Alhamdulillah dengan rahmat dan inayahnya Allah masih
memberi peluang kepada ana untuk terus menghayun mata pena.Begitulah besarnya
cinta dan sayangnya Allah kepada hamba-Nya.Insyaallah pda hari ini pown ana nak
share berkenaan dengan Mahabbah dri Al-Khalik…ana rse ramai yang dah tau
mahabbah tu apa. Bgi yang blum tahu sebenarnya mahabbah tu adalah kasih
sayang…sebenarnya apa yang ana nak share hari ni lebih kurang sama macam post
sebelum nie..memang dalam kepala dok fikir and
dok rancang nak post tajuk selepas dapat result tapi x sangka ada antara
sahabat ana jugak yang terpikir benda yang sama…tapi tak pa sama tapi
berbeza…biar la berulang-ulang bru lekat dlm kepala..kn... Nak dijadikan cerita, dulu
pernah la ana kata kat beberapa sahabat ana nie, "Tau dak Allah sayang ana"…nak
tahu apa feedback dia org?..."Mana ada Allah pun sayang ana jugak"…Inilah fitrah
manusia amat suka disayangi dan menyanyangi..sbb itu kita perlukan Allah,
kerana Allah tak pernah tidak menyayangi hamba2Nya…Buktinya Allah itukn Maha
Pengasih dan Maha Penyayang…
Kalau nak tulis nikmat yang telah Allah berikan
kepada yang bergelar manusia ini pastikan tidak cukup walau menggunakan 7batang
pokok sebagai pena dan 7 lautan sebagai dakwatnya kerana nikmat Allah tidak
terperi banyaknya…sebagai contoh yang paling mudah la yang semua orang dapat
adalah nikmat kehidupan, Allah hadiahkan kita hari yang baru setiap hari, tpi
adakah kita menghargai nikmat yang Allah beri dengan sebetul-betulnya? Apakah
amal yang kita lakukan pada hari baru yang Allah hadiah? Adakah kita bersyukur dgn nikmat itu, sbnanya apa yang ana tulis banyak utuk memperingat kembali diri ana disamping itu mengajak antum juga untuk kita sama-sama menghargai hari yang Allah beri kepada kita bukannya kembali menarik selimut dan menyambung tidur kembali, kita sepatutnya bersyukur kerana ada orang yang apabila bangun sudah tiada di bumi ini lgi kerana telah dijemput Allah…bolehkah antum yakin 100% akan dibangunkan kembali esok? Tepuk dada tanyalah
Iman…
Melalui pengalaman ana, ana dpt rasakan bhw Allah itu dekat dan selalu
berada saat ana susah maupun senang buktinya keputusan PMR yang
dianugerahkan..walaupun ana tahu ana tidaklah layak untuk mendapat hadiah dari Allah tetapi Alhamdulillah Allah sentiasa memberi sebagai tanda kasih sayangnya kpd hambaNya tapi kpd yang kurang berjaya, jgnlah kalian
berasa bhw Allah itu meninggalkan kita ketahuilah bhw di sebalik susunannya
terselit 1001 hikmat yang kadang2 kita sendiri tidak mampu
mentafsir dan melihatnya….Ketahuilah bwh keputusan yang Allah hadiahkan hari ini merupakan
keputusan yang terbaik, dan yakinlah bahawa Allah menizinkan sesuatu pasti ada
hikmahnya bukannya sia2…….
Nota kaki: sbnanya post ni ana tujukan kpd semua shbt ana yang baru mengambil keputusan PMR, ketahuilah bhw PMR bukan segala-galanya, masih panjang perjalanan kita..teruskan berusaha mungkin kali ini Allah hanya manangguh kecemerlangan kita untuk tahun seterusnya atau mungkin Allah nak kita lebih berusaha atau Allah sekadar menguji kita kerana rindu untuk mendengan kita mengadu kepadaNya...ketahuilah sahabatku bhw Mahabbah Al-Khalid kpd hambaNya x akan sirna......Sekian....
No comments:
Post a Comment