Pages

Friday, 21 December 2012

Madrasah Itu



 Assalamualaikum. Syukur atas rahmat-Nya kerana telah memilih kita untuk mengecapi kemanisan menjadi hamba-Nya. Selawat dan salam buat Rasulullah SAW yang telah menyampaikan wasilah mengenai hakikat dunia ini sebuah persinggahan dan destinasi sebenar masih jauh nun di sana. Alhamdulillah pada hari ini apa yang ingin ana kongsikan adalah mengenai madrasah Itu. Tahukan kalian apa itu madrasah? Madsarah adalah tempat dimana ana dididik dan ditarbiyah dengan kefahaman Islam. Madrasah itu namanya  Madrasah As-sanawiyah Ad-deeniyah Ibrah. 

Madrasah Itu

Biarpun hadirnya di ceruk desa,
Biarpun kewujudannya disangka goyah,
Biarpun terbinanya ia tanpa dinanti,
Namun ketahuilah,
Madrasah itulah yang mendidik kami para mujahid,mujahidah Islam,
Mengenal Al-Khalid yakni Sang Pencipta,
Hadirnya Murabbi, Murabbiyah,
Yang mendidik demi redha-Nya,
Bukan mengharap imbalan dunia semata.
Takbir!! Allahuakbar...
 Alhamdulillah...x sangka Allah hadiahkan kami result yang cemerlang...moga bermanfaat utk  Islam. Amin...

 Sebenarnya ana rasa sangat beruntung kerana Allah memilih ana untuk belajar di sekolah itu.  Biarpun tanpa bangunan dan infrastruktur yang baik namun itulah hikmah di mana Allah ingin mendidik kami para pelajarnya dalam erti kata bersyukur. Apa awalnya sewaktu brada di tingkatan 1, ana sangat tidak rela untuk ke sana, melihat rakan-rakan yang lain berada di sekolah2 hebat dan ternama.Namun apabila dipujuk ummi dan ayah ana redha ditarbiyah di situ. Ana tanamkan dan gengamkan 1000 hasrat dalam diri untuk menerima didikan dan akan kubuktikan kelak madrasah ini juga mampu menjadi standing sekolah lain. Daripada 0.0 di Ibrah Allahdulillah ana mula memahami 1 demi 1 erti kehidupan sebenar dan Islam yang sepatutnya menjadi cara hidup kita ummat Islam. Dengan kehadiran murabbi-murabbiyah yang tak kenal erti penat dan jemu, terus mencurahkan Ilmu. Betapa besar jasa kalian guruku. Ukhuwah kami juga semakin lama semakin utuh..ana sangat bersyukur kerana memiliki sahabat2 yang solehah dan baik malah sering mengajak kearah kebaikan. Benarlah kata2 Abg hilal Asyraf, Madrasah ibrah ini ada 3 keistimewaan. 

 Inilah para murabbi2 yang x jemu-jemu mendidik kami. Moga Allah redha dengan usaha kalian....

1.       Biah Solehah: (suasana yang mendidik…kepada shbt2 ana yang bakal meninggalkan madrasah ini jagalah dri kalian, jangan kalian jerumuskan diri kalian ke lembah kehancuran. Bersahabatlah dengan si penjual minyak wangi.)

2.       Murabbi Mithali: (para guru yang mendidik semua aspek malah menjadi khudwah buat kami..)
Cikgu Sabariah, Cikgu Hairun, Cikgu Azimah, Cikgu Aswashimah, Cikgu Halimah, Cikgu Fekaray, Cikgu Hazwani, Ustzh Hasanah, Ustz Faisol, ustz Lah, Ustz Syafiq, Dr Ismail Pak Lah dan semua…

3.       Manhaj Rabbani :( peraturan berlandaskan system Allah)

       Nota kaki: Post kali ini khas ana tujukan kepada Madrasah yang amat ana sayangi SMA IBRAH..Semoga dengan kehadiran madrasah ini akan lahir lebih ramai para rijal2 yang membantu menaikkan Islam.Juga ana tujukan kpd guru2 yang x pernah jemu mendidik kami, hasilnya Allah hadiahkan keputusan yang cemerlang buat kami.Moga selepas ini lebih banyak kecemerlangan yang bakal kami tempah.Insyaallah..Juga kepada sahabat2 yang banyak membantu tatkala susah mahupun senang.Syukran semua..Madrasah itu x akan Goyah!! takbir!!Allahuakbar!

n





No comments:

Post a Comment