- .Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Allah adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
-
Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
- .Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
- .Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
-
.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
- .Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
- . Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
-
Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
-
Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
-
Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.YAKINLAH PADA DIRI ANDA!! INSYAALLAH KITA BOLEH LAKUKANNYA
Saturday, 15 December 2012
Tips Mewujudkan Keyakinan Diri :)
10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri :
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment