Assalamulaikum. Terimalah cerpen dari ana, moga terhibur...
Mataku berpinar,
pandanganku yang pada mulanya kabur, semakin jelas dek kerlipan yang semakin
terang. Aku memerhati di sekeliling kelihatan asap-asap putih mengaburi mata.
Lama-kelamaan asap itu seakan menghilang, memunculkan objek kebiru-biruan nan indah
. Puas diteliti, ternyata objek itu adalah pintu gerbang yang sangat mewah,
dihiasahi dengan kerawang-keranwang nan indah. “ Assalamualaikum. Namaku Valdis x2. Cik
perlukan bantuan”?? Seraya objek yang berbentuk seakan manusia, dihiasi imejnya
dengan tudung tulip labuh. Cuma badannya tidak seperti manusia, tapi diperbuat
dari aloi terampuh di dunia, diselubungi oleh mental, menjadikan robot itu
semakin gagah kelihatan. Menghulurkan tangan sebagai tanda keprihatinannya, aku
agak kaget, namun tanganku spontan mencapai tangannya, mungkin kerana terlalu
letih,aku membiarkan tubuhku diangkat olehnya. Bergerak seiringan menuju pintu
gerbang mewah tadi. Langkah dihanyun perlahan,mungkin terlalu penat ,namun
kugagahi juga diriku ini.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesampainya kami
disana tiba-tiba keluar sebuah skin digital sekitar 22 inci muncul terapung ,
memantulkan satu lagi imej robot muslimah. Meminta aku memasukkan ‘password’.
Bibirku tetiba tergerak, ALHAMDULILLAH. Memanjatkan kesyukuran buat sang
pencipta. Tanpa kusangka, pintu gerbang yang mewah tadi seakan bergetar,
spontan terbukalah pintu yang mewah itu. Jasadku tiba-tiba terasa terserap di
sebuah dimensi lain yang amat indah. Di hadapanku terbentang sebuah sungai susu
yang airnya sentiasa mengalir tanpa henti.Di kiri kananku pokok-pokok nan
menghijau menghiasi alam. Burung-burung terbang bebas tanpa ada yang menahan.
Ditambah pula dengan alunan ayat suci al-quran yang sangat merdu. Spontan
menyentap dadaku, menghasilkan satu aura yang sangat syahdu. Amat-amat
menenangkan. “ Cik, jom ikut saya, saya nak bawak awak ke satu perkampungan di
sebuah negara. Penyinapan, pakaian dan lain-lain, jangan risau. Ayuh!“.Dengan
mesra robot itu memaut belakangku. Di sebabkan terlalu terpana dengan apa yang
dilihat, bibirku seakan-akan terkunci, langkahku hanya mengikuti robot muslimah
tadi tanpa wujud satu pun syubhah dalam hati, padahal aku bukan jenis yang
begitu, yang terlalu mempercayai seseorang dengan satu pertemuan, satu
kata-kata, apatah lagi dia bukan sapa-sapa. Namun, pada Valdis x2, walaupun
hakikatnya dia bukan manusia biasa, namun ketenangan, keikhlasan yang
dipancarkan manjadikan segala kesangsian seakan terbang bersama kepercayaan. “
Amelia Alyana, naiklah skuter x-800 ini. Jangan risau, walaupun kelajuannya
mencapai 10km/j, namun Insya Allah awak akan selamat dengan lindungan-Nya jua.
Ayuh kita mulakan perjalanan dengan doa, tawakal hanya kepada-Nya”.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Awan-awanan
dikiri kanan tergantung bebas tanpa ada yang tali yang menyokong. Namun, itulah
sunnatullah, yakni peraturan Allah. Hanya dialah yang Maha Berkuasa atas segala
sesuatu. Pada awalnya aku berasa seolah-olah mimpi, aku benar-benar berada di
langit biru. Diterbangkan angin-anginan yang nyaman. Ditemani oleh sang burung-burang. Yang bebas kesana kemari . “ Tidakkah mereka memperhatikan
burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak
ada yang menahannya (di udara) selain yang maha pengasih. Sungguh dia Maha
Melihat segala sesuatu.( Surah Al-Mulk:67:19). Sungguh benarlah kata-kata
Allah .Kini aku baru mengerti tentang ayat ini, kalau dahulu aku hanya membaca
tapi kita aku menyakini. Sunguh Tuhan milik kerajaan ini nyata hebat. Aku
begitu teruja sekali, tidak pernah tergambar dalam hidupku, aku bakal menaiki
sebuah skuter yang mampu terbang 10km/j. Valdis x2 dikiriku, yang sedari tadi
mendiam, tiba-tiba bersuara,” Amelia, kita akan sampai ke sebuah perkampungan
di sebuah Negara Ethnan dalam masa 5 saat dari sekarang. Tertera abjad
5..4..3..2.. di atas sebuah skin, bersama menghitung detik dan akhirnya
1..wusyyss!x3… skuter x-800 meluncur laju ke bawah dan akhirnya mencapai tanah
jua. Aku dan Valdis x2 turun dari skuter tersebut.
boleh buat novel nih...cite ni tak abih lg kan???
ReplyDeletehheheh....novel la sgt...blum..insyaallah, akan ada susulannya..tunggu yer... :)
ReplyDelete