banyak ciri perhambaan yang telah ditetapkan oleh Allah
SWT. Allah mencipta kita hanya untuk menjadi hamba-Nya dan fokus kita
adalah untuk memenuhi spesifikasi ‘hamba’ yang Allah SWT kehendaki.
Salah satu tugas hamba Allah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT
adalah mengajak manusia untuk menjadi hamba Allah, dan bukan menjadi
hamba kepada pangkat, harta, kemasyhuran dan sebagainya.
Ramai
di kalangan kita dalam tempuh beberapa tahun ini sudah melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti untuk memenangkan pihak yang diyakini benar dan
berpegangkan kepada kema’rufan dan keadilan. Ramai yang kurang yakin
untuk bercakap telah mampu bercakap. Mereka yang tidak mampu menulis
sudah mampu menulis, malah telah menulis setiap hari. Ramai kita telah
meninggalkan kerehatan dan mengaktifkan hidup kita. Beberapa tahun
kebelakangan ini telah merubah hidup kita, walaupun ‘Ubah’ yang dihajati
Allah SWT tangguhkan. Sebenarnya ‘proses’ yang baru kita alami ini
telah merubah kita. Kita telah menjadi mukmin yang lebih kukuh
peribadinya. Kita telah menjadi mukmin yang berjuang. Jika sebahagian
dari kita mampu meninggalkan kelaziman kita yang kurang produktif kerana
kuatnya harapan untuk meraih kemenangan, marilahlah kita semarakkan
perasaan dan semangat ini dalam mengejar janji Allah, yaitu Syurga.
Bergeraklah dengan lebih bersemangat, aktif, kreatif dan bermunajatlah
sebagaimana yang telah kita lakukan beberapa hari yang lalu. Allah SWT
telah memilih kita untuk berjuang dan telah memilih kita untuk melalui
proses yang sangat berharga ini. Proses yang telah merUbah diri kita.
Jika ada kesedihan, sememangnya saya sedih, malah amat sedih.
Kemenangan yang diraih ini menggambarkan sebahagian dari rakyat kita
menyokong dan mendokong kemungkaran dan kedurhakaan. Hari ini dan
hari-hari yang mendatang kita akan melihat mereka bergembira dengan
kemenangan yang diperolehi melalui kemungkaran untuk meneruskan
kemungkaran yang sudah sedia ada. Seluruh media akan meneruskan
program-program yang menyuburkan kedurhakaan terhadap Allah SWT dan akan
bahagia mendurhaka. Dan mereka semakin jauh dari menjadi hamba Allah.
Sistem ini mahukan rakyat hidup di tahap jiwa haiwan ternak, kata ulama
‘nafs bahimi’. Hidup seharian untuk makan minum dan berseronok dengan
pasangan. Inilah tahap hidup yang sangat rendah dan inilah yang
dirancang untuk kita kekal dalam cara hidup ‘bahimi’ atau kelembuan ini.
Ini sangat menyedihkan.
Bersedihlah sebagai duat apabila
melihat masyarakatnya sedang melalui proses kegelapan hati dan akan
mematikan hati. Lima tahun masyarakat kita akan melalui proses mematikan
hati yang tidak mereka sedari. Ini tugas kita yang murni dan agung
yaitu menyeru mereka kepada sesuatu yang akan menghidupkan hati
masyarakat kita.
“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan
sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu
kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu...” (QS Al-Anfal: Ayat
24)
No comments:
Post a Comment