Pages

Sunday, 27 January 2013

Dunia sebuah persinggahan

In the name of Allah the most gracious and the most merciful. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang untuk terus menulis. Khas buatmu duhai pembaca yang budiman.

Dunia ini sebuah persinggahan,
Bukan tempat yang abadi,
Dunia ini akan sirna ditelan Sang detik,
Akan lenyap dilanyak sang Asura,
Akan hangus dibakar Sang Suria,
Akan musnah dihentam garuda.


Sajak ini khas dituju buat sang pemerlu yakni diri ini. Cepat sungguh masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah 5 hari di rumah. Cepat sungguh sang detik berdetik. Kadang2 ana terfikir bila Allah nak jemput aku? Bila2 masa sajakan. Kadang2 seram bila dengar saudara sini, saudara sana Allah panggil pulang. Kullu Nafs za ikatul maut. setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Siapa yang boleh jamin esok aku masih hidup? ada sapa yang berani jamin? Tepuk dada, tanyalah iman. Insyaallah hari ini ana nak share satu cerita yang pernah ana tengok. Cerita Jepun tajuknya "One Litre of Tears". Sebenarnya ana x da la minat sangat movie2 nie. Ana tengok pun disebabkan seorang sahabat ana( Ukhti Nurul) yang cadangkan. Bagi ana cerita itu sangat2 memberi pengajaran yang sangat besar buat insan yang menontonnya dengan kaca mata ilahi.Apabila ana tgk jiwa dan batin ana betul2 rasa lemah. Rasa subhanallah hebatnya Allah. Cerita tu mengisahkan seorang remaja perempuan yang menghidap penyakit berkaitan dengan saraf kot kalau x silapla.Penyakit tu perlahan2 akan menarik satu persatu pancainderanya. Bermula dengan suara, tangan, badan, kaki dan akhirnya mati. Betapa seksanya hidup dalam keadaan macam tu. Sejak tu ana mula rasa bersyukur kerana masih diberi pinjam semua pancaindera tu. Ana mula rasa bahawa apa yang kita ada sekarang ni hanyalah pinjaman semata-mata, bukan hak milik kekal kita. Kerana suatu hari nanti Allah akan tarik semuanya. Satu lagi yang menyedihkan ana apabila melihat remaja itu mati dalam keadaan tidak mengenal Islam yakni agama yang benar. Dia redha dengan kematiannya, namun dia tidak tahu bahawa di alam sana akan ada lagi satu alam, yakni Alam Akhirat. Nauzubillahiminzalik. Semoga kita semua mati dalam keadaan Husnul Khatimah( pengakhiran yang baik) bukan Su'ul khatimah. Insyaallah. Sama2 kita berdoa, moga Allah makbulkan doa kita.  Duhai pembaca sekalian, sesungguh kematian itu satu rahsia hanya Allah yang tahu bila kita akan mati, oleh itu bersedialah. Ayuh bersama bermuhasabah dan koreksi diri.
Nota Kaki: Moga antum semua mendapat faedah dari post kali ini. Segala kekurangan itu dari ana sendiri dan segala kelebihan itu datangnya dari Allah..Jangan lupa untuk terus mendoakan saya.

No comments:

Post a Comment