Pages

Friday, 7 June 2013

The Procast's Ice Breaking


Langkahku kini bermula,
Walaupun diri ini tidak rela,
Walaupun diri ini agak keberatan,
Namun, ku hanyun juga langkah itu,
Tatkala menjejaki podium itu,
Aqalku seakan terhenti,
Menanti takdir yang bakal terjadi,

4 hari 3 malam yang aku lalui,
Semuanya berjalan lancar nan terbaik,
Hadir pula di sisi sahabat2 nan setia,
Juga kakak2 dan abang2 fasi berkaliber,
Membuang segala gundah di jiwa,
Ingatkan diri pada sang Pemilik,

Alhamdulillah...Dengan kasih sayang dri Allah, Allah beri peluang kepada ana untuk terus menulis...First and foremost, setinggi2 rasa syukur kepada Allah kerana masih memberi peluang kpd ana untuk terus, (menghirup oksigen tanpa perlu dibayar) sekaligus memberikan seribu satu nikmat yakni Iman, Islam dan kehidupan.. Insyaallah, pada malam yang mulia tepat pkul 11.48 Allah memberi ilham kepada ana untuk menulis sedikit sebanyak benda yang ana dapat di procast...Actually, ana rasa post nie, post yang sangat istimewa sbb post tajuk post ana cari dulu baru ana tulis, kalau selalunya post sebelum2 nie, ana tulis dulu baru fikir tajuk.hehhee..


  Insyaallah tajuk ana The procast's ice beaking..Jadi sajak dekat atas tu  ana tujukan khas kepada diri ana, juga semua insan2 terpilih yang mengikuti procast 2013. Nak dijadikan cerita, sebenarnya awal2 tu ana rasa berat sangat nak datang procast maklumlah kalau dihitung cuti di rumah, hanya tinggal lebih kurang 5 1/2 saja, sebab sebelum tu kami ada tuisyen dekat ibrah. Namun setelah dipujuk diri, akhirnya ana nekad untuk hadirkan diri, jiwa dan aqal di procast.Awal2 tu bila sampai dakat pusat koko, ana rasa nervous sangat, subhnallah, ramainya insan2 yang bakal mengikuti procast, nyata susunan Allah itu adalah yang terbaik. Pada awalnya ana rasa takut jugak, takut x boleh masuk dengan insan2 lain yang pelbagai ragam dan jenis.


  Jadi kat sini ana nak ceritakan bagaimana ice2 antara kami pecah sedikit demi sedikit. Pada awalnya kami diberi grup yang kurang stabil, tapi pada hari ketiga, kakak2 dan abang2 fasi telah merombak kumpulan kami menjadikan ia seimbang. Awal2 tu, terbit kerisauan dalam hati, tapi setelah melalui hari2 bersama mereka, ana rasa happy sangat.. Rasa seronok boleh kenal insan2 lain, nyata setiap orang ada keistimewaannya tersendiri. Hati pun jadi tenang dan terteram.


  Ice breaking antara kami semakin longgar lagi setelah kami diberi tugasan untuk mengadakan persembahan mengikut kontigen. Ana dimasukkan di dalam kontigen 'Beta'. Pada awalnya, kata sepakat sangat payah untuk dicapai, maklumlah masing2 ada pendapat masing2. Namun semuanya beransur pulih. Akhirnya kami telah pecah kepada 2 kumpulan, 1 kumpulan bincang mengenai lakonan dan satu lagi mengenai coral speaking. Akhirnya, dapat lah kami perform persembahan terbaik (hehe..x terbaik mana pun..dapat nombor 3 je) tapi rasa terbaik kerana bilangan kami yang ramai, dan pelbagai ragam serta kerenah, akhirnya boleh dileburkan dan dapat menghasilkan persembahan yang baik. Nyata begitu indah susunan-Nya...


  Seterusnya ana nak share sedikit sebanyak benda yang ana dapat dekat procast. Pengalaman yang sangat2 berharga, dapat climbing rock, tempoh halangan dan macam2 lagi. Pada awalnya rasa nervous sangat, tapi bila tengok orang lain buat, wah diri pun rasa bersemangat, Akhirnya dapat juga capai dan buat yang terbaik. Sebenarnya banyak lagi benda yang ana nak kongsikan bersama, tapi keadaan x mengizinkan.. Jadi ana nak ambil kesempatan ini untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada semua abang-abang fasi ( Abg Umar, Abg Zuhdi, abg Anas dan semuala) serta kepada semua kakak2( kak Rabiatul, Kak Anis, Kak Mira, Kak Nabiah,Kak Aisyah) atas kesudian kalian menjaga kami dan berkongsi ilmu serta pengalaman dengan kami. Rasa seronok sangat maklumlah kalau dekat Sma Ibrah, x ada kakak2 ngn abang2 yang nak kongsi itu dan ini ngan kami, maklumlah kami kan first batch.. Seterusnya ana juga nak mohon seribu kemaafan kepada semua insan terpilih kat procat, mungkin ana pernah sakitkan hati kalian.. Mohan maaf yer... Insyaallah setakat ini sahaja post ni, kalau ada rezeki insyaallah kita jumpa lagi. Ana akhiri dengan serangkap pantun,

Tuai padi antara masa,
Esok jangan rindu-rinduan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan,
  

No comments:

Post a Comment