In The Name of Allah. Assalamualaikum. Alhamdulillah Allah masih lagi memberi peluang kapada saya untuk terus mengulurkan pena. Moga post kali bermanfaat buat antum semua. Selamat membaca.
.REMAJA. Biasanya generasi ini sering dikaitkan dengan
keliaran, dan ketidakfahaman akan hala tuju hidup. Majoriti gejala social dan
kerosakkan akhlak sering sahaja dihubungkan dengan kumpulan ini.
Memang sekiranya kita
lihat remaja adalah saat diri seseorang berperang untuk memilih kehidupannya.
Pada saat ini, semangat, kekuatan, pemikiran semuanya berada pada tahap paling
maksimum. Namun, ramai yang terdorong kea rah keseronokan dunia semata.
Hal ini kerana,
remaja tidak dipersiapkan dengan asas yang kukuh untuk membina peribadi mereka.
Maka, perkara ini perlu diselesaikan agar hari esok tidak gelap buat
masayarakat. Hal ini adalah kerana remaja ini penting. Saham masa hadapan
manusia.
Remaja Imej Masyarakat
Kalau kita perhatikan
dengan baik, yang mencorak warna masyarakat kita adalah golongan remaja. Kita
boleh lihat pada Hari Sambutan Tahun Baru contohnya. Yang akan memenuhi padang2
adalah remaja.Yang banyak kita lihat di kompleks membeli belah, di jalan-jalan
juga adalah remaja. Manusia lebih gemarmelihat remaja untuk menilai keadaan.
Kalau baik remaja,
maka baiklah masyarakat. Itu pandangan orang ramai. Hatta Dr Yusuf al- Qadrawi
juga pernah berkata, “ Jika kamu ingin melihat masa hadapan sesuatu masayrakat,
maka lihatlah remajanya pada hari ini”.
Oleh kerana itu,
semua perlu sedar betapa remaja ini tidak boleh ditinggalkan. Yang veteran
perlu melihat bahawa remaja adalah asset mereka. Yang remaja pula perlu sedar
akan kepentingan diri mereka kepada masyarakat. Jatuh bangun masyarakat,
terletak pada remaja ini.
Masa Hadapan di Tangan Kalian
Adalah perlu untuk
dirasakan kepentingan ini. Remaja perlu memandang bahawa akan tiba satu hari, dia
sudah tiada lagi tempat bergantung. Dirinyalah yang perlu mencorakkan keadaan
pada hari itu. Sekiranya dia tidak mempersiapkan dirinya hari ini, maka pada
hari itu dia akan merana dan terdorong dalam kerosakkan.
Lebih buruk lagi,
kerosakkan yang akan dilakukan pada hari itu, kesannya bukan pada dirinya
sendiri. Tetapi juga pada keluarga dan masyarakat seluruhnya. Sekiranya remaja
hanya sedar perkara ini bila mereka sudah bukan lagi remaja, segala-galanya
ketika itu sudah terlewat. Hal ini kerana tiada waktu yang boleh diputarkan.
Justeru, remaja
perlu sedar akan kepentingan ini. Masyarakat juga perlu sedar akan kepentingan
remaja. Sepatutnya, orang tua dan remaja perlu bersatu lengkap-melengkapi dalam
membina masa hadapan ini. Orang tua berusaha dengan mendidik remaja, manakala
remaja berusaha mempersiapkan dirinya.
Hal ini kerana, remaja adalah sangat penting.!! ~sisImtiyaaz~
No comments:
Post a Comment