Assalamualaikum.
Procast 2 zon Utara
terbaik. Walaupun hakikatnya hati ini berat untuk mengikuti procast lantaran
tuisyen berbayar yang bagi ana sangat merugikan. Tapi sapa tahu, kuasa Allah
menandingi segala-galanya. Allah tetap pilih ana untuk menjadi yang terpilih.
Alhamdulillah. Kalau ana tak pergi memang ana akan rasa rugi sangat. So, post
ana kali ni, ana nak share tentang perjalanan hidup ana sepanjang 4 hari 3
malam di procast.
Pagi tu kami bertolak
agak lewat dari perancangan, maklumlah menunggu kehadiran semua insan2 yang
Allah pilih untuk ke sana. Jadi kami pown sampai agak lewat ke sana. Kamilah
rombongan yang paling lewat sampai. Tapi kami relax ja. Hehe. Awal2 tu rasa tak
semangat langsung nak join, mungkin ana tak buat persedian hati kut. But kte orang go on jer. Ice breaking dan team
work, dua aktiviti yang merapatkan kami semua, peserta procast. Mungkin tak
semua maklumlah ramai sangat. But bagi ana, aktiviti yang kakak2 buat sangat
menyeronokkan. Seterusnya pembahagian kumpulan. Siapa tahu perancangan ilahi,
ana ditakdirkan kumpulan dengan sabahat baik ana. (sis Suhailah) kini, dulu dan
selamanya.Hahaha..
Tempat tinggal kami
sangat comfort, serba serbi cukup la. Malam tu penyampaian dari Cikgu Syafiee.
Gaya yang selamber tapi sangat menghidupkan suasana. Banyak ilmu yang kami
dapat
Selasa( 26/11/2013)
Pagi kawan2 serumah
ana bangun awal sangat 3:30. Semangat sungguh depa. (nik,
farah,mila,pikya,tasnim) terharu sangat. Ana ingatkn dah lewat, kalut la mandi.
Last2 sesampainya kami dekat dewan, gelap lagi dewan, ingatkn dah subuh tadi,
rupa2nya belum. Hahaha. Apa lagi sambung rehat kat rumah najwa la( rumah la
sangat). Hehe. Pas2 abis solat, makan dan segala bagai, kami pun bertolak ke
Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Pauh Perlis. Slot yang paling ana suka, slot
tanyalah ustazah bersama ustzh Khairul Badriyah or lebih mersa digelar umi.
Kalau dulu ana hanya dengar sahaja bahawa when we want someone to understand
us, we must give them something with heart. Tapi apabila mendengar tazkirah dari
ustzh yang lahir dari hati, insyaallah menerobos juga dalam sanubadi. Antara
perkara yang amat2 ana terkesan ialah bagaimana cara ustzh mengingat diri ustzh
kerana Allah, sampai ustzh sanggup semakkan rumah dengan melekat kertas2 yang
berunsur nasihat. Kerana Allah2. Sampai begitu sekali ustzh nk rasa muraqabah
Allah. Subhanallah. 1 lagikata2 ummi yang terkesan adalah berkenaan dosa di
hujung jari. Lantaran cabaran kita as youth yang berada di alam cyber. Ana rasa
terkesan sangat, takut andai Allah nk uji dengan lelaki. Ummi kata klau rse ada
bunga2 nak mendekati zina di alam cyber, try ambil api cucuh sikit dekat hujung
jari. Nauzubbillahi minzalik. Moga Allah pelihara diri kita dari perkara2
sebegitu.
Aktiviti seterusnya
adalah team work dan kembara. Terdapat sebanyak 12 check point yang terpaksa
kami termpuhi. Bagi ana check point yang agak mencabar adalah bersama kak
Zahra. Makan nasi lemuni + serbuk teh
semua wajib makan but bukan suap sendiri tapi orang lain yag suap. Mungkin bagi nisa’ tak
da la mencabar sangat tapi bagi syabab sangat2 mencabar maklumlah kena saling
suap menguap. Klimaksnya kak Zahra minta 2 kasut dari sesiapa atara kumpulan.
Hakikatnya ana rasa terkilan sebab Allah tak izin ana jadi insan terpilih untuk
merasai pengorbanan rasulullah dan sahabat2 ketika merentas padang pasir.
Tahniah sangat ana ucap kedua 2 sahabat ana yang sanggup berkorban. Jasa antum
akan dikenang, moga ibrah dapat membentuk peribadi kita menjadi lebih baik.
Seterusnya check point bersama abang luqman. Menceritaka bahawa manusia ni tak
mulia pun yang mulia adalah ruhnya. Sebab tu Allah suruh malaikat sujud pada
ruh nabi Adam. Bagi ana sepanjang
melalui kembara di politeknik, point yang paling penting adalah sabar. Dimana
ia mengajar kita untuk menjadi daei yang sentiasa sabar dan tahan dengan segala
cabaran. Disampinng dapat merasai pengorbanan da kesusahan rasulullah dan
sahabat dalam menyampaikan Islam kepada kita hari ini. Subhanallah terlalu
banyak ilmu dan mutiara yang dapat ana kutip sepajang sehari berada di
politeknik, disamping dapat mengenali sedikit sebanyak mengenai politeknik.
Disebelah malam
pula, slot bersama bekas pelajar ktd untuk mengenali sedikit sebanyak tentang
KTD( Kolej Terbaik Dunia). Kalau dulu ana hanya memandang KTD hanya sekadar kolej
tapi setelah diberi taklimat ana yakin dengan kualiti KTD lebih dari kolej yang
biasa berdasarkan dengan motonya( ngaji biar padai, perangai biar juruh, hidup
biar boleh tupe). KTD bukan sekadarmengajar akademik malah membentuk peribadi
dan sahsiah muslim berteraskan Al-qura dan Al- Sunnah.
Sebelum beradu,kami ada sesi releksi bersama abang2 fasi.
Ana terharu sangat tengok abang muaz menangis. Mungkin tak sampai apa yang
ingin disampaikan tapi ana rasa ada faham apa yang ingin abg muaz sampaikan.
Abang muaz tak nak nanti apabila ada anak, anaknya hidup dalam umat yang rosak.
Ana pernah terbaca dalam novel hero dimana anaknya rasa nak memberontak sebab
ayahnya tak spend masa untuknya, sbb ayahnya terlalu sibuk.Alasan ayahnya
adalah krn tak nak tengok anaknya dibesarkan dalam ummah yang rosak. Ana tak
nak hurai panjang, tapi ana mula Nampak banyak perkara malam tu. Subhanallah.
No comments:
Post a Comment