Assalamualaikum pembaca yang dirahmati Allah sekalian…Apa
khabar diri, hati dan Iman? Moga semuanya dlm rahmat Allah Insya Allah.. Lama
ana coretkan apa2kan, maklumla buzy ktakan.huhuu..sbnrnya pada hari yang indah
ini ana nak kongsikan suatu tajuk yang ana rasa menarik untuk dikongsi bersama,
Tajuknya “Solusi Membersih Hati” karya Abg Hilal Asyraf dipetik drp buku
Fanzuru.
Ramai orang
tertanya-tanya berkenaan pembersihan hati. ‘Bagaimana aku hendak bersihkan hati
aku? ‘Aku dah cuba nak jadi baik, nak bersihkan hati aku, tapi tak berjaya.”
….”Ana dah mula buat baik, tapi tidak dapat istiqamah. Ana masih buat benda
jahat lagi.” Ya , macam2 kita dengar apabila masuk bab pembersihan hati untuk
jadi hamba kepada ilahi ini. Kita semua tertanya2 cara membersihkan hati secara
efektif. Sebab apabila kita berusaha ,terasa sukar benar hendak membersihkan
hati dan akhirnya kita kelelahan dalam usaha mencucinya.
Bagaimana agaknya solusi pembersihan hati? Rasulullah ada
bersabda, berkenaan pentingnya untuk kita menjaga hati: Dalam jasad manusia ada
seketul daging, jika baik daging itu, maka baiklah seluruh tubuh, jika buruk
daging itu maka buruklah seluruh tubuh. Ketahuilah bahaa itu adalah
hati.(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sebab itu, kebanyakkan manusia mampu merasakan satu ugensi
untuk manjaga dan membersihkan hati mereka. Cuma, biasanya manusia sukar untuk
bertemu dengan solusinya. Kenapa kita masih tidah dapat membersihkan hati kita?
Mungkin itu persoalan yang kita fikirkan dalam kehidupan kita.
Hal ini kerana, dalam
diri kita, kita masih menyimpan rasa cinta dengan dosa itu. Kemungkinan
daripada 100 dosa yang biasa kita lakukan kita telah tinggalkan 99. Tetapi, ada
rasa cinta kepada dosa itulah yang menghalang jiwa kita drpd menjadi bersih.
“ Hati kita ibarat cawan yang kotor. Kalau kita sekadar isi
air jernih ke dalam cawan kotor itu, kekotoran itu tidak akan hilang.Malah, air
jernih itu yang akan dikotorkan di dalam cawan itu, kemudian kita terus isi
lagi air jernih, insya Allah, kotoran di dalam cawan akan hilang dan air di
dalam cawan hanya tinggal air yang jernih.~Sahel bin Nordin~
Ya masalah untuk kita
membersihkan hati adalah apabila kita tidak terlebih dahulu merengkuh kecintaan
kita kepada dosa2 kita. Suka saya
menukilkan kata2 yang mahsyur. “ Dua cinta yang tidak boleh bersatu dalam satu
masa adalah cinta kepada ALLAH dan cinta kepada maksiat.”
“ Islam dengan jahiliyah, adalah ibarat minyak dan air.
Tidak akan sesekali bercampur.Satu di selatan dan satu di utara.Selangkah kita
mendekati Allah, kita telah selangkah meninggalkan jahiliyyah. Selangkah kita
mendekati jahiliyah, hakikatnya kita telah selangkah meninggalkan Allah.
Jadi solusi yang
kita dapat adalah, hendak membersihkan jiwa kita, hendak menjadi hamba kepada
Allah., Pertamanya kita perlu rengkuh segala kemungkaran yang melekat dalam
jiwa kita dan kita perlu tolak semua ajakan buruk yang datang kepada kita.
Walaupun jahiliyyah itu, jahiliyah yang kita suka.
Cinta kepada dosa, itulah yang menghalang jiwa kita daripada
menjadi hamba yang sebenar. Bagaimana agaknya hati kita bias bersih, sekiranya
perkara ini masih wujud dalam jiwa kita? Mari sama2 kita berusaha merengkuh
kecintaan kepada dosa dalam hati kita!!..
No comments:
Post a Comment