Pages

Saturday, 2 March 2013

Kepergian Mereka Bersulam Hikmah

Assalamualikum….Selagi nadi berdenyut, selagi itulah dakwah perlu diteruskan.. Apa khabar pembaca2 sekalian, moga Allah redha dengan saya, kamu, awak juga semua umat Islam. Lama sangat ana x coret apa2, Alhamdulillah malam 3 Mac 2012, tepat pukul 1.41 Allah izin and Allah beri kekuatan utk ana menulis. Post kali sekadar perkongsian saya dengan kalian duhai pembaca. Hari Jumaat, 1 mac mrpkn hari dimana kami f4 berkumpul dan mengadakan jamuan perpisahan meraikan cikgu juga sahabat2 yang bakal menghilang di bayang air tapi hakikatnya ada di dasar laut….Subhanallah…!! X sangkakn 4 insan pergi meninggalkan kmi secara serentak…Kadang2 terpikir jgk, nape yer Allah ambil mrk, para rijal2 Islam…Tatkala teringat firman Allah, terus perasaan syubhah  tdi hilang… pastinya disitu letak 1001 hikmah, yang hanya Allah saja yang tahu….

 Insan pertama adalah Cikgu Tasnim…Walaupun beliau x lama dgn kmi tpi rse kehilangan sgt….mungkin cara dan perwatakan beliau menjadikn kami mudah akrab dengannya, x sangka beliau akan pergi tinggalkan kam (klau Allah izin)…Kelas math dgn cikgu, best sgt!!! Sblm belajar mesti cikgu kasi peransang dulu, baru best nk belajar….bateri dicas la katakana..huhu..setiap kata2 beliau terkandung 1001 hikmah…kata2 or pesanan terakhir beliau dkat kmi  "ingat f4 bukan masa nk main or honeymoon, tpi f4 la kena belajar sungguh, wat yang terbaik utk Islam”kata2 beliau akan terus tersemat disanubadi kami..insyallah…Doakan kami tau cikgu…sayang cikgu sangat2…,
  Seterusnya, Mirza hannani… Dah 3 tahun kita bersamakn Mirza… susah senang, pahit manis, dihina, diangkat, semuanya kita bersama…pendek kata 3 tahun kita bersama, ana yakin enti dah knal ana ngan kawan2 yang lain 100% kn….x sangka dalam ramai2 budak Ibrah, enti yang Allah pilih utk sampai bumi Anbiya ( Mesir) first..kn…truly, ana ckp, ana x sanggup nk lepaskn enti, sbb kasih dan syg ana kat enti dah tebal…payah nk buang enti dri kamus hidup ana, sbb enti dah permenant ,x leh padam dah dlm hati ngan ingatan ana..huhu..Pi sna belajar elok2 tau,,, Ilmu tu nanti share la ngan kmi…jgn hampakn harapan mak ayah enti nk tgk enti jdi hafizah kn..Nanti biler dah dok sna jgn lost contart ngan kmi tau…zaman dah moden..huhuu..x tau nak tulis apa dah…papapown jga dri kat sna tau….jgn lupa kmi sudah..huhuuh… akhir kata Luv you coz Allah until Jannah….Insyaallah..!!
  Last but not least, Zatil azhani atau lebih mesra dipanggil Hanie…. X sangka enti btul2 nak pindah, ana ingat enti main2…. Tekejut tau bila tau enti nk pindah…dah la bgi tau last minute…Nak wat mcm mana Allah izin kn..Mungkin ada hikmah enti pindah nie..kn..Biler ingat balik peristiwa2 dulu2, ana jadi sedih and rindu la plak dekat enti, enti nie unik la hanie, payah nak cari org cam enti…yang jenis happy go luky je selalu…selalu fikir positive…dan mcm2 lgi la…rindu nk dgr enti nyanyi lagu kat asrama…melalak x tentu hala…huhhuu…x pa la mungkin ada hikmahkn semua nie.. pesanan ana jaga diri enti baik2 tau..Jgn biarkn dri enti dipengaruhi org tpi biarlah enti yang mempengaruhi org lain… Jgn miss communication ngan kte org kat sini…enti pown tetap di hati ana….Sayang enti hanie.!! Rindu nak gaduh…huhu..

Inilah insan2 yang bakal meninggalkan lubuk tarbiayah ini…yang membawa haluan tersendiri…Insyaallah pasti ada baiknya…Ya Allah jgn kau lepaskan ikatan tali ukhuwah kami, kekalkanlah ia dan teguhkanlah dye…Hanya pada-Mu aku bermohon…Akhir kata… Orang putih, org kanyalang, Terima kasih wa salam sayang….uhhuhu~ Sis Imtiyaaz~

Saya bukanlah seorang perempuan yang sempurna. Saya hanyalah bakal jenazah yang belum tentu masuk Syurga ◆

ASSALAMUALAIKUM!!!maaf la karya saya tak sehebat atunna semua..harap kalian baca karya say yang tak seberapa ini..kali ini sya nak tujukan kepada FBI terUTAMAnya MiRZA HANANNI dan ZATIL AZHANI.. Saya bukanlah seorang perempuan yang sempurna. Saya hanyalah bakal jenazah yang belum tentu masuk Syurga ◆  Kepada sahanat2 saya,rakan2 seperjuangan iaitu Nuru Izzati Mohd Rezal,Fatimah Abdullah, Mursyidah Abbas,Nurul Iffah Mohd Fauzi,Zainab Mohd Zaki,Nur Sa'idah,Sumayyah Azman,Azzyati Rozi, Zatil Azhani,Khairun Nisa',Nur Ijlah,Aiesyah Afiqah,Siti Farzana,Nurul Aimuni,Nurul Fatini,Nurul Taqiah,Nurul Najwa,Mirza Hannani,Nur Aliah dan semua yang mngenali diriku ini..saya ingin memohon kemaafan kepada antunna semua jika diri ini banyak menyakitkan hati atunna dan mengeluarkan kata2 yang kesatkEpada antunna..saya minta maaf jiddan2 kepada atunna semua!!saya sedari kekurangan diri ini. yang selalu membuatkan kalian tidak selesa dengan kehadiran saya..saya minta maaf jidan2..atunna adalah sahabat ana diddunia dan diakhirat..kepada sahabat saya MIRZA HANNANI yang akan bertolak ke Mesir tak lama lagi.. ni pesanan saya untuk awak..jaga diri elok2,jaga hubungan dengan Allah,kuatkan hati walaupun berjauhan dengan keluarga,sebarkan apa yang mirza dapat dari ibrah dan sebarkan kepada kawan2 mirza disana,jangan lupa kami di ibrah, kami akan kirimkan doa untukmu disana..mirza!!! "ana sayang enti kerana Allah" semoga persahabatan kita tak terhenti disini sahaja..erm,nampak gayanya kita akan berjumpa lagi 2/3 tahun lagi..kalau dihitung hari demi hari memang lama..insyaallah,jika ada rezeki kita akan betemu kembal..jadilah muslimah yang sejati,jaga hati dan utama sekali jaga iman..walauun berjauhan enti tetap dalam hati ana!!mirza,ana taktau nak cakap apa dah..yang penting kuatkan jiwa,harungi semua itu dengan hati yang tenang,jangan berpatah balik ke Malaysia selagi ilmu tak penuh didada..jangan hampakan harapan mak ayah enti...ana doakan Allah mempermudahkan diri enti kat sana..Insyaallah!!!erm,,nanti mersti ana rindu kat enti..rindu sangat2...
kepada Zatil AZHANI, belajar elok2,jgn mudah putus asa,kuatkan jiwa,dan harungi kehidupan disana dengan sebaiknya,,kmi harap hani menjadi muslimah yang diredhai Allah disana..jangan mudah terpengarh dengan kehidupandunia disana,,tebalkan diri dengan tembok yang kita bina selama ini di ibrah.. jadi qudwah kepada masyarakat dan bawa masyaraat pada islam melalui perbuatan kita,percakapan kita akhlak kita dan semuanya..semoga sekolah baru ini akan membuatkan angpa lebih bersemangat untuk belajar..belajar rajin2,,buang semua sifat malas yag menebal dalam diri jauh2..janagn lupa kami di ibrah..semoga agpa x mudah terikut dngan dunia disana..jangan hampakan harapan mak ayah enti yang penting sekali belajarlah keraNna Allah.. mari kita sama harungi kehidupan ini dengan keredhaan Allah..pasti Allah bantu kita!!!


















Friday, 15 February 2013

~bila hati resah gelisah~

BismillahirRahmaanirRahiim.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bila hati terasa resah gelisah dan gundah gulana, Silakan periksa siapa atau apa yang mendominasi hati ini.

Apakah semakin kuat harap atau takut kepada makhluk, atau semakin suka atau cinta kepada makhluk atau benda..... sehingga mendominasi hati dan pikiran, maka itulah penyebabnya.

Tidak selayaknya, makhluk dan benda yang tidak ada daya dan upaya jadi sandaran ataupun ditakuti, karena segala Kekuasaan dan Ketentuan hanya milik Allah semata.

Segera kembalikan kepada Yang Maha Kuasa atas segalanya. Semakin cepat dikembalikan, semakin dipasrahkan, semakin yakin akan segala kesempurnaan takdirnya. Niscaya hati akan jadi lega, nyaman, mantap mengharungi episod kehidupan yang seterusnya.

Allah Maha Tahu isi hati kita

Bila hati ini dipenuhi oleh selain-Nya, Dia tak akan suka....Bila hati ini dipenuhi oleh-Nya, segala urusan kita menjadi tanggungan-Nya. Nescaya akan mendapatkan sebaik-baik takdir yang memuaskan dunia akhirat kita .

~ InsyaAllah, aamiin ♥ ♥

Saturday, 9 February 2013

jAdilAh mAwar berdUri :D

assalamualaikum.... :) skrg ni ana nk share ngan korang semua pasai mawar berduri. khas utk kaum hawa.


tundukkanlah pandanganmu..
untuk menjaga kehormatanmu sebagai wanita yang dimuliakan Allah

tundukkanlah pandanganmu..
agar matamu yang indah tidak dicuri pandang oleh lelaki sembarang

tundukkanlah pandanganmu..
agar hijabmu semakin sempurna dengan sikap muliamu

tundukkanlah pandanganmu..
jagalah mata yang penuh dengan kecantikan dan pesona hanya untuk dilihat oleh suamimu tercinta

tundukkanlah pandanganmu..
agar para lelaki dengan mata yang liar segan untuk menggodamu

tundukkanlah pandanganmu..
agar semakin bercahaya wajah cantikmu dengan mata yang terjaga

tundukkanlah pandanganmu..
agar terjaga perasaan suamimu dari rasa cemburu karena matamu dan wajahmu yang indah hanya miliknya seorang

tundukkanlah pandanganmu..
dari fitnah dunia, dari silaunya harta agar terjaga hidayah Allah kepadamu

tundukkanlah pandanganmu..
dari hal-hal yang bisa merusak hati dan pikiranmu agar mulia iman dan akhlakmu

dan tundukkanlah pandanganmu..
hanya karena mengharap redho Allah semata


"Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangannya" (An-Nur : 31)

"Siapa yang menundukkan pandangan, Allah akan menggantinya dengan manisnya iman dalam dada (Ibnu al-Qayyim al-Jauziyah, al-Jawab al-Kafi,179)"




MAWAR YANG BERDURI,
Sukar disentuh oleh tangan yang tidak berhati-hati,
Duri yang tumbuh memagari jiwa yang suci,
Kecantikan yang dipandang mata dibenteng kuat oleh duri tumbuh sekitarnya…
Dia memang menjadi gilaan sang kumbang, Tetapi bukan semua kumbang yang mampu memetik ia dari dahan hinggapannya, Hanya yang telah di tentukan
Sang Pencipta saja yang akan berjaya memilikinya ..
Bahagianya menjadi dia "MAWAR BERDURI" …



Perempuan yang suci
Adalah perempuan yang dijaga oleh Allah
Tidak sedikit pun Allah membenarkan
Mana-mana lelaki ajnabi yang fasik menyentuh dirinya
Walaupun hatinya…
Kerana Allah teramat mencintainya…

Tetapi andai kita bergelumang
Dengan cinta lelaki yang palsu imannya

Di mana Allah untuk menjaga kita?
Allah seakan melepaskan kita
Kepada seorang manusia
Yang lebih banyak mengecewakan kita

Jika Allah datangkan kesedaran dalam diri
Supaya meninggalkan cinta seorang lelaki yang munafik
Itu bermakna Allah mahu mengambil kita kembali
Untuk dijaga-Nya, dilindungi…

Mengapa masih ragu-ragu?

Kekuatan usah ditunggu tapi harus dicari
Hargailah di atas kesempatan yang Allah beri…




#sementara kita diberi kesempatan olh Allah utk perbaiki blk diri kita ni so cepat2 lh kita bertaubat yee...bknnya apa kita (muslimah) Allah dh angkat darjat kitaaa drii lelaki..tinggi oo darjat kita bkn sja tinggi tpii muliaa..tgk betapa hebatnya wanita nii tpii zaman la nii rmai wanita2 yg dh x mulia ataupun tinggi darjatnyaa...sbb mendedahkn aurat, x jga pandangan, dok ngorat sana sini....mcm2 lgii laa.. bila darjat kita dh x semulia yg Allah kta ermmm...lelaki pun x akan hormat kitaa...klau dok cinta2 la nii punn x kn kekai laaa sbb lelaki pun xmau cri isteri yg dok menggatai,x jga aurat,xjga batas pergaulan..lelaki pun nk cri isteri yg solehah sbb lelaki akn pikiaq klau kawin ngan perempuan yg xdk iman spa nk didik anak aq?....so jdlh mawar berdurii yeee jgn biarkn walaupun seekor kumbang mndekati kitee (wanita) # 

kaklong :D

Friday, 8 February 2013

Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara




In The Name of Allah. Assalamualaikum. Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang kapada saya untuk terus mengulurkan pena. Moga post kali bermanfaat buat antum semua. Selamat membaca.

.REMAJA. Biasanya generasi ini sering dikaitkan dengan keliaran, dan ketidakfahaman akan hala tuju hidup. Majoriti gejala social dan kerosakkan akhlak sering sahaja dihubungkan dengan kumpulan ini.
 Memang sekiranya kita lihat remaja adalah saat diri seseorang berperang untuk memilih kehidupannya. Pada saat ini, semangat, kekuatan, pemikiran semuanya berada pada tahap paling maksimum. Namun, ramai yang terdorong kea rah keseronokan dunia semata.
 Hal ini kerana, remaja tidak dipersiapkan dengan asas yang kukuh untuk membina peribadi mereka. Maka, perkara ini perlu diselesaikan agar hari esok tidak gelap buat masayarakat. Hal ini adalah kerana remaja ini penting. Saham masa hadapan manusia.

Remaja Imej Masyarakat
 Kalau kita perhatikan dengan baik, yang mencorak warna masyarakat kita adalah golongan remaja. Kita boleh lihat pada Hari Sambutan Tahun Baru contohnya. Yang akan memenuhi padang2 adalah remaja.Yang banyak kita lihat di kompleks membeli belah, di jalan-jalan juga adalah remaja. Manusia lebih gemarmelihat remaja untuk menilai keadaan.
 Kalau baik remaja, maka baiklah masyarakat. Itu pandangan orang ramai. Hatta Dr Yusuf al- Qadrawi juga pernah berkata, “ Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu masayrakat, maka lihatlah remajanya pada hari ini”.
  Oleh kerana itu, semua perlu sedar betapa remaja ini tidak boleh ditinggalkan. Yang veteran perlu melihat bahawa remaja adalah asset mereka. Yang remaja pula perlu sedar akan kepentingan diri mereka kepada masyarakat. Jatuh bangun masyarakat, terletak pada remaja ini.
Masa Hadapan di Tangan Kalian
 Adalah perlu untuk dirasakan kepentingan ini. Remaja perlu memandang bahawa akan tiba satu hari, dia sudah tiada lagi tempat bergantung. Dirinyalah yang perlu mencorakkan keadaan pada hari itu. Sekiranya dia tidak mempersiapkan dirinya hari ini, maka pada hari itu dia akan merana dan terdorong dalam kerosakkan.
 Lebih buruk lagi, kerosakkan yang akan dilakukan pada hari itu, kesannya bukan pada dirinya sendiri. Tetapi juga pada keluarga dan masyarakat seluruhnya. Sekiranya remaja hanya sedar perkara ini bila mereka sudah bukan lagi remaja, segala-galanya ketika itu sudah terlewat. Hal ini kerana tiada waktu yang boleh diputarkan.
  Justeru, remaja perlu sedar akan kepentingan ini. Masyarakat juga perlu sedar akan kepentingan remaja. Sepatutnya, orang tua dan remaja perlu bersatu lengkap-melengkapi dalam membina masa hadapan ini. Orang tua berusaha dengan mendidik remaja, manakala remaja berusaha mempersiapkan dirinya.
Hal ini kerana, remaja adalah sangat penting.!! ~sisImtiyaaz~

hUbungAn dengan Allah


Satu perkara yang paling utama, yang sentiasa diperingatkan oleh para anbiya’, khulafa ar-Rashidin dan orang-orang yang soleh pada semua keadaan ialah supaya pengikut-pengikut mereka bertaqwa kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Menyemarakkan hati sanubari mereka dengan kecintaan dan taqarrub kepada-Nya dengan melakukan ketaatan dan ibadah kepada-Nya. Tidak syak lagi, inilah perkara yang mesti diutamakan daripada perkara-perkara yang lain.

Beriman dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala adalah persoalan yang paling pokok dalam aqidah. Berhubungan dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan bertaqarrub dengan-Nya mendahului persoalan-persoalan yang lain dalam ibadah. Takut kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala apabila bersendirian di tempat sunyi dan juga ketika di khalayak ramai mendahului perkara lain dalam akhlak, muamalat dan amalan. Segala usaha kita tidak mungkin berhasil kecuali setelah kita mengembalikan hubungan kita dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Kuat atau lemahnya  kita adalah bergantung kepada sejauh mana hubungan kita dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Kita menjadi kuat apabila hubungan kita dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala kuat, dan kita lemah apabila hubungan kita dengan-Nya lemah.

Makna Hubungan Dengan Allah

Hubungan manusia dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, mengikut keterangan Al-Quran Al-Karim bermaksud supaya manusia menjadikan hidup, mati, solah dan segala ibadah semata-mata untuk-Nya.
“Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku bagi Allah, Tuhan sekalian alam.” [Al-Anaam: 162]

Hendaklah seseorang itu menyembah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan penuh keikhlasan. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah berulang kali menerangkan pengertian hubungan hamba dengan Rabbnya sehingga tiada setitik debupun yang menutupi pengertian ini. Jadi, mengertilah kita akan hakikat hubungan dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala iaitu:
“Takut akan Allah di tempat sunyi dan tempat yang terang.” [Hadith]
“Hendaklah engkau yakini bahawa yang ditangan Allah itu lebih terjamin daripada apa yang ada di tangan engkau.” [Hadith]
“Hendaklah engkau menuntut keredhaan Allah dengan kemarahan manusia.” [Hadith]
Kita tidak pula mencari keredhaan manusia dengan kemurkaan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Setelah terjalin rapi hubungan ini, kecintaan seseorang, perseteruan, pemberian dan tegahannya semuanya demi Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata-mata tanpa dicemari oleh tujuan-tujuan lain. Inilah pengertian kesempurnaan hubungan dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala.

“Sesiapa yang cintakan Allah, memberi kerana Allah dan mencegah kerana Allah, sesungguhnya telah sempurnalah imannya.” [Hadith]
 Jalan Memperkuatkan Hubungan Dengan Allah
Tidak terdapat jalan lain untuk menimbulkan hubungan dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala melainkan satu sahaja. Seseorang insan hendaklah beriman dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala yang Esa sebagai Rab dan Ilah bagi dirinya dan untuk sekelian makhluk di langit dan di bumi serta mengimani sifat-sifat UluhiyyahNya. Tuntutan dan kelayakannya tidak boleh diberi kepada selain daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Hendaklah saudara membersihkan hati daripada segala kekaratan syirik. Apabila manusia dapat menyempurnakan semuanya ini mengikut cara yang dituntut, akan terikatlah jalinan hubungan antaranya dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Adapun untuk mempererat dan menyuburkan hubungan ini tertakluk kepada dua jalan:-

i.                    jalan kefahaman dan berfikir
ii.                 jalan bekerja

Kaedah menyuburkan hubungan dengan Allah SWT melalui jalan kefahaman dan tadabbur ialah dengan cara saudara mempelajari Al-Quran dan Hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam yang sahih dan sedaya upaya mengamatinya berulang-ulang kali dan seterusnya cuba memahaminya agar benar-benar faham. Langkah seterusnya ialah dengan mencuba sedaya upaya untuk mengamalkannya di dalam kehidupan. Apakah sudah terjalin hubungan di antara saudara dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dalam kenyataan hidup sehingga setelah saudara ketahui sudut-sudut ini, saudara akan cuba bentangkan dan bandingkan dengan hal keadaan saudara. Maka bertambah eratlah hubungan saudara dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Maka untuk itu, hendaklah saudara memperhatikan segenap sudut. Sampai ketahap manakah telah saudara laksanakan tuntutan-tuntutanNya? Apakah pula kekurangan-kekurangan pada diri saudara di dalam perkara ini? Sekadar mana dapat diperkuatkan perasaan ini di dalam diri saudara maka sekadar itulah hubungan saudara dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala.

Dalam konteks pertalian dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala, saudara adalah hamba manakalah Allah Subha Nahu Wa Ta’ala adalah Tuhan (Rabb). Saudara dijadikan sebagai khalifahNya di bumi. Kemudian, daripada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dipindahkan nikmat-nikmat dan pemberianNya yang tidak terkira kepada saudara. Bertolak daripada sini, setelah saudara beriman maka Allah Subha Nahu Wa Ta’ala telah membeli jiwa dan harta saudara dengan syurga. Lalu daripada semua itu, saudara bertanggungjawab di hadapanNya. Allah Subha Nahu Wa Ta’ala tidak menghisab amal-amal itu daripada segi zahir pekerjaan saudara sahaja, tetapi juga dicatat bersama-sama dengan perbuatan zahir itu gerak-geri, diam, niat dan kehendak saudara. Inilah antara banyak contoh-contoh pertalian yang telah sedia ada di antara saudara dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Berdasarkan kepada kefahaman ini, menjiwainya dan melaksanakan tuntutannya akan menentukan darjat hubungan dan taqarrub saudara denganNya. Sejauhmana saudara melalaikannya dan tidak memikirkan untuk menunaikan tuntutan-tuntutannya maka sekadar itulah saudara telah menjauhi Allah dan merenggangi hubungan denganNya. Semakin kuat saudara berjaga-jaga, berusaha untuk memelihara dan mengambil berat terhadap urusanNya, maka semakin teguh dan mendalamlah hubungan saudara dengan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala.

Namun, jalan berfikir ini tidak akan mendatangkan buahnya bahkan tidak mungkin kekal dalam jangka masa yang panjang sekiranya saudara tidak sandarkan kepada jalan amal iaitu ketaatan yang ikhlas terhadap hukum Ilahi serta membelanjakan jiwa dan harta kepada sebarang jalan yang obleh membawa mardhatillah Subha Nahu Wa Ta’ala. Makna ketaatan kepada hukum Ilahi ialah melakukan segala apa yang diperintahkan oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dengan penuh kerelaan jiwa di waktu senang dan susah, sunyi dan terang tanpa menghiraukan keuntungan dunia, malah hanya menghitung keredhaan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala semata-mata. Ketaatan kepada hukum-hukum Ilahi juga bererti meninggalkan sesuatu yang dibenci oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala di waktu sunyi dan terang dengan penuh rasa kebencian terhadap larangan itu. Jangan saudara jadikan desakan duniawi sebagai motif untuk meninggalkan larangan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Saudara tinggalkan setiap larangan itu adalah semata-mata kerana Allah Subha Nahu Wa Ta’ala. Inilah jalan yang mempertingkatkan darjat ketaqwaan saudara kepada Allah Subha Nahu Wa Ta’ala.

Dalam hal yang akan meningkatkan saudara ke darjat ihsan selepas darjat taqwa ialah dengan cara saudara berusaha mempertingkatkan setiap amal-amal keutamaan (fadhilat-fadhilat) yang dicintai oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan RasulNya. Menjauhi perkara yang tercela lagi dibenci oleh Allah Subha Nahu Wa Ta’ala dan RasulNya. Janganlah saudara memandang ringan dan remeh di dalam hal membelanjakan apa yang dimiliki oleh saudara seperti jiwa, harta, masa, usaha, kekuatan fikiran dan kekuatan hati. Di samping itu, sentiasalah di dalam keadaan beringat, penuh keinsafan supaya tidak tumbuh  di dalam hati saudara rasa sombong serta ujub dengan amal dan pengorbanan yang telah saudara lakukan sehingga melupai diri sendiri lalu terlintas di dalam hati perasaan seolah-oleh saudara telah berbakti dan berbudi kepada orang. Sebaliknya mestilah saudara rasai bahawa saudara terlalu sedikit dan terlalu kurang di dalam melaksanakan semua yang diwajibkan Allah Subha Nahu Wa Ta’ala

Wednesday, 6 February 2013

bila rasa lemah menjelmA...


assalamualaikum...hari ni nk kongsi sikit citer ngan semua yee..disebabkn ana rsa lemah sbb bru kehilangan sahabat yg ana sayang (ukhti fatimah)....jd ana nk post kn tajuk bila rsa lemah menjelma....

Senario A – Engkau semua jangan buat bising ok ! Aku tengah down ni… nanti aku campak semua barang-barang atas meja ni !
Senario B – Aduuuuh, sedihnya rasa ! Sampai hati dia menolak lamaranku….. Aku  tengah down betul ni. Kau pergilah jauh-jauh sebab aku memang perlukan ketenangan sekarang ni.
Senario C – Tak mengapalah, ini urusan peribadi. Aku dah studi macam nak mati tapi keputusan exam masih tak cukup makan. Biarlah aku menyendiri sebab aku tengah down ni.
Sememangnya rasa lemah atau rasa ‘down’ atau rasa ‘futur’ itu kadangkala menyapa diri. Setiap yang bernama insan pasti akan berhadapan dengan ujian di dalam hidupnya. Kadang-kala ujian dan diikuti dengan ujian yang datang bertimpa-timpa yang mungkin menyebabkan kita sukar untuk bangkit kembali.

Setelah ujian datang :
  1. Ujian ini boleh membuatkan kita semakin kuat daripada sebelumnya
  2. Kadang-kala kita boleh pintas bangkit semula ke kekuatan yang sama
  3. Kadang-kala ujian ini boleh membuatkan kita rebah tersungkur
  4. Kadang-kadang dengan satu ujian sahaja kita boleh hilang arah dan boleh membuat keputusan yang luar biasa
Andainya kita bangkit semula, maka syukur kepadaNya kerana kita berjaya melepasi ujian ini dan bakal menyaksikan bahawa kita akan menjadi insan yang lebih tabah dan lebih berjaya di masa depan.
Namun jika gagal bangkit, kita bakal melalui jalan buntu mahupun membuat laluan baru yang penuh berliku dan tidak mustahil ianya mungkin bertentangan dengan arus perjalanan yang pernah kita lalui sebelum ini.
Adakah sinar mentari di hari esok? Bagaimana kita akan menghadapinya?
Kita harus menghadapi setiap ujian yang ditempuhi dengan bersangka baik kepada Allah swt. Sudah pasti di sana ada hikmah dan kebaikan di dalam setiap perkara yang berlaku yang mungkin tidak kita ketahui maksudnya.
Firman Allah swt yang bermaksud :
“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – [Surah Al-Baqarah, 2: 216]
Seterusnya kita boleh menghadapi ujian ini dengan:
  1. 1.Beristighfar dan berdoa memohon pertolongan daripada Ilahi
  2. 2;Bermuhasabah diri, ujian ini mungkin juga disebabkan kesilapan atau dosa-dosa kita sendiri
  3. 3.Menyuarakan rasa hati kepada ke dua orang tua kita atau ‘orang lama’ atau tokoh yang kita kenali
  4. 5.Berbincang dan meluahkan perasaan dengan pendidik atau ‘murabbi’ kita
  5. 6.Berkongsi permasalahan dengan teman atau kenalan yang rapat
  6. 7.Jangan ikutkan sangat perasaan down dan emosi 
  7. 8.Menyebukkan diri dengan kegiatan dan aktiviti luar yang sihat

  8. Masih bersedih ?
    1. Ambillah sedikit masa di sebelah keheningan malam untuk bertadabbur dengan ayat-ayat Allah swt sebelum tidur.
    2. Bersolat taubat dan menginsafi kesalahan diri
    3. Masuk tidur lebih awal di dalam keadaan berwudhu
    4. Bangun di awal pagi untuk mendapatkan ketenangan bermunajat kepada Ilahi
    5. Bersolat tahajjud sambil menyatakan rasa atau hasrat hati kepada Ilahi di dalam sujud yang terakhir dengan rasa penuh rendah diri dan berharap kepadaNya.
    Ingatlah akan janji Allah swt di dalam al Quran yang bermaksud,
    ” … Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan membukakan jalan keluar bagiNya, dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” –
    ( Surah At-Talaq, 65: 2-3)
    Masih adakah harapan untuk bangkit kembali?
    Bukankah semua ujian ini datangnya dari Allah swt? Ada kemungkinan besar bahawa Allah swt menyimpan sesuatu yang lebih baik untuk kita yang tidak kita ketahui apa yang bakal berlaku selepas ini. Jadi, kepada siapakah lagi yang harus kita harapkan jika tidak dikembalikan kepadaNya kerana Dia adalah yang Maha Berkuasa dan Penyelesai kepada semua masalah serta ujian-ujian kehidupan.
    Jom ! Mari kita bangkit agar terus jadi kuat….!
    ~ukHti iZzaTi s~