Pages

Wednesday, 26 December 2012

HaKiKaT PeNCiPTaaN MaNuSia



Assalamualaikum. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberi peluang kepada saya untuk terus menulis. Pada hari ini, ana ingin berbicara mengenai hakikat penciptaan manusia. Ramai yang masih tertanya -tanya mengapa aku diciptakan. Bahkan ada yang mengatakan aku sudah memiliki semuanya kereta besar, rumah banglo, isteri cantik dan aku hidup mewah dan senang lenang, tetapi mengapa aku masih merasa sesuatu yang kurang iaitu kekosongan jiwa. Mengapa ya?
  Hakikatnya kita masih belum betul-betul pasti mengenai hakikat penciptaan manusia. Di sini ana akan merungkaikan mengenai 3 persoalan utama/ pokok untuk sama2 kita bermuhasabah dan mencari identiti kita yang sebenar sebagai hamba Allah.

Persoalan Utama: Dari mana kita datang?
Hakikatnya kita datang dari Allah. Allah yang menciptakan kita daripada setitis air mani yang sangat hina. Amatilah firman Allah dlm kitab suci Al-Quran.
Kemudian air mani itu kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang kami bungkus dengan danging. Kemudian, kami jadikan makluk yang (berbentuk). Maha suci Allah, Pencipta yang paling baik. ( Surah Al-Mukminun: 23: 14)

 Lihatlah betapa hebatnya Al-Quran walaupun pda waktu turunnya ayat belum ada gajet2 yang canggih2 namun Al-Quran telah menerangkan secara terperinci mengenai proses penciptaan kita yang bergelar manusia. Ketahuilah bahawa kampung halaman kita adalah syurga.



Persoalan kedua: Apa tujuan kita dilahirkan di dunia ini?
  Ketahuilah bahawa setiap yang Allah ciptakan pasti ada hikmahnya bukan sia2 sahaja. Dalam firman Allah berbunyi:  Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kpd-ku.( Surah Ad-Zariyat:51:56)


Itulah sbnrnya hakikat kita diciptakan di dunia ini iaitu utk berubudiyah kpd Allah. Ubudiyah bermaksud mengabdikan diri kepada Allah dengan sebenar2 pengabdian yakni melakukan apa yang Allah redha dan meninggalkan larangannya. Hakikatnya inilah yang kebanyakkan manusia kurang sedar bahkan ada yang masih belum tahu tentang hakikat ini.Ketahuilah bahawa kehidupan ini bukan sekadar untuk berseronok dan bersuka ria sahaja. Ayuh sama2 kita bermuhasabah adakah kita telah melaksanakan amanah kita. Inilah sebenarnya yng dicari-cari oleh manusia.
 Ketahuilah bhw setiap yang berlaku pasti berlandaskan matlamat. Tanpa matlamat yang jelas maka kehidupan kita akan menjadi samar2 dan kadang2 mampu memusnahkan kehidupan kita. Oleh itu ayuh sama2 kita betulkan matlamat kehidupan kita yang bukan sekadar berseronok sahaja malah lebih dari itu iaitu meraih redha dri sang pencipta.

Persoalan ketiga: Kemana kita akan pergi?

  Ketahuilah bahawa selepas ini kita semua akan dikumpulkan di satu lagi alam iaitu alam Akhirat. Dimana semua amalan kita akan dihitung di sana. (Ingatlah bahawa semakin jauh perjalanan maka semakin dekatlah kita dengan kematian.)

Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dan hanya pada hari kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh, dia memperolehi kemenangan. Kehidupan dunia hanyalah menipu daya.( surah Ali-Imran: 74:185)

Oleh itu yakinlah bahawa kita semua akan kembali ke pada tuhan yakni Sang pencipta suatu hari kelak. Oleh itu ayuh sama2 kita menyediakan bekalan untuk dibawa ke sana..Kerana setiap orang pasti merasai kematian..Ayuhlah sahabt2 ku bermuhasabah sebelum terlambat.

Nota kaki: semoga kita sama2 mendapat manfaat dari post kali ini. Sama2 kita renung kembali hakikat penciptaan diri kita. Ketahui bhw di sana adalah kehidupan yang abadi. ~sis Imtiyaaz~

No comments:

Post a Comment