Pages

Friday, 15 November 2013

Tarbiyah vs Teknologi Edisi 2

Alhamdulillah....Cerpen Tarbiyah vs Teknologi kembali...Terimalah...


 Aku dan Valdis x2 turun dari skuter tersebut. Subhanallah, perkampungan apakah ini?? Tidak pernah aku menjumpai sebuah perkampungan yang bersih, tenang, damai, sedamai kampung ini. Walaupun namanya kampung, namun pada zahirnya ini bukanlah kampung tetapi sebuah bandar yang sangat moden dan unik. Rumah-rumah yang terdapat disini, sangat indah, saujana mata memandang. Apa yang uniknya disini, rumah-rumah disini, replikanya adalah buah-buahan. Dikiri kananku terdapat pelbagai rumah berbentuk  buah-buahan seperti manggis, tembikai, strawberi, anggur dan sebagainya. Teruja buat hatiku kembali ingat pada-Nya.

  “ Ayuh Amelia, ikut saya ke rumah saya, awak bolehlah kemaskan diri awak, rehat, makan dan sebagainya, awak mesti letihkan sekarang”. Ujar Valdis bersahaja namun penuh dengan keprihatinan. Entah mengapa, tapi berada disisi Valdis membuatkanku rasa tenang. Seumur hidupku aku tak pernah jumpa insan sebaik ini, apatah lagi dia adalah robot yang tidak ada apa-apa kaitan denganku. “ Valdis, awak tak kesah  saya nak tumpang rumah awak ni? Tak mengusahkan ka?”. “Eh, tidak mengapa, kebetulan saya tinggal seorang,lagipun kita kan SAHABAT, terpacul perkataan itu dari bibirnya yang hanya diperbuat dari aloi. Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, nyata sungguh ajaib orang mukmin. Kagum. Sungguh aku tidak sangka, walaupun dia hanyalah robot namun telah diprogramkan oleh manusia-manusia yang bersih akhlaknya menjadikan dirinya juga bersih dari sebarang korupsi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Pintu dibuka, Amelia jemputlah masuk rumah saya. Mataku seakan tercabut, terasa tidak percaya dengan apa yang dilihat. Subhanallah, mewahnya rumah ini, di ruang tamu sahaja luasnya seluas kolam renang. Dihiasi dengan perabot-perabot yang indah nan ekslusif. Ditambah dengan tirai-tirai berwarna keemasan menambahkan lagi keunikkannya. Tut..tut..tut…tiba-tiba butang sut Valdis berbunyi, menunjukkan bahawa berlaku sesuatu perkara yang tidak diingani, tanpa membuang masa mantelnya tiba-tiba menjadi keras, dan dengan pantas tersimpan ke dalam pelidung bahunya. But besinya mengeluarkan api, dan dia terus terbang ke langit tinggi.

  Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Aku terpana lagi. Valdis x2 akhirnya kabur dari pandangan. Ada misi yang perlu diselesaikan. Nyata teknologi sekarang telah dikepelai oleh orang Islam. Moga Allah kira sebagai amal juga. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke sebuah sofa empuk yang amat menenangkan dan mendamaikan untuk merehatkan diriku yang dikuasai ngantuk yang keamatan lantaran tragedi  yang berlaku. Sebuah bekas kaca empat segi keluar dari bawah sofa, memancutkan air nan jernih tatkala aku mengenyakkan tubuhku di sofa tersebut. Air yang terpancut nyata amat menenangkan, ditambah dengan hidupan aquatik iaitu ikan-ikan kecil yang entah dari mana datangnya, membersihkan kaki serta memberi rawatan buat diriku. Tenang lagi menyenangkan. Ditambah lagi dengan urutan tradisional yang automatik. Tubuhku yang tadinya sakit serta lenguh-lenguh terasa segar. Peredaran pembuluh darah yang pada awalnya tersekat, kini kembali stabil. Haruman aroma terapinya menusuk hidung, menambahkan lagi kesegaran diri. Tanpa kusedari, rohku bukan lagi di alam nyata…

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      Tok! Tok!Tok!, bunyi ketukan pintu, menyedarkan aku dari alam mimpi. Tangan dipaksa naik ke atas, menarik segala daya, melepaskan segala kelelahan yang masih berbaki. Terus menuju kearah pintu. Tombol pintu kupulas perlahan. “ Eh, Valdis x2, awak dah balik?”. “ Ya, maafkan saya kerana menghilang tadi, ada misi yang perlu saya bereskan. Ayuh saya tunjukkan awak sesuatu.” Tanganku dipaut lagi, kali ini menuju ke sebuah komputer berskin gergasi. Di tepinya terdapat beberapa lagi skin kecil. Kelihatan beberapa papan kekunci di bawah skrin gergasi. Skin gergasi  itu memaparkan segala keperluan diri. Aku menekan button ‘food’ di salah sebuah skin kecil, yang dikhusukan memang untuk makanan. Subhanallah, pelbagai jenis set makanan terpapar di skin gergasi, yang mana set-set itu amat diyakini kebersihan dan halalnya. Malah merangkumi semua aspek gizi yang seimbang, Disebabkan Negara Ethan ini, dipimpin oleh orang Islam, oleh itu, bidang bioteknologi hanya dikepalai oleh orang Islam. Tanpa membuang masa aku memilih set xy54.

  5 minit kemudian, sampailah sekotak bekas yang tertera perkataan ‘Global Muslim Product’. Merupakan satu-satunya syarikat di Negara ini  yang menyediakan sumber makanan yang berupaya untuk menyalurkan makanan ke seluruh penduduk di Negara Ethan tersebut, hatta di pendalaman-pendalaman sekali pun. Hal ini, disebabkan penduduk di Negara itu, diwajibkan menghafal al-quran sejak dari kecil, disebabkan itulah pihak kerajaan sangat-sangat menjaga pemakanan para penghafal al-quran dengan mengambil inisiatif sebegini. Hanya pemakanan yang betul-betul baik sahaja diluluskan. Tanpa membuang masa, aku pun menikmati hidangan yang disediakan tadi. Masih panas, ini menunjukkan ia baru disediakan  tadi. Alhamdulillah, nasi hujan panas berlaukkan ayam yang diperab herba serta sayur-sayuran hijau. Sungguh menyelerakan dan menyengangkan aku. Valdis dikananku hanya menemaniku dengan pandangan dan akhirnya dia tersenyum. Mungkin tergeletek dengan reaksiku sebentar tadi. Setelah selesai, aku meletakkan kembali pinggan kotor tadi ke dalam bekas tadi. Seterusya., menekan button, ‘send’. Lalu bekas yang tertera perkataan ‘Global Muslim Product’ kembali menghilang. Nyata sungguh hebat teknologi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Valdis mengajakku ke sebuah pasaraya untuk membeli keperluan-keperluan yang lain. Kebetulan esok merupakan hari pertama di bulan Ramadhan, dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Pada awalnya aku menolak, mungkin kerana segan memakai pakaian lusuh yang tersarung di tubuhku. Namun Valdis seakan mengerti, dia menarikku ke sebuah lagi mesin yang tertera nama ‘Veto x11’ di atasnya. Rupa-rupanya, mesin itu merupakan mesin yang menempatkan pelbagai jenis baju-baju yang terbaru, dimana fesnyennya mengikut syarak yang digariskan oleh Islam. Aku memilih sehelai jubbah, berwarna ‘purple’ dihiasi dengan labuci-labuci nan indah. Dipadankan dengan tudung tulip labuh berwarna ungu lembut menambahkan lagi seri buat si pemakai. Aku masuk kedalam sebuah balang kaca, menekan button’ready’. Tiba-tiba asap-asap putih meliputi diriku, 8 saat kemudian, baju yang kupilih sebentar tadi, tersarung segak pada tubuhku. Aku juga menyarungkan sepasang kasut sandle bertumit tinggi, berwarna blue black. Menyempurnakan lagi diriku. Melihat cermin dihadapanku, lalu bergerak seiringan keluar dari rumah tersebut kali ini tanpa banyak bertanya, mungkin syubhah tadi telah diusir pergi, percaya kini mengambil tempat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------    

No comments:

Post a Comment