Duhai pemilik hati,
Betapa besarnya mahabbah-Mu buatku,
Sungguh aku tak layak miliki sekeping hati ini,
Ya Rabb, bantulah aku tuk m’jaganya,
Merawatnya tatkala sakit,
Mengejutkannya tatkala terlena,
Menyembuhkannya tatkala tercedera,
Aku hanya punya Engkau Ya Rabb,
Bantulah daku hambamu yg kerdil lagi hina ini.
Assalamualaikum. Insyaallah dengan Mahabbah dan kasih sayang
Allah, Allah masih mengizinkan ana untuk terus menghidup udara/ oksigen yang
Allah berikan ini. Moga hari2 yang Allah hadiahkan untuk ana, ana mampu
melakukan sesuatu yang bermanfaat bukan hanya apa diri sendiri tetapi juga buat
ummah. Insyaallah. Okeyla hari ini ana nk berbicara mengenai hati..Ana bukanlah
orang yang betul2 arif nak berbicara mengenai hati ni…tapi tak pa la apa yang
ana mampu, ana kongsila buat antum semua. Sampaikanlah walaupun 1 ayat, juga
dalam rangka untuk memperbaiki diri ana juga..

Tanda2 Hati Yang Sakit:
- Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan’
- Tidak tersentuh apabila membaca atau mendengar Al-Quran’
- Tidak tersentuh dengan perkara2 yang terjadi spt kematian, sakit dan sebagainya.
- Berlebihan mencintai dunia serta melupakan kehidupan yang kekal abadi iaitu Akhirat.
Sebenarnya banyak la tanda2nya, tapi mungkin kali ini hanya ini yang dapat ana kongsikan. Ayuh sma2 kita bermuhasabah adakah antara tanda2 di atas
pada diri kita, jika ada usah risau Insya Allah ada penyelesaiannya. Sama2 kita
kembali merenung kitab suci Al- Quran.Di sini ana ingin berkongsi sedikit
sabanyak mengenai cara2 merawat penyakit hati.
2. Membaca serta bertadarus (menyelidik) makna dan maksud-maksud ayat al-Quran.
3. Mendekatkan kepada Allah SWT dengan amalan-amalan sunat.
4. Khusyuk dalam solat.
5. Memperbanyak zikir dan memohon ampun kepada Allah SWT.
6. Melakukan kebaikan kerana ikhlas kepada Allah SWT dan mengharapkan keredaan-Nya.
7. Melakukan amal dan ibadat berdasarkan perintah Allah dan Rasul.
8. Beriktikad dengan akidah yang betul.
9. Sentiasa melakukan muhasabah diri.
10. Memperuntukkan masa bagi Allah SWT menerusi penggarapan ilmu-ilmu agama.
Semoga dengan 10 cara yang dinyatakan di atas mampu untuk merawat hati2 kita yang kian parah,sakit dan tenat. Semoga karat2 jahiliyyah yang melekat di hati2 kita mampu dilunturkan dengan mendekatkan diri kita kepada Allah. Ketahuilah sahabt2ku bahawa hati adalah generator. Kerana di hati letaknya perasaan bahagia, lapang dan tenang apabila manusia berasa bahagia. Dari hati. Itulah sumber yang mengalirkan segala perasaan baik atau sebaliknya. Jadi untuk kita menjadi baik. Penjagaan hati perlu diutamakan atau perlu menjadi priority seperti yang dinyatakan di dalam buku Batu-Bata Kehidupan..Apa Khabar Hati? Bersma kita muhasabah. ~Sis Imtiyaaz~
No comments:
Post a Comment