Pages

Sunday, 31 March 2013

tetiba hati rasa gelisah

Bismillah...
  sebelum ana meneruskan langkah ana keibrah...
     tetiba je ana rasa sedih ana tak tau kenapa tapi bla ana fikir....dan fikir dan terus berfikir ana dah tau kenapa ana rasa sedih...ana rasa sedih sangat sebab ana takut nak pi ibrah...takut nk ambik result keputusan exam baru3 nie...ana takut ana tak buat yg terbaik untuk harapan umi n abah ana harapan guru3 ana banyak buang masa dengan perkara yg tidak berfaedah...dekat sini ana nak tekankan pelajaran itu pentng untuk kita nak sampaikan islam...org akan tngok taraf pendidikan kita baru org bagi kepercayaan kepada kita untk menyampaikan sesuatu....ayuh!!!!sahabat3 kuatkan semangat anda utk terus barada di medan tarbiyyah birlah plbgai cabaran yg bakal dihadapi penuh dgn getir tapi kita teruskan untuk membagunkan islam...ana tuju khas expesialy buat sahabat ana NURTAQIAH BINTI FUAD n sahabat seperjuangan yg lain....

-sis nawa-teruskan usaha kalian

Saturday, 30 March 2013

NosTaLGia iTu, MenGunDanG SeDar ;)


Tatkala memulakan misi itu,
Jantungku bagaikan terlecut,
Keringatku membasahi dahi,
Tak dapatku gambarkan perasaan itu,
Seolah2 gunung Averest datang menghempap,
Mengeluarkan larvanya nan membahang,
Seolah2 lautan biru diputarbelitkan,
Memuntahkan segala isi dasar,
Tapi semua itu hanya seketika,
Aku semakin seronok, alpa dan leka,
Semakin indah untuk terus melakukannya,
Nyata syaitan dan nafsu punya angkara,
Melakar strategi, mengundurkn iman,
Buat aku terus terleka dek membuat dosa,
Gunung berlarva mambara, kini bertukar,
Menjadi hanya bagai seekor lalat,
Dikuis ia, terbang begitu saja,
Aku mula terbiasa dalam menghirup udara nan kotor ini,
Hatiku mula menghitam, kendurkan sensetiviti,
Nyata kasih sayang Al-Khalid x akan pernah sirna,
Hadirkan insan buatku kembali pada-Nya,
Sungguh aku teralpa, diriku sudah tersimpang jauh,
Sujudku kepada-Nya bertambah syahdu,
X akan kuulangi nostalgia semalam,
Biar ia permenant di sanubadi,
Jadi pengajaran buat sang penyeru,
Hamdullah, Ya Robb,
Kini aku yakin, kau x akan tinggalkan diriku,
Kini, dulu dan selama-selamanya. 

P/s: This poem special dedicates for myself y hina lgi kerdil nie..berdasarkan 1 peristiwa yang memberi seribu satu pengajaran...Insyaallah, ana x akan mulakan ia lgi, memang awal2 kita rasa takut dan bersalah nak lakukan sesuatu perkara macam ana kata kat sajak kat atas bagai gunung mengempap, tapi apabila kita dah terbiasa dengan dosa, dengan jahiliyyah, mka kita akan hilang rasa bersalah, kita akan mengangap dosa tu macam seekor lalat yang hinggap di hidung, bila dikuis maka terbangla ia..nasihat ana khasnya untuk ana, kamu, anda, pembaca adalah bila rasa kita lakukan dosa cepat2 la kembali kpd-Nya..jgn b'tangguh2..Mahabbbah Al-Khalid kpd hambanya x akan sirnakn...Alhamdulillah...Syukran juga wat shbt ana y byk membantu (ukhti Fatini)...Mga ana iman itu kembali stabil..For reader smua, jgn lupa doakn saya, insan y hina lagi memerlukan tembakan doa dari kalian...~ Sis Imtiyaaz~ 31/3/2012 (Rumah while waiting to going Ibrah) ;)..

Duhai Hati, Jangan Kau Terkorban dengan Dunia


Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti. Namun tidak tersedarkah hati itu adalah ujian dari Tuhannya? Kepayahan itu sesungguhnya adalah bentuk tarbiyahNya kepada hati. Pernah hati bersyukur kerana mendapat perhatian yang sedemikian dari Tuhannya? Terlebih banyak mengaduh dari bertahmid rasanya.

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3 “
“…dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” -Surah Yusuf ayat 12
Tak tersedarkah hati segala yang diberinya itu adalah nikmat; kebahagiaan adalah nikmat, sakit adalah nikmat, perit itu lebih nikmat, jika hati ingin menerima. Duhai hati, sedarlah, bukannya Tuhanmu tidak mendengar segala jerit perih, betapa pedih peritnya derita apa yang dialami, betapa segala yang hati ingin, tidak semua kan hati perolehi. Bukankah Dia sudah terang-terang berfirman:
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” -Surah Al-Baqarah ayat 216
Nah, Tuhannya sendiri telah siap mengatur segala rencana perjalanan hidupnya hati. Mengapa harus merungut lagi dengan jalan yang ditempuh. Duri-duri dan halangan itu adalah rahmat. Redha dan pasrah, wahai hati, itulah lumrah. Tidak tersedarkah hati bahawa setiap langkah, setiap kudrat, setiap butir bicara, kerlip mata dan denyut jantung selama ini semuanya nikmat yang Tuhannya beri, Tuhannya pinjamkan. Cara apa dan bagaimana hati gunakan semua pinjaman tersebut? Setiap langkah dan kudrat digunakan untuk ke jalan kebaikankah? Setiap butir bicara hanya yang baik dan berhikmah sajakah? Kerlip mata dan sisa denyut jantung yang masih ada dimanfaatkan dengan amal ibadahkah? Tuhannya berhak mutlak ke atas hati. Kenapa hati masih perlu persoalkan mengapa ujian diturunkan? Tepuk dahi, tanya minda semula. Layakkah hati-hati ini dengan Syurga milik Allah SWT???


“Hai Kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. Barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalasi melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dan barangsiapa mengerjakan amalan yang saleh baik laki-laki maupun perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.” (Surah Al Mu’min ; ayat 39-40)

Duhai hati, janganlah terkorban dengan dunia…Sesungguhnya hidup hati sebenarnya untuk mencari mati yang sempurna…

~izzati salleh :)

Friday, 29 March 2013

PePeRiKSaaN SaTu AMaNaH


Assalamualaikum...Malam nie,rse mood nak menulis, jadi ana nk share ngn korang sket nie..pasal exam...maklumla bru2 ni kn exam bulanan..Ana rse banyak sangat benda y perlu ana tingkatkan..tambah2 kesungguhan, ana x tau kenapa but this year ana punya kesngguhan down sggtt..jeles tgk shbt2 ana( Ukhti suhailah) ngn semua la...diaorg semua bersungguh2..but ana...hurm tah la..Waktu menjwb soalan pun sma, persedian sblm exam, smuanya effectkn ana punya fokus waktu m'jwb..tmbah cuti seminggu ni, bleh kira ja brp kali ana study, mak ana byk kali nasihat...Jdi ana terbce karya ni jadi ana nk share ngn korang..pembaca skalian...mga bermanfaat..

Sebagai seorang pelajar, tidak kiralah di universiti atau di sekolah, suka atau tidak, kita tidak akan terlepas daripada satu ujian bernama peperiksaan bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan2 besar seperti UPSR, SPM, STAM, STPM dan sebagainya.
   Sebahagian manusia yang agak bijak, akan melihat bahawa peperiksaan itu tidak lebih daripada satu halangan yang perlu dilepasi. Sebahagian manusia lain pula menganggap bahawa, peperiksaan itu menyukarkan mereka dan sering menyalahkan peperiksaan sebagai satu bencana. ada juga yang menganggap bahawa peperiksaan ini langsung tidak penting. Katanya, semua itu dunia, yang penting adalah ilmu yang kita dapat, bukannya kecemerlangan dalam pepriksaan yang kita mahu.
  Bagi saya, peperiksaan itu adalah satu amanah yang penting dan tidak boleh dipandang enteng." Imtihan adalah tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan amanah kita terhadap ibu bapa atau tidak."
Itu adalah kata2 Iman Syauqina, antara pelawat setia website Langit Ilahi.
 Saya amat bersetuju dengan kata-katanya. Biasanya apabila seseorang pelajar itu mengambil peperiksaan, dia hanya memikirkan dirinya sendiri. Dia hendak cemerlang untuk dirinya. Kalau dia gagal pun, dia hanya fikir bahawa dia seorang diri yang gagal. Tetapi hakikatnya pepriksaan di sekolah atau di universiti ini terikat dengan titik peluh yang kita perah dari tulang empat kerat orang tua kita.
  Ya, memang ibu bapa akan berkata, ' ummi dan abah tak harap awak cemerlang dalam peperiksaan. Tapi yang  ummi abah harapkan adalah awak belajar sungguh-sungguh, dapat ilmu banyak dan berakhlak soleh."
  saya juga faham bahawa kehebatan ilmu bukan terletak pada tingginya peratusan markah peperiksaan yang kita capai. Pun demikian ini tidak memansuhkan betapa petingnya peperiksaan.
  Kita tidak hidup di dunia ini seorang diri bersama keluarga kita sahaja. kita hidup dengan manusia2 lain yang kebanyakkan tidak sama pemikirannya dengan kita. Kita boleh bayangkan bahawa peperiksaan ini dunia sahaja, tidak penting, yang penting adalah ilmu.Tetapi tidak untuk kebanyakkan manusia yang memandang bahawa peperiksaan itu penting untuk ke sekolah yang baik.
  Sememangnya kita akan melihat betapa manusia memandang rendah terhadap kita apabila kita gagal dalam peperiksaan dan tidak memberikan performasi yang baik. Jika hal ini berlaku terhadap diri kita sahaja, maka saya tidak akan membangkitkan hal ini. Akan tetapi, biasanya ibu bapa kita akan menerima penangan juga atas kegagalan kita.
 Kemungkinan guru akan menyalahkan ibubapa atas kegagalan kita. Masyarakat pula secara tidak lansung akan memandang rendah terhadap keluarga kita atas keputusan peperiksaan kita yang tidak cemerlang. Jikalau selepas itu kita mempunyai ilmu yang banyak, kita tulis buku, kita buat sesuatu yang mengangumkan, kepercayaan masyarakat terhadap kita tetap bukan 100 peratus. Hal ini kerana, kecemerlangan dalam peperiksaan masih cenderung menjadi ukuran dan nilai tambah yang berharga. Tanpanya, manusia akan kekurangan bukti untuk ilmunya.
Adakah ustaz tanpa sijil dengan mudah boleh dipercayai?
Adakah jurutera tanpa keputusan yang baik akan diberikan kepercayaan?
Adakah pesakit akan pergi kepada doktor yang tidak mendapat tauliah?
Ini persoalan logik yang kita semua boleh fikirkan. Pada peperiksaan itu tergantung maruah keluarga kita. Juga, sebelum saya terlupa, maruah ISLAM yang kita bawa bersama. Mendapat markah rendah dalam peperiksaan tidak akan sesekali mengundang pandangan mulia orang lain kepada kita. Malah, dalam suasana Islam menjadi gharib(asing) pada kehidupan hari ini, keputusan peperiksaan yang teruk sekadar menjatuhkan imej Islam di mata masyarakat bukan Islam yang lain. Tambah pula dalam suasana masyarakat Malaysia yang sentiasa wujud persaingan antara kaum Melayu, Cina dan India. Siapa kata peperiksaan tidak penting? Ini adalah amanah yang terletak di bahu kita.
  Amanah terhadap ibu bapa, dan amanah terhadap Allah yang perlu kita cintai melebihi kecintaan kepada ibu bapa kita.
 Ini adalah amanah.
  Bukan hanya kita bawa semata-mata kerana diri kita. Tetapi kerana kita sedang memikulnya dengan membawa sekali imej keluarga, agama dan mereka yang berkaitan dengan kita.
 Maka, apakah anda masih hendak memandang enteng kepada peperiksaan? Saya nasihatkan jangan.

Di'copy dan di'paste drp Fanzuru karya Hilal Asyraf
P/s; Moga post kli nie m'bri manfaat utk smua escpecialy student Ibrah..mga lepas nie, antum lebih b'sungguh2 dlm menuntut ilmu..Insyaallah..sma2 kita perbaiki dan tingkatkn dri kita..Insyaallah...~Sis Imtiyaaz~

Thursday, 28 March 2013

Bismillah...
   
     Apa khabar hati2...yg bertaut kepada cinta kepada Allah...moga hati2 ini sentiasa improve iman...he3....Alhamdulillah Allah bagi kesempatan untuk meneruskan pena penulisan yg sekian lama ana x update biasa le...student kan\...sentiasa sibuk dgn pelajaran.....tapi  ana bersyukur tak terkira karana Allah masih memberi kesempatan kepada ana untuk terus menyampaikan dakwah walaupun ia tida seberapa tapi untuk perkongsian bersama...ana selalu tajnay nak bagi tajuk apa ek???ana pun tak tau....haaa...ape kata kita bagi tajuk FEAR NOT :)...mcm best je he3....
Sometimes it is the pain that makes you stronger :) 
But fear not, for He is always by your side to help you the way through.

"Do men think that they will be left alone on saying, "We believe", and that they will not be tested?" [29:2]

"And those who strive in Our (cause),- We will certainly guide them to our Paths: For verily Allah is with those who do right." [29:69]......
  
"FEAR NOT,FOR INDEED I AM WITH UYOU,I HEAR AND I SEE (EVRYTHING)[20:46]

Allah always with us...kat mana pun kita...Allah sentiasa bersama hambanya...bestnya...bla kita dapat merasai manisnya cinta kepada Allah 
-sis nawa-

Wednesday, 27 March 2013

Solusi Membersih H@ti





Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian…Apa khabar diri, hati dan Iman? Moga semuanya dlm rahmat Allah Insya Allah.. Lama ana coretkan apa2kan, maklumla buzy ktakan.huhuu..sbnrnya pada hari yang indah ini ana nak kongsikan suatu tajuk yang ana rasa menarik untuk dikongsi bersama, Tajuknya “Solusi Membersih Hati” karya Abg Hilal Asyraf dipetik drp buku Fanzuru.
  Ramai orang tertanya-tanya berkenaan pembersihan hati. ‘Bagaimana aku hendak bersihkan hati aku? ‘Aku dah cuba nak jadi baik, nak bersihkan hati aku, tapi tak berjaya.” ….”Ana dah mula buat baik, tapi tidak dapat istiqamah. Ana masih buat benda jahat lagi.” Ya , macam2 kita dengar apabila masuk bab pembersihan hati untuk jadi hamba kepada ilahi ini. Kita semua tertanya2 cara membersihkan hati secara efektif. Sebab apabila kita berusaha ,terasa sukar benar hendak membersihkan hati dan akhirnya kita kelelahan dalam usaha mencucinya.
Bagaimana agaknya solusi pembersihan hati? Rasulullah ada bersabda, berkenaan pentingnya untuk kita menjaga hati: Dalam jasad manusia ada seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh, jika buruk daging itu maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahaa itu adalah hati.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebab itu, kebanyakkan manusia mampu merasakan satu ugensi untuk manjaga dan membersihkan hati mereka. Cuma, biasanya manusia sukar untuk bertemu dengan solusinya. Kenapa kita masih tidah dapat membersihkan hati kita? Mungkin itu persoalan yang kita fikirkan dalam kehidupan kita.
 Hal ini kerana, dalam diri kita, kita masih menyimpan rasa cinta dengan dosa itu. Kemungkinan daripada 100 dosa yang biasa kita lakukan kita telah tinggalkan 99. Tetapi, ada rasa cinta kepada dosa itulah yang menghalang jiwa kita drpd menjadi bersih.
Hati kita ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi air jernih ke dalam cawan kotor itu, kekotoran itu tidak akan hilang.Malah, air jernih itu yang akan dikotorkan di dalam cawan itu, kemudian kita terus isi lagi air jernih, insya Allah, kotoran di dalam cawan akan hilang dan air di dalam cawan hanya tinggal air yang jernih.~Sahel bin Nordin~
 Ya masalah untuk kita membersihkan hati adalah apabila kita tidak terlebih dahulu merengkuh kecintaan kita kepada dosa2 kita.  Suka saya menukilkan kata2 yang mahsyur. Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu masa adalah cinta kepada ALLAH dan cinta kepada maksiat.”
Islam dengan jahiliyah, adalah ibarat minyak dan air. Tidak akan sesekali bercampur.Satu di selatan dan satu di utara.Selangkah kita mendekati Allah, kita telah selangkah meninggalkan jahiliyyah. Selangkah kita mendekati jahiliyah, hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan Allah.
  Jadi solusi yang kita dapat adalah, hendak membersihkan jiwa kita, hendak menjadi hamba kepada Allah., Pertamanya kita perlu rengkuh segala kemungkaran yang melekat dalam jiwa kita dan kita perlu tolak semua ajakan buruk yang datang kepada kita. Walaupun jahiliyyah itu, jahiliyah yang kita suka.
Cinta kepada dosa, itulah yang menghalang jiwa kita daripada menjadi hamba yang sebenar. Bagaimana agaknya hati kita bias bersih, sekiranya perkara ini masih wujud dalam jiwa kita? Mari sama2 kita berusaha merengkuh kecintaan kepada dosa dalam hati kita!!..

demi cinta Allah :)

Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
“Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya.”
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
“Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu.”

mantan pelajar ibrah :) izzati salleh

Monday, 25 March 2013

The Smile of her , Mayah




Dear Mayah,
Melihat raub wajahmu yang redup,
Segala keresahan di hati menghilang,
Mendengar suaramu nan merdu,
Segala kekhuatiran di usir pergi,
Melihat senyumanmu yang mekar merah,
Seolah2 diri ini diserap ke dimensi damai,
Mayah, enti tetap di sanubadi kami, fbi's,
Walau jasadmu pergi merentas mediteranien,
Walau aqlimu pergi melintas sang awan,
Walau rohmu terbang bersama kicauan,
Kerana, enti sudah permanent di hati kami!!!
Ukhuwah Fillah Abadan Abada...

Assalamualikum...Sajak kat atas nie khas ana tujukan buat sahabat ana dulu, kini dan selamanya ( ukhti Sumayyah) ..x sangkakan seorang demi seorang sahabat yang ana sayangi meninggalkan madrasah nie, mayah mybe dah org 6 kot...ana x tau nak gmbarkan macam mana persaan ana, walaupun mayah akan datang kembali, tapi rasa lambat je lagi.. Sepanjang perkenalan ana dengan mayah dari f1( alam kekanak) sampailah sekarang f4( mature dah la sket) huhu..ada satu perkara yang ana sgt kagum dengan mayah, yang ana rasa mayah ja ada keistimewaan ni, iaitu senyumannya...Mayah walaupun dia sedih, marah,geram,tension or apa2 ja, but she still SMILE...awesome kan..!! Hebat sgt mayah nie, ana sendiri pun klau dah hilang sabar, meletup juga, but mayah, spnjg ana kenal dia, dia memang hebat, seorang yang jarang marah, suka buat org lain gembira.seriusly tengok dia ana pun jadi tenang, jadi x  nak marah...sebab tu kot ramai orang suka and sayang dia...kn!! rasa payah sangat nak lepaskan dia..dulu ana rapat sgt dengan mayah, selalu share prob, sembang itu dan ini, rindu sgt suasana cam2 lagi..Sampai sekarang pown ana akan still sayangkan mayah...kpd mayah, hope enti baca nukilan ana ni, kat sini ana nak mntk maaf ssggtt!! klau banyak sakitkan hati enti, buat enti terasa, terambil barang or apa2 jelah..Seriusly, payah nak lepaskan enti...apa2 pown take care yer dear, dont forget us kat Malaysia nie...Kmi fbi's x akan pernah lupa enti, jaga diri tau dekat negara org tau, jga hati n iman jugak!!!

 okay. guess what? esok i'm flying out from Malaysiaa already. esok transit dubai dulu, then turun dekat manchester. so, mayahh nk minta maaf kalau adaa buat salah silap dekat sapesape. minta halalkan makan minum :D and, minta doakan mayah selamat sampai sana and sini dengan selamat :) assaaaalamualaikum :D ~mayah bella mayah~

waalaikumusslam...suka ana nak balas status enti kat blog nie, ana x tau nak cakap apa dah...cuma nak cakap take care yea dear, jaga diri enti elok2 kat sana, jgn lupakan kami fbi dan Ibrah sendiri, ana harap dlm diri enti tetap ada madrasah ibrah nie..ana dan semua warga sma ibrah jugak nak mintak maaf kat enti coz selalu wat enti sakit hati...Insyaallah kami semua akan doakan enti...!!! salam sayang wa salam mahabah dri kmi...escpecially from fbi's... Uhibbukifillah..

From shbihmu,( Nurul, fatimah, syidah, ela, iffah, zainab, saidah, atie, hanie, aiesyah, ijlah, nisa, aimuni, farzana, fatini, taqiah, Najwa..)

 

Kisah 50 sen

                              Assalamualaikum.. 
kisah ini untuk kalian dan saya!!! selamat membaca :D Jom infak kat ibrah setiap hari ahad dan istiqomah dalam menginfak dijalan Allah...hebatkan  budak ni!! jom contohi sifat pemurah dia,walaupun miskin :D jom jadi pelajar yang hebat..



Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar untuk rehat. 
Awak tak rehat ke Alif? Ujar saya kepada pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas. 

Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang-panjang dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu 

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yang kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya. 

Saya tanya lagi, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye? 
Owh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dengan bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.. 

Mata saya dah berkaca...Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bagi keluarga pelajarku ini, luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan. 

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin. 

Mungkin kisah ini nampak simple tapi bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak. 

Bagaimana pula dengan kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat? 

Harini Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pada hari yg mulia ini kepada masjid masa solat Jumaat, kaum kerabat yang dlm kesusahan dan untuk fuqarak serta masakin, Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kepad anda semua. 

Sumber dari seorang sahabat yang mengajar di ipg Bangi, barakalLahu fiekum ajma'in. 

Dipetik dari FB Ustaz Zahazan.


         Syukran jazilan kepada penulis asal artikel ini iaitu Ustaz Zahazan. Jazakallahu Khairan Khatira


                            diciplak oleh  ~MISS ELA~


Lelaki dan Perempuan purdah


 Assalamualaikum :D 
Semperna cuti sekolah ni saya nak kongi bacaan saya dengan kalian... artikel ni saya ambil daripada myheppi.. banyak yang kita boleh kutip daripada myheppi..bacalah kalau ada waktu kelapangan..sama2 kita ambil pengajaran dar situ!! SELAMAT MEMBACA... Semoga Allah merahmati kalian..





Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera. 

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut. 

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. Adakah ini khayalanku sahaja? bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu. 

Siapakah wanita itu? 

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. 

Adakah wanita itu orang gila? 

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. 

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. 

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. Kuncikan pintu itu, kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, dan bawakan kuncinya. Aku akur. 

Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu, kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. Buang-lah, ujar wanita itu sambil ketawa, tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari? Tempelak wanita itu lagi. Aku diam. 

Waktu maghrib sudah hampir selesai, kata wanita itu bernada sedikit menyindir. Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan? Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut. 

Tiba masanya untuk melihat aku, kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. Pandang aku sungguh-sungguh, kata wanita itu lagi. 

Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari. Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana. 


Syukran jazilan kepada penulis asal artikel ini. Asif jiddan tidak dapat mengenal pasti penulisnya. Jazakallahu Khairan Khatira 
                                                                   ~Miss Ela~

Saturday, 16 March 2013

mencintai sahabat kerana Allah :)

"kau tahu apa itu makna uhibbuki fillah?" tanya seorang sahabat kepada saya

"menccintaimu kerana Allah," ringkas jawab saya

kelihatan tidak senang duduk sahabat dengan jawapan saya. riak muka tidak puas hati lagaknya.
"Memanglah, itu direct translate. Tak semua orang faham erti itu sebenarnya. Cuma mengungkap tetapi tidak sampai jauh ke dasar hati, kerana itu setiap perkara yang dilakukan pasti ada kurangnya, hingga kadang-kadang boleh menjadi cemburu dalam berukhwah. Manusia sebegini masih keliru sebenarnya," luah sahabat dengan air muka penuh kekesalan.

terhenti seketika kerja yang saya sedang lakukan. berfikir tentang kata2 sahabat sebentar tadi.
"Cemburu dalam berukhwah? Saya setuju, bahkan ada yang masih tidak mampu mentafsir ertiuhibuki fillah itu sendiri. Keliru itu benar. Realitinya kerana fitrah berkasih yang terlampau. Rasa menyayangi yang terlampau hingga ada istilah 'dia milik aku' sahaja. Astaghfirullahal azzim, mohon dijauhkan perasaan sebegini," memandang sahabat dengan penuh pengertian.
Benar, ini kisah realiti. Sebenarnya ramai yang masih keliru dengan perasaan sendiri. Fitrah manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, tetapi berpadalah dalam berkasih dan sayang hingga timbul perasaan ingin memiliki. Mengikut ilmu psikologi, inilah yang dinamakaninnate motive.

maknanya jangan berkasih sayang lah?
Tidak.. bukan itu yang saya maksudkan. Berkasih sayang itu perlu, tetapi berpada dan kawallah diri. Berukhwah kerana Allah semata-mata. Jadi takkan timbul isu 'dia milik aku'.
tidak cemburu
Orang-orang yang beriman tidak akan rasa cemburu apabila sahabat menjalin ukhwah dengan sahabat lain. Isilah hati dan nurani dengan jalan Allah kerana ukhwah ini terjadi atas kehendak Allah. Jika ada timbul rasa cemburu, muhasabah kembali kerana sungguh itu adalah bisikan syaitan yang cuba menghasut dan menggugat ukhwah yang dibina.
Siapa kita untuk memiliki? Tiada apa-apa di dunia ini adalah milik kita. Sahabat? Bukan milik kita. Justeru kenapa mahu cemburu apabila orang lain mendampingi?
Firman Allah s.w.t : "Sesungguhnya mukmin itu bersaudara." (al-Hujuraat: 10)
Dari firman ini telah jelas bahawa semua muslim itu adalah bersaudara. Tiada yang tertinggal. Kita memerlukan antara satu sama lain. Seharusnya kita perlu belajar menyayangi setiap sahabat yang berada di sekeliling kita.
Dalam Islam sudah diajar tentang ithar (melebihkan orang lain) yakni tahap ukhwah yang paling tinggi manakala berlapang dada adalah tahap ukhwah yang paling rendah.
Tapi dalam apa jua keadaan, kita harus sedar tentang makna basitah (kesederhanaan). Bila sudah sayang terlebih, segala benda jadi lain. Justeru itulah kita perlu bersederhana. Kalau mahu sayangi semua, bukan memilih-milih pula.
Nasihat ini jelas untuk saya dan semua yang mempunyai sahabat. Mungkin ini sudah terjadi atau bakal terjadi. Makanya saya mahu mengingatkan dahulu sebelum terkena pada diri sendiri atau yang lain juga.
Uhibbuki fillah, best friend, teman sejati atau apa-apa sahaja akan menjadi retorik semata-mata jika setiap perhubungan itu tidak di dasari dengan iman dan takwa. Usah tertipu dengan mainan perasaan sendiri. Perbetulkan niat kembali jika masih ada cemburu di hati.
layanan istimewa untuk sahabat
 ana mahu mengingatkan kalian tentang kisah Rasulullah SAW dalam bersahabat.
Adakah para sahabat yang lain merasa cemburu dengan Abu Bakr apabila Rasulullah SAW mengatakan Abu Bakr adalah teman baiknya. Saidina Umar, Uthman, Ali dan sebagainya tidak cemburu melihat persahabatan itu kerana Rasulullah SAW melayan para sahabat yang lain juga dengan istimewa. Inilah yang perlu kita contohi bersama.
Jika kita mampu untuk memberi hadiah, belanja kawan, sentiasa saling mengingat, membantu dia, bertanya khabar kepada kawan yang seorang; beri layanan istimewa dan memasak untuk kawan seorang, kenapa tidak kepada kawan yang lain kita lakukan sebegitu rupa? Adakah Islam mengajar kita untuk membanding beza darjat?
Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda:
Taqwa itu berada di sini (beliau menunjukkan dadanya tiga kali). Cukuplah seorang (muslim) dianggap (melakukan) kejahatan karena melecehkan saudara muslimnya. Setiap muslim atas muslim lain haram darahnya, hartanya dan kehormatannya." (HR. Muslim dan Ibnu Majah)
Jadi, mari kita tajdidkan (memperbetulkan) niat kita dan banyakkan muhasabah. Mungkin selama ini kita berukhwah bukan kerana Allah tetapi atas dasar lain.. peribadi ke, minat yang sama ke, perasaan ingin memiliki ke..
Mari koreksi diri.. mari istighfar berulang-ulang kali..
"Ada tak orang rasa cemburu dengan kita. Mereka rasa takut untuk rapat sebab kita berkawan baik?" tanya sahabat lagi.
"Wallahua'lam, jika ada yang berfikiran sebegitu, mesti ada silap dia dan silap kita juga. Dalam ukhwah ini kita membina ithar tetapi kita perlukan juga basitah," tuntas saya.
Moga ini dapat menjadi renungan untuk para sahabat di luar sana. Sungguh mungkin ini juga bakal terjadi pada saya dan anda, kita tidak tahu. Jadi persiapkan diri dan bermuhasabah kembali.
Marilah kita menjalin ukhwah kerana Allah..
Untuk sahabat-sahabat saya di luar sana.. uhibbuki fillah.. harap ukhwah ini hingga ke jannah hendaknya.
Ya Allah, peliharalah ukhwah kami ini. Moga tiada hasad yang menyelirat jauh di hati yang tersirat..
Di jalan Allah,
Persahabatan ini bukan milikku dan bukan jua milikmu,
Persahabatan ini adalah perancangan daripada Allah yang mengetahui segala rahsia,
Kerana DIA lah aku mengenalimu dan kerana DIA jua telah menetapkan ukhwah itu,
Pasti terukir 1001 kenangan dan kasih sayang,
Semuanya kerana Allah,
Sungguh,
Bukan kerana selain daripada-Nya..
~kakl0ng~

Saturday, 9 March 2013

imAn tidak diwaRisi

Alhamdulillah wa syukru lillah.masih diberi peluang untuk terus menghirup oksigenNya.dipinjamkan hati untuk menilai.dianugerahkan kekuatan untuk bertahan dalam apa jua cabaran dan dugaan..

Iman mutiara by Raihan.lagu yang cukup popular suatu ketika dulu..salah satu bait lagu yang cukup memberi makna ---iman tak dapat diwarisi---- sirah sejarah para anbiya' malah membuktikan. Anak2 Nabi Nuh yang bilamana diajak menaiki bahtera dengan syarat beriman kepada Allah,mereka menolak. Isteri Nabi Lut yang bilamana ditegah Allah untuk tidak menoleh ke belakang,beliau tetap ingkar..Lalu dipercayai Allah tukarkannya menjadi batu.
Memiliki ibu bapa yang bertaqwa tidak menjanjikan kita pasti mengikut jejak langkah mereka. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri..Sejauh mana usaha kita ambil menuju Ilahi. Setinggi mana keikhlasan kita bentangkan dalam mencari redha Allah.Sekuat mana pegangan kita pada Qada' dan QadarNya ketika kita diuji.. Banyak kisah menceritakan anak kepada seorang imam murtad.nauzubillah..Jangan salahkan ibu bapa yang mendidik,apatah lagi bidan yang menyambut..Tuding jari pada diri sendiri.Ke mana arah tuju yang kita pilih?

Mulut tidak pernah lekang bercerita tentang 'alimnya ibu bapa kita..itu dan ini.Tapi dalam masa yang sama,kita melakukan ma'siat.Tidak malukah pada mulut yang berbicara?Pada telinga yang mendengar?..Allah~ Dan kadang-kadang tanpa sedar,kita menarik ibu bapa kita untuk berkongsi dosa yang kita lakukan..nauzubillah!sebagai contoh :

Sepasang couple..dikatakan islamic [mana dapat istilah tu pun tak tau.sedangkan couple tu sendiri haram].Asyik dating..Bila ditanya,bila nak kahwin?Alasan senang----mak ayah tak bagi green light---Allah!Adakah mereka menyalahkan mak ayah?Mungkin ada benarnya..Tapi jangan gunakan kesempatan dalam kesempitan.Tak dapat keizinan daripada ibu dan bapa,tidak meluluskan kita untuk keluar dating or what so ever..Cuba sahabat2 bayangkan.Dosa yang mereka lakukan itu disabitkan atas sebab tidak mendapat keizinan daripada ibu bapa.Adakah ibu bapa turut sama diseret untuk berkongsi dosa mereka???..Apa dah hilang ke kasih sayang kita pada ibu bapa sampai sanggup memberi 'share' dosa kita pada mereka?Tidak cukupkah kita membebankan dosa2 kita dulu di atas bahu mereka?..Allah!Tepuk dada,tanya iman~

Berusahalah untuk menjadi anak soleh-solehah.Sejuk perut ibu yang mengandung..Tenang hati bapa yang mendidik.Malah doa anak soleh adalah amalan yang berterusan ganjaran pahalanya. Jangan salahkan persekitaran andai kita tidak mampu memegang hati sendiri. Ilmu Allah datang dalam pelbagai cara.Salahkan diri sendiri bilamana kita tiada sedikit keinginan pun untuk mengautnya.. Kelas tafaqquh seminggu sekali pun tidak pernah dikejar.Then,nak salahkan persekitaran keluarga yang kurang ilmu agama.Apa kes?!Jawablah dengan Allah kelak..

One more thing.Bilamana Allah datangkan kamu seseorang untuk membuka hati ke jalanNya, jangan kita ungkit status dirinya. Contohnya," Awak takpela.Datang dari kampung..yang tak tercemar dengan masalah sosial.Takkan terpengaruh pun..Saya?Even mak saya pun tak kisah saya pakai tudung ke tak.."..Allah~ Apa mereka kurang arif tentang orang kampung yang fanatik dengan adat?Apa itu bukan cabaran untuk mereka yang berasal dari kampung mempertahankan iman dan Islam daripada dicampuradukkan dengan adat?Malah lagi susah untuk kita memisahkan mereka daripada adat..Allah lebih mengetahui..Allah lebih 'arif sejauh mana kemampuan kita untuk mengatasi persekitan kita..Jadi jangan persoalkan ketetapan Allah.Tapi persoalkan usaha kita..Sebanyak mana langkah yang harus diambil untuk mengatasi sesuatu masalah.



Di saat entry ini dibuat,otak saya mentafsir,tangan saya menaip dan mata saya melihat. Apa2 sekalipun,saya cuba mengislahkan diri sendiri dan sekaligus cuba untuk membuka mata hati sahabat2..moga usaha kita boleh dijadikan perkiraan di Padang Mahsyar kelak,amin..

~kaklong comei~

kembali padamu.. :’(

assalamualaikum kpd umt2 islam yg setia mnjd pmbca online blog First Bash Ibrah (fbi). Skrg ni kwn2 ibrah ana ada kt asrama, depa semua x balik kmpung minggu n ari ni mirza akan bertolak ke mesir huhu. Umm hari yg sedih lgi menyedihkan…sunyi tnpa mrka..hahaha(ayt xleh belah) huhuh. Ok, pda kali ni ana nk kongsi ngan antunna semua berkenaan dgn kehidupan kita yg skrg ni yang mna keadaan kita sma ada jauh atau dekat dgn Pencipta kita Allah yg Esa.



ada masa kita akan rasa hati ini sedih,kosong,sayu je...waktu tu kita mula cari cara utk hilangkan perasaan yg tak berapa indah tu... ada yg mungkin dengar muzik rock kapak,,ada yg mungkin pergi bersenam atau maybe ada yg pegi shopping ke^^

tapi bila kita habis buat semua tu perasaan itu masih lagi ada..kita mula bertanya kenapa?? kenapa dengan hati aku ni?? apa yg tak kena dengan diri aku ni?? semakin banyak persoalan yg timbul namun tiada satu jawapan pun yg memuaskan hati kita...

di saat itu baru kita tersedar dan terfikir "ALLAH"..

kita mula mencari Allah..kita mula sebut dan ingat Allah...

menjadi lumrah seorang manusia itu walau tinggi mana dia daki walau jauh mana dia berjalan pada akhirnya Allah lah tempat kembali tempat dia bergantung harap..

ingatlah janganlah hanya mencari Allah tatkala kita berduka saja namun ingatlah Allah setiap masa..

"Allah tidak pernah jauh tapi kita sendiri yg menjauhkan diri kita dari Allah"


Cuba kita muhasabah balik apa dh jd dgn hidup kita skrg ni. Hidup manusia ni kadang2 baik kadang2 x baik. Bila kita dh jauh dgn Allah sgt2 mmg diri kita ni jd lain. Sejujurnya ana sdh melalui kehidupan yg amat menyedihkan itu. Ana x pernah kenal diri ana yg skrg ni, mmg beza sangat. Terungkap kata ALHAMDULILLAH di bibir ana apbla ana menyedari prkra i2 berlaku kt diri dgn penuh dosa yg x terhingga. Mcm tulh kehidupan manusia. Bila kita sedar yang kita selalu buat dosa @ jauh sangat2 dgn Allah mka cepat2 lah kita kembali kepada-Nya sbb bila hidup kita ni bergelumang dgn dosa2 mmg tmpat kita di akhirat kelak tidak lain tidak bukan hanya neraka sja utk kita. Sedih kan bila kita jauh ngan Allah :’( manusia ni bila dpt kemawahan walaupun sedikit kita dh lupa kt Allah bila susah bru nk ingat kt Allah. Sedih2. Mungkin sbb tu kot Allah slalu bg masalah kt kita sbb kita kan slalu lupa kat Allah. Apa yg ana sedar dengan kehidupan ana skrg ini adlh ‘tarbiyyah’. Bila ana fikir2 balik dgn keadaan sekililing ana skrg ni MASYAALLAH bru ana sedar yg Allah sdg mentarbiyyah n nk mematangkn diri ana dgn keadaan di sekeliling ana ni yang mna pergaulannya agk bebas,ana tidak merasai suasana yg solehah,di sisi ana ni tak dak kwn yg membimbing n nasihat kt ana rupa2 nya i2lh tarbiyyah dr Allah kt ana. Mmg berat sekali nk melului kehidupan ini, tp insyaAllah ana akn usahakn untk melalui dgn penuh kesabaran J. Satu sja prkra yg akn buat kita jd kuat utk tempuh semua cubaan dr Allah iaitu kita hanya perlu kmbli pada-NYA. Cuba kita bayangkan klau hidup kita ni tnpa Allah mst kita akn rsa x tenang n x sabar. Nak ka hidup kita mcm tu?? X mau kan.. jdi apa lagi tunggu2 jom kita sma2 kmbali ke pangkal jalan.
 ~kaklong come~