Assalamualaikum...Malam nie,rse mood nak menulis, jadi ana nk share ngn korang sket nie..pasal exam...maklumla bru2 ni kn exam bulanan..Ana rse banyak sangat benda y perlu ana tingkatkan..tambah2 kesungguhan, ana x tau kenapa but this year ana punya kesngguhan down sggtt..jeles tgk shbt2 ana( Ukhti suhailah) ngn semua la...diaorg semua bersungguh2..but ana...hurm tah la..Waktu menjwb soalan pun sma, persedian sblm exam, smuanya effectkn ana punya fokus waktu m'jwb..tmbah cuti seminggu ni, bleh kira ja brp kali ana study, mak ana byk kali nasihat...Jdi ana terbce karya ni jadi ana nk share ngn korang..pembaca skalian...mga bermanfaat..
Sebagai seorang pelajar, tidak kiralah di universiti atau di sekolah, suka atau tidak, kita tidak akan terlepas daripada satu ujian bernama peperiksaan bulanan, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan akhir tahun atau peperiksaan2 besar seperti UPSR, SPM, STAM, STPM dan sebagainya.
Sebahagian manusia yang agak bijak, akan melihat bahawa peperiksaan itu tidak lebih daripada satu halangan yang perlu dilepasi. Sebahagian manusia lain pula menganggap bahawa, peperiksaan itu menyukarkan mereka dan sering menyalahkan peperiksaan sebagai satu bencana. ada juga yang menganggap bahawa peperiksaan ini langsung tidak penting. Katanya, semua itu dunia, yang penting adalah ilmu yang kita dapat, bukannya kecemerlangan dalam pepriksaan yang kita mahu.
Bagi saya, peperiksaan itu adalah satu amanah yang penting dan tidak boleh dipandang enteng." Imtihan adalah tempat untuk kita menguji sama ada kita telah menunaikan amanah kita terhadap ibu bapa atau tidak."
Itu adalah kata2 Iman Syauqina, antara pelawat setia website Langit Ilahi.
Saya amat bersetuju dengan kata-katanya. Biasanya apabila seseorang pelajar itu mengambil peperiksaan, dia hanya memikirkan dirinya sendiri. Dia hendak cemerlang untuk dirinya. Kalau dia gagal pun, dia hanya fikir bahawa dia seorang diri yang gagal. Tetapi hakikatnya pepriksaan di sekolah atau di universiti ini terikat dengan titik peluh yang kita perah dari tulang empat kerat orang tua kita.
Ya, memang ibu bapa akan berkata, ' ummi dan abah tak harap awak cemerlang dalam peperiksaan. Tapi yang ummi abah harapkan adalah awak belajar sungguh-sungguh, dapat ilmu banyak dan berakhlak soleh."
saya juga faham bahawa kehebatan ilmu bukan terletak pada tingginya peratusan markah peperiksaan yang kita capai. Pun demikian ini tidak memansuhkan betapa petingnya peperiksaan.
Kita tidak hidup di dunia ini seorang diri bersama keluarga kita sahaja. kita hidup dengan manusia2 lain yang kebanyakkan tidak sama pemikirannya dengan kita. Kita boleh bayangkan bahawa peperiksaan ini dunia sahaja, tidak penting, yang penting adalah ilmu.Tetapi tidak untuk kebanyakkan manusia yang memandang bahawa peperiksaan itu penting untuk ke sekolah yang baik.
Sememangnya kita akan melihat betapa manusia memandang rendah terhadap kita apabila kita gagal dalam peperiksaan dan tidak memberikan performasi yang baik. Jika hal ini berlaku terhadap diri kita sahaja, maka saya tidak akan membangkitkan hal ini. Akan tetapi, biasanya ibu bapa kita akan menerima penangan juga atas kegagalan kita.
Kemungkinan guru akan menyalahkan ibubapa atas kegagalan kita. Masyarakat pula secara tidak lansung akan memandang rendah terhadap keluarga kita atas keputusan peperiksaan kita yang tidak cemerlang. Jikalau selepas itu kita mempunyai ilmu yang banyak, kita tulis buku, kita buat sesuatu yang mengangumkan, kepercayaan masyarakat terhadap kita tetap bukan 100 peratus. Hal ini kerana, kecemerlangan dalam peperiksaan masih cenderung menjadi ukuran dan nilai tambah yang berharga. Tanpanya, manusia akan kekurangan bukti untuk ilmunya.
Adakah ustaz tanpa sijil dengan mudah boleh dipercayai?
Adakah jurutera tanpa keputusan yang baik akan diberikan kepercayaan?
Adakah pesakit akan pergi kepada doktor yang tidak mendapat tauliah?
Ini persoalan logik yang kita semua boleh fikirkan. Pada peperiksaan itu tergantung maruah keluarga kita. Juga, sebelum saya terlupa, maruah ISLAM yang kita bawa bersama. Mendapat markah rendah dalam peperiksaan tidak akan sesekali mengundang pandangan mulia orang lain kepada kita. Malah, dalam suasana Islam menjadi gharib(asing) pada kehidupan hari ini, keputusan peperiksaan yang teruk sekadar menjatuhkan imej Islam di mata masyarakat bukan Islam yang lain. Tambah pula dalam suasana masyarakat Malaysia yang sentiasa wujud persaingan antara kaum Melayu, Cina dan India. Siapa kata peperiksaan tidak penting? Ini adalah amanah yang terletak di bahu kita.
Amanah terhadap ibu bapa, dan amanah terhadap Allah yang perlu kita cintai melebihi kecintaan kepada ibu bapa kita.
Ini adalah amanah.
Bukan hanya kita bawa semata-mata kerana diri kita. Tetapi kerana kita sedang memikulnya dengan membawa sekali imej keluarga, agama dan mereka yang berkaitan dengan kita.
Maka, apakah anda masih hendak memandang enteng kepada peperiksaan? Saya nasihatkan jangan.
Di'copy dan di'paste drp Fanzuru karya Hilal Asyraf
P/s; Moga post kli nie m'bri manfaat utk smua escpecialy student Ibrah..mga lepas nie, antum lebih b'sungguh2 dlm menuntut ilmu..Insyaallah..sma2 kita perbaiki dan tingkatkn dri kita..Insyaallah...~Sis Imtiyaaz~
No comments:
Post a Comment