Kehidupan? Noktahnya dimana?
Wajah tua itu,
Dahulunya tak pernah lekang dengan senyuman,
Dahulunya sering kali beramah mesra
Dahulunya tidak pernah jemu melayan karenah kami,\
Kini beliau terlantar di atas katil,
Sedang bermujahadah melawan sakit,
Kedutan sekali sekali mengenyak di dahinya,
Namun, sering kali diusir pergi,
Diganti dengan senyuman nan pahit,
Allah ada tok, Insyaallah dalam jagaan-Nya.
Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan akal agar
dapat melihat, memahami, membezakan dan mengingati sesuatu. Ini adalah nikmat
yang Allah kurniakan kepada kita agar dimanfaatkan, dihargai dan dipelihara
dengan sebaiknya.Semoga hari ini lebih baik dari kemarin dan esok lebih baik
dari hari ini. Insyaallah, ana pun tak nak memanjangkan kalam ana. Disini hari
ini ana nak share mengenai nenek ana. Dimana dia kini sedang bermujahadah
melawan penyakitnya. Nak dijadikan cerita nenek ana Allah izin terjatuh ketika
dalam perjalanan mengambil baju di ampaian. Mungkin dia terlalu penat tambahan
lagi dia sedang berpuasa. Kuasa Allah mengatasi segalanya, Allah izin sejak
dari hari itu, nenek ana tidak dapat bangun apatah lagi berjalan. Beliau kini
hanya terlantar di atas katil, segala keperluannya kini diuruskan oleh
anak-anaknya. Gigih sekali mak lang ana menjaga dan merawat. Subhanallah.
Lihatlah betapa segala yang terjadi semuanya dengan izin Allah. Sekiranya dia
menginginkan sesuatu, dia mampu melakukan apa sahaja. Kita hanya manusia yang tak punya apa-apa.
Dunia yang menipu daya ini hanya sementara wahai sahabat-sababatku. Dunia ini
jika ingin diumpakan hanya ibarat tempat persinggahan yang sebentar sementara
meneruskan perjalannya panjang, yang pastinya tiada titik noktah. Oleh itu,
sedarlah dan gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengumpul
sebanyak2 amalan baik agar mampu dibawa pulang ke akhirat kelak. Insyallah.
Salam sayang dan mahabbah dari sahibahmu.
No comments:
Post a Comment