Pages

Sunday, 6 January 2013

Inilah Kami



Alhamdulillah.Syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus menghayungkan mata pena. Kemungkinan post ini adalah post terakhir ana sebelum sesi persekolahan 2013 bermula. 7 Jan 2013 merupakan tarikh bermulalah kehidupan ana sebagai seorang penuntut ilmu dan pemburu redha Allah( sentiasa ;0). Kehidupan ana pada tahun ini mungkin lebih sukar dan mencabar kerana usia ana semakin meningkat dan matlamat serta cita2 ana semakin dekat untuk digapai.Insyaallah. Ana bercadang untuk mengambil aliran Sains pada tahun 2013 ini. Doakan yang terbaik untuk ana. Sebenarnya ana gusar dan risau untuk menghadapi pembelajaran di madsarah tercinta memandangkan infrastukturnya masih di tahap sederhana. Tapi Alhamdulillah pada tahun2013 ini, madrasah Ibrah ini sudah mempunyai sebuah bangunan 2 tingkat, Insyaallah mampu menampung jumlah pelajar yang sentiasa bertambah tahun ke tahun.
Apa yang dirisaukan adalah bangunan itu masih baru dan infrstuktur belum benar2 mantap apatah lagi untuk memiliki sebuah makmal Sains, tentunya menjadi idaman kami sebagai pelajar2nya. Terkenang suasana pembelajaran ketika 2012, madrasah Ibrah belum mampu memiliki sebuah makmal, namun berkat usaha keras murabbi Sains kami( Cikgu Fekaray), Allah izin kami tetap mampu mengadakan ekpsriment dengan 100% alat ciptaan murabbi kami itu, walau tanpa bekas kelalang kaca yang hebat2, tanpa bahan2 kimia yang sebenar, walau dijalan hanya di dalam kelas berzink hijau namun disitu letaknya hikmah. Hikmah supaya lebih bersyukur dan lebih bersungguh2. Melihat murabbi kami yang bersungguh2, kami juga turut terserap dgn aura hamasah beliau. Melihat ciptaannya, Subhannallah, hebat2 belaka.
Alhamdulillah ana yakin bahawa Allah sentiasa ada dan sentiasa memberi  yang terbaik untuk hamba-hambaNya. Masihkan antum ingat berkenaan ayat ini “ Barangsiapa yang membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantunya”. Insya Allah. Sebenarnya sepanjang 3 tahun ana di madrasah ini, setiap tahun jugalah ana risau dan selalu memikirkannya. Sewaktu di tingkatan 1, ana masih ingat betapa ana tidak percaya bahawa madrasah Ibrah ini akan terbina. Namun dengan bantuan Allah, Allah memberi peluang kepada kami generasi pertama ibrah untuk dididik dan ditarbiyah di madrasah ini. Sesungguhnya wahai shabat2ku sekalian, ketahuilah dan yakinlah bahawa Allah itu dekat dan akan membantu kita kelak. Insya Allah.
Pada tahun ini 2013, mungkin merupakan tahun yang sangat berbeza buat kami generasi pertama Ibrah escpecilly nya pelajar perempuan. Pertamanya apa yang membuatkan kami sedih adalah kami kehilangan ramai sahabat yang kebanyakkannya meninggalkan madrasah Ibrah ini atas keterdesakkan. Kelas kami yang sentiasa ceria, kemungkinan akan suram. Tidak dapat kubayangkan kelak suasana di kelas kami tahun ini, memandangakan jumlah kami yang sedikit, maka kami akan bergabung dengan pelajar lelaki.Tentunya keriuhan kelas kami akan bertukar suram. Rindu tatkala segala memori indah bersama sahabat2 bermain2 di minda. Masihku teringat suasana di dalam kelas, di asrama, di tandas, di surau, ketika ada program, ketika mentor-mentee, ketika jamuan, ketika menaiki van Pak Tam. Ya Allah, betapa rindunya.Dapatkah kami semua bersatu kembali nanti? Hanya Allah yang tahu. Duhai sahabat2ku, walaupun kita jauh, ingatlah bahawa kalian sentiasa di hati ana. Jangan lupa doakan kami dan juga madrasah Ibrah yang tercinta ini. Kami akan sentiasa mendoakan kalian yang terbaik. Ketahuilah bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah pisahkan kita juga pasti ada hikmahnya. Sahabat semoga memori indah yang pernah terukir antara kita akan terus tersemat di sanubadi. Doakan ukhuwah kita akan terus berkekalan. Kalian batch dan sahabat sejoli sekambing yang terhebat yang pernah hadir dalam kamus hidup ana. Syukran kerana  hadir dalam hidup ana.!!!!!FFFFFBBBBIIIIII TTEEERRBBBAAAIIIKKK!!!!! TAAKKKBBIIRR!!~ ALLAHUAKBAR 3~
Nota kaki: Post nie khas ana tujukan buat sahabat2 ana yang sentiasa di hati. Walaupun jasad kalian tidak wujud di madrasah Ibrah, tpi hati kita sentiasa berhubung Insyaallah… With LUV <3…~ K.Long, Aliah, Mirza, Fatimah,Dayah, Nurul, Aimuni, Ella, Zainab, Mayah, Syidah, Farzana, Nagjwa, Taqiah, Fatini,  Azyyati, Hanie, Iffah~  Uhibbukunna Fillah!!

No comments:

Post a Comment