Pages

Thursday, 30 May 2013

The Best Naqib of Happy cyclic ;)



Tika diri ini masih mentah dalam mengenal erti hidup,

Tika diri ini masih mentah dalam mencari tujuan hidup,

Tika diri ini masih mentah dalam menghadapi ranjau2  itu,

Beliau sentiasa ada tuk menunjuk arah nan jalan,

Beliau sentiasa memimpin tangan, mengajar aku nilai kehidupan,

Sentiasa memandu untuk terus mengenal Al-Khalid yakni sang pencipta,

Sentiasa menjadi sang nohkoda kepada anak buahnya,

Sentiasa menjadi kelasi buat teruskn perjuangan,

Memberi kami semua yang terbaik,

Dengan penuh sabar without jemu,

Tapi kini beliau telah terlalu uzur,

Beliau kini berperang dengan diri beliau nan menahan kesakitan,

Hanya iringan doa yang mampu aku hadiahkan,

Hanya titipan semangat nan kemuncak yang mampu ku tunjukkan,

Buatmu wahai mentorku,

Encik Zulkifli Che Embi.
.
  Assalamualikum..Selagi nadi berdenyut, Selagi itulah dakwah perlu diteruskan..Sajak di atas khas ana tujukan buat mentor tersayang atau lebih mesra dikenali sebagai pak cik zul. Pak cik Zul is the best ever mentor that I have seen..Beliau mentor yang terbaik yang pernah ana jumpa. Sejak f2 sampai f4 beliau memegang mentor-mentee kami. Berada dengan pak cik zul membuatkan kami rasa tenang, damai dan semua masalah seakan2 hilang, masa juga seakan perlahan. Mungkin inilah yang dinamakan aura yang mampu dikeluarkan oleh beliau.
  Pak cik Zul juga seorang yang sangat prihatin kepada kami. Selalu bertanya dan take care sangat dekat kami. Bagai seorang ayah kepada anak2nya.Ana masih ingat sewaktu Ujian bulanan 1, pak cik zul dengan prihatinnya, mencari slip keputusan peperiksaan kami, menkaji dan meneliti satu demi satu, then beliau terus memberi semangat dekat kami. With him, kami merasakan tiada yang mustahil di dunia ini. Kami pun selalu share prob dgn beliau. Kadang2 walaupun ana perasan pak cik zul dah x larat nak layan, but he still beri yang terbaik untuk kami, sentiasa sabar manjadi pendengar yang baik untuk kami. Seriusly, pak cik zullah insan yang amat2 memahami kami..sebab tu kami sayang beliau sangat2.
   Selain itu,beliaulah insan pertama yang banyak mengenalkan kami kepada deenul hak’ yakni Islam. Banyak benda yang kami dapat dari beliau memandangkan beliau banyak ilmu dan pengalaman. Banyak kenalkan kami kepada ulamak2 muktabar dan banyak lagi. Menceritakan kepentingan dakwah dan tarbiyah kepada kami. Mentor mentee or usrah dengan beliau merupakan pengalaman yang x dapat ana lupakan dan akan sentiasa tersimpan di memori. Kadang2 kalau seminggu x buat mentor-mentee rasa hati ni kosong sangat. Jumpa dengan pak cik zul seolah-olah merupakan penawar yang mampu menymbuh hati nan rawan. Mungkin disebabkan cara dan perwatakan beliau yang sentiasa tenang. Walaupun pak cik tak sihat tapi beliau merupakan seorang yang kuat beridabah. Puasa Isnin khamis jarang miss. Kadang2 kami yang masih sihat ni rasa malu dengan beliau.
  Beliau juga merupakan insan yang mempunyai banyak ilmu lantaran sifat beliau yang banyak membaca. Masih ingat lagi pesana beliau or petua la lebih kurang” antum kalau nak baca buku, baca buku betul2, biar baca dari kulit buku pertama sampai kulit buku terakhir tanpa miss, itu baru namanya khatam buku” Huhuhu..masih teringat lagi pesanan beliau tu, tahun lepas kalau tak salah. Hamasahtul Syabab fi Hikmahul Syuyuf.
  Namun kini, pak cik zul terkadang terlihat termenung, dilihat kurang ceria. Mungkin inilah ujian dari allah. Kami kat sini x mampu nak buat apa2 hanya doa yang akan kami lontarkan buatmu pak cik Zul..Moga pak cik Zul lebih kuat dalam menghadapi ujian tersebut. Terima kasih kerana sudi hadir dalam kamus hidup kami semua warga sma ibrah..Moga pak cik makin kuat ye..Salam sayang wa mahabbah dari kami semua pelajar Ibrah especially menteemu..( Farzana, Aimuni, Taqiah, Fatini, Suhailah, Fatimah, Najwa, k Long, Nurul, Iffah)

Dosa Oh! Dosa

assalamualaikum . Bismillahirahmanirahim. Alhamdulillah. Thank you Allah for the new breath today :') post ni ana nak kongsikan dengan semua pembaca setia blog http://fbibrah.blogspot.com/ . ana tulis post ni juga khas untuk ana dan ex-junior (junior sampai bila2 oke) Nurul Hannani . terdetik hati ana nak tulis tentang Dosa Oh! Dosa bila she said ' dosa banyak sedih lah' . masa tu juga lah ana tersentap sebab ana juga buat terlalu banyak dosa . Muhasabah balik yer .

sekarang ni banyak masalah yang ada sampai serabut kepala ana ni . tak tahu nak buat macam mana lagi untuk hilang kan semua perasaan amarah ni . mungkin problem yang menimpa diri ana ni sebab dah jauh sangat dengan Allah . tu laa dosa banyak sangat kot .lepas satu masalah hilang datang lagi satu masalah . bila dah sakit hati mulalah perbicaraan yang kurang senang (mengumpat) . tambah dosa ja  :( .  dah la buat dosa banyak pastu tambah lagi dosa yang lain pula. bertimbun-timbunlah alamatnya . TAPI percayalah setiap masalah itu pasti ada jalan penyelesaiannya . jadi setiap kali dosa kita tambah pasti ada cara untuk mengurangkannya . setiap manusia di atas muka bumi ni pasti tidak boleh lari dari masalah . Allah sangat sayangkan hamba2Nya pasti DIA akan membantu kita menyelesaikan masalah . just melakukan perintah Allah pasti hidup kita tenang walaupun ditimpa pelbagai masalah . nak kurangkan dosa ? senang jee , kita buat ibadat banyak2 , tinggal larangan Allah , ikut perintah Allah , jangan mengumpat , sudah pasti kita dapat menjejak Syurga-Nya. TAPI bolehkah kita melakukan semua itu ? InsyaAllah boleh , keep istiqomah yee .orang yang berusaha untuk kurangkan dosa insyaAllah dia boleh bak kata pepatah ' siapa berusaha dia berjaya ' . jangan kita cakap atau tulis ja nak kurangkan dosa tapi tak buat pun . just berdoa and do ibadah to decrease DOSA and increase PAHALA .

jom sama2 kita buat surat untuk 'Jahiliyah' nak taak .  ^_^
Dear Jahiliyah ,
"we are never ever getting back together . it's time to Hijrah for one destination Jannah"

say Tak Nak to Jahiliyah and Dosa !

pesanan : tingkatkan pahala kurangkan dosa . sama2 kita berusaha  :)

#hamba Allah yang tidak silap dari melakukan dosa


Sunday, 5 May 2013

Bagaimana Menjadi Hamba Allah Yang Lebih Kuat


Assalamualaikum...Apa khabar hati dan iman duhai pembaca2 sekalian...Lama sudah ana tak mencoret sesuatu untuk blog ni..Jadi sempena PRU13 ni ana nak kongsikan dengan pembaca2 sekalian tentang suatu artikel. Ana ambil dari Pak Cik Rosdi Baharom, yang memang tidak asing lagi di Ibrah..Merangkap AJK NGO Haluan Pulau Pinang. Moga kita semua mendapat manfaat darinya..


Hari pertama di mana sebahagian dari rakyat Malaysia dalam kesedihan walaupun keputusan memang dijangkakan. Saudara/saudari dan anak-anak yang dikasihi, jangan terus dalam kesedihan tetapi bersyukurlah kepada Allah SWT. Kita perlu bersyukur, pertamanya, kerana Allah SWT masih memilih kita untuk terus hidup pagi ini. Keduanya, Allah SWT masih izinkan kita berada dalam iman dan masih diterima dan dipermudahkan Allah SWT untuk bangun dan menunaikan solat Subuh, walaupun sebahagian dari kita mungkin tidur lewat atau masih belum sempat tidur.

Saudara/saudari dan anak-anak yang dikasihi, tugas utama kita adalah untuk melalui proses menjadikan diri kita hamba Allah yang sebenarnya, dengan sebanyak-banyak ciri perhambaan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Allah mencipta kita hanya untuk menjadi hamba-Nya dan fokus kita adalah untuk memenuhi spesifikasi ‘hamba’ yang Allah SWT kehendaki.

Salah satu tugas hamba Allah yang telah ditetapkan oleh Allah SWT adalah mengajak manusia untuk menjadi hamba Allah, dan bukan menjadi hamba kepada pangkat, harta, kemasyhuran dan sebagainya.

Ramai di kalangan kita dalam tempuh beberapa tahun ini sudah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti untuk memenangkan pihak yang diyakini benar dan berpegangkan kepada kema’rufan dan keadilan. Ramai yang kurang yakin untuk bercakap telah mampu bercakap. Mereka yang tidak mampu menulis sudah mampu menulis, malah telah menulis setiap hari. Ramai kita telah meninggalkan kerehatan dan mengaktifkan hidup kita. Beberapa tahun kebelakangan ini telah merubah hidup kita, walaupun ‘Ubah’ yang dihajati Allah SWT tangguhkan. Sebenarnya ‘proses’ yang baru kita alami ini telah merubah kita. Kita telah menjadi mukmin yang lebih kukuh peribadinya. Kita telah menjadi mukmin yang berjuang. Jika sebahagian dari kita mampu meninggalkan kelaziman kita yang kurang produktif kerana kuatnya harapan untuk meraih kemenangan, marilahlah kita semarakkan perasaan dan semangat ini dalam mengejar janji Allah, yaitu Syurga.

Bergeraklah dengan lebih bersemangat, aktif, kreatif dan bermunajatlah sebagaimana yang telah kita lakukan beberapa hari yang lalu. Allah SWT telah memilih kita untuk berjuang dan telah memilih kita untuk melalui proses yang sangat berharga ini. Proses yang telah merUbah diri kita.

Jika ada kesedihan, sememangnya saya sedih, malah amat sedih. Kemenangan yang diraih ini menggambarkan sebahagian dari rakyat kita menyokong dan mendokong kemungkaran dan kedurhakaan. Hari ini dan hari-hari yang mendatang kita akan melihat mereka bergembira dengan kemenangan yang diperolehi melalui kemungkaran untuk meneruskan kemungkaran yang sudah sedia ada. Seluruh media akan meneruskan program-program yang menyuburkan kedurhakaan terhadap Allah SWT dan akan bahagia mendurhaka. Dan mereka semakin jauh dari menjadi hamba Allah. Sistem ini mahukan rakyat hidup di tahap jiwa haiwan ternak, kata ulama ‘nafs bahimi’. Hidup seharian untuk makan minum dan berseronok dengan pasangan. Inilah tahap hidup yang sangat rendah dan inilah yang dirancang untuk kita kekal dalam cara hidup ‘bahimi’ atau kelembuan ini. Ini sangat menyedihkan.

Bersedihlah sebagai duat apabila melihat masyarakatnya sedang melalui proses kegelapan hati dan akan mematikan hati. Lima tahun masyarakat kita akan melalui proses mematikan hati yang tidak mereka sedari. Ini tugas kita yang murni dan agung yaitu menyeru mereka kepada sesuatu yang akan menghidupkan hati masyarakat kita.

“Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada sesuatu yang memberikan kehidupan kepadamu...” (QS Al-Anfal: Ayat 24)

Friday, 3 May 2013

AKU DIUJI, MENGAPA DIA TIDAK????? 


Assalamualaikum...salam mahabbah wal mawaddah buat insan2 yg membaca..
          Ana terdetik hati untuk menulis dlm blog ni bila ana teringat persoalan yg diajukan oleh adik2 usrah ana waktu kitaorang tengah buat HC (happy cyclic a.k.a usrah)...diorang selalu tanya satu soalan yang ana rasa mesti ramai juga insan2 yang tertanya2 mengenai perkara tersebut...soalan tu berbunyi begini...ehem2.. "kak, kenapa ana selalu dpt keputusan exam yg tak elok??", kenpa org lain dpat keputusan elok je walaupun diorang tak belajar?"..
           Sebenarnya, bagi ana, dalam setiap apa yang berlaku kepada kita, semuanya merupakan ujian daripada Allah untuk menguatkan kita bagi menempuhi kehidupan kita di dunia ni...bahkan, kematian dan kehidupan itu juga merupakan ujian buat kita..seperti yang termaktub di dalm Al-Quran, surah Al-Mulk ayat 2..firman Allah :"Yang menciptakan mati dan hidup, untuk menguji kamu, siapa di antara kamu yg lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa, Maha Pengampun"..
             Kadangkala, ada insan-insan yang kita lihat mereka selalu tersenyum gembira bagaikan mereka tidak pernah mempunyai apa2 masalah...tp setenang-tenang air sungai jgn disangka tiada buaya.(btul ke peribahasa ni...hntam sajalah labu)..mereka juga merupakan insan yang diuji, cuma mereka bukanlah insan yg mudah goyah dgn ujian tu kerana mereka sentiasa merasakan bahawa Allah itu sntiasa dekat dgn mereka...
             Kita slalu melihat kesusahan itu sebagai satu ujian sampaikan kadangkala kita terlupa bahawa kesenangan juga merupakan ujian Allah yg lebih berat, kerana sewaktu kita dlm kesenanganlah kita akan mudah lalai dan alpa drpd mengingati Allah..jadi, berhati-hatilah ketika kita berada dalam kesengan dan kelapangan kerana ketika itulah syaitan akan cuba untuk menyuntik racun al-wahn ke dalam hati kita...mungkin setakat itu sahaja untuk kali ni....maafkan ana andai ada yg tersalah dan tersilap..sesungguhya, this is my first time writing in this blog..(bajet speaking london plak)..:)...assalamualaikum...

Salam Rindu Dari Bumi Anbiya'

Assalamulaikum semua :)

Today buat first time dalam hidup(ceh bajet lebih)ana tlis kt dlm blog nie..huhuhu...hahaha...lepas nie x tau la bla bleh post lg..hehehe....
Post kali nie mybe x bermanfaat pon, tp post kli nie ana tujukn khas buat rakan2 seperjuangan ana: eipah,ela,timah,jenab,nurul,najwa,tinie,taqi,mayah,muni,farzana,hani,atie,klong,tanim,syitah,mai,nisa',ijlah,saidah,aiesyah n syidah....

Post kali nie x brpa meaning sngt klu pembaca blog bca but so meaning untk ana...
korang ingat x time f1,time first2 kita jmpa.....ana still ingt lg bla kta dh rpat korng crita kat ana apa tnggpan korng time first time nmpak ana...hahaha bla ingt blik apa yg korng kta kat ana tuh huh rsa lawak gla kot....ada ke patut kta ana nie putri lilin....lawak knnn....x kesah la...tuh semua kngan ana ngn antunna semua....klulah semua tuh bleh buat video kn...h lma ana buat,,,,,,hehehehe..
time ana tulis nie pun yaAllah sakit kot....rsa cam hati ana nie kena hiris jerr.....huhuhuhu...sdih sngt sbb trngt kgan kta brsama....:'(

To all my beloved friend....
ana tau ana nie not perfect...kn noboy perfect same je la ana nie pun....sbb tuh kta saling lengkap melengkapi knn....
ana mintak maaf sangat2 sbb slalu buat korang sakit jiwa dengan peragai ana yg x berapa nk betoi nie...heheheeana tau korang sayang ana.....tp maaf sebab ana selalu bg korang kecewa ngn ana...ana x tau nk ckp pa.....tp korang sangattttt baik kat ana.....korang la kwan terbaik yg pernah ana jumpa n mngkin lepas nie ada x kan jumpa kawan yg lain tp x kan pernah sama dengan korang...INSYAALLAH ana akan sentiasa ingat pesan korang kat ana....i know you all worried about me sbb tuh korng selalu marah n bg nasihat kat ana....thanks yerrr......korang tau ana bersyukur sngt2 sbb dikurniakan sahabat yg baik mcm korang...antunna la yg jga time ana sakit,antunna la yg pujuk ana klu ana sedih n time ana nangis...n antunna jgaklah yg marah ana bila ana buat salah...thanks again yerr..ana akan ingat antunna sampai hujung nyawa(ceh bajet setia hujung nyawa la plk)....hihiiihi
sorry sbb slalu hampakn antunna....terharu gla bla bkk blog tgk entry asai ana..huhuhu terharu gla kott..(aiq mata keluaq sobsobsob).....ingat tau walaupun ana x dak kat depan mata atunna semua tp ana sentiasa da dkt sngt ngn hati atunna semua....sebenarnya ana bnyk ja nk tulis tp masa mncemburi n tangan dah x mau bg kerjasama untuk ana menulis...hihih(ckp je la mls hihihih)...untuk kali terakhirnya ana mintak maaf sangat2 selama ana kwan ngn antunna semua ana sentiasa buat salah...almaklumlah budak x berapa baik kannn...hope ukhwah kita kekal hingga ke jannah...INSYAALLAH......ana sentiasa doakn kebahagiaan n kejayaan atunna...last but not least I LOVE YOU ALL SO MUCH........daaaa....semoga Allah bg kesempatan ana update kt blog nie lg....>Sayonara :)

INGAT AYAT NIE TAU!!!!!!

ANA SAYANG ANTUNNA SANGAT2 INSYAALLAH UNTIL JANNAH...AMEEN....!!!!!!

p/s...sorry klu da typing error><


Salam Sayang Dari Sahabatmu

Mirza Hannani..
5:39 pm
Madinet Nasr
Cairo
Eygpt.