Pages

Tuesday, 17 December 2013

Vivid Memorable of Procast Zon Utara 2


Assalamualaikum.

 Procast 2 zon Utara terbaik. Walaupun hakikatnya hati ini berat untuk mengikuti procast lantaran tuisyen berbayar yang bagi ana sangat merugikan. Tapi sapa tahu, kuasa Allah menandingi segala-galanya. Allah tetap pilih ana untuk menjadi yang terpilih. Alhamdulillah. Kalau ana tak pergi memang ana akan rasa rugi sangat. So, post ana kali ni, ana nak share tentang perjalanan hidup ana sepanjang 4 hari 3 malam di procast.

 Pagi tu kami bertolak agak lewat dari perancangan, maklumlah menunggu kehadiran semua insan2 yang Allah pilih untuk ke sana. Jadi kami pown sampai agak lewat ke sana. Kamilah rombongan yang paling lewat sampai. Tapi kami relax ja. Hehe. Awal2 tu rasa tak semangat langsung nak join, mungkin ana tak buat persedian hati kut.  But kte orang go on jer. Ice breaking dan team work, dua aktiviti yang merapatkan kami semua, peserta procast. Mungkin tak semua maklumlah ramai sangat. But bagi ana, aktiviti yang kakak2 buat sangat menyeronokkan. Seterusnya pembahagian kumpulan. Siapa tahu perancangan ilahi, ana ditakdirkan kumpulan dengan sabahat baik ana. (sis Suhailah) kini, dulu dan selamanya.Hahaha..

  Tempat tinggal kami sangat comfort, serba serbi cukup la. Malam tu penyampaian dari Cikgu Syafiee. Gaya yang selamber tapi sangat menghidupkan suasana. Banyak ilmu yang kami dapat

 

Selasa( 26/11/2013)

  Pagi kawan2 serumah ana bangun awal sangat 3:30. Semangat sungguh depa. (nik, farah,mila,pikya,tasnim) terharu sangat. Ana ingatkn dah lewat, kalut la mandi. Last2 sesampainya kami dekat dewan, gelap lagi dewan, ingatkn dah subuh tadi, rupa2nya belum. Hahaha. Apa lagi sambung rehat kat rumah najwa la( rumah la sangat). Hehe. Pas2 abis solat, makan dan segala bagai, kami pun bertolak ke Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Pauh Perlis. Slot yang paling ana suka, slot tanyalah ustazah bersama ustzh Khairul Badriyah or lebih mersa digelar umi. Kalau dulu ana hanya dengar sahaja bahawa when we want someone to understand us, we must give them something with heart. Tapi apabila mendengar tazkirah dari ustzh yang lahir dari hati, insyaallah menerobos juga dalam sanubadi. Antara perkara yang amat2 ana terkesan ialah bagaimana cara ustzh mengingat diri ustzh kerana Allah, sampai ustzh sanggup semakkan rumah dengan melekat kertas2 yang berunsur nasihat. Kerana Allah2. Sampai begitu sekali ustzh nk rasa muraqabah Allah. Subhanallah. 1 lagikata2 ummi yang terkesan adalah berkenaan dosa di hujung jari. Lantaran cabaran kita as youth yang berada di alam cyber. Ana rasa terkesan sangat, takut andai Allah nk uji dengan lelaki. Ummi kata klau rse ada bunga2 nak mendekati zina di alam cyber, try ambil api cucuh sikit dekat hujung jari. Nauzubbillahi minzalik. Moga Allah pelihara diri kita dari perkara2 sebegitu.

  Aktiviti seterusnya adalah team work dan kembara. Terdapat sebanyak 12 check point yang terpaksa kami termpuhi. Bagi ana check point yang agak mencabar adalah bersama kak Zahra. Makan nasi lemuni + serbuk teh  semua wajib makan but bukan suap sendiri tapi  orang lain yag suap. Mungkin bagi nisa’ tak da la mencabar sangat tapi bagi syabab sangat2 mencabar maklumlah kena saling suap menguap. Klimaksnya kak Zahra minta 2 kasut dari sesiapa atara kumpulan. Hakikatnya ana rasa terkilan sebab Allah tak izin ana jadi insan terpilih untuk merasai pengorbanan rasulullah dan sahabat2 ketika merentas padang pasir. Tahniah sangat ana ucap kedua 2 sahabat ana yang sanggup berkorban. Jasa antum akan dikenang, moga ibrah dapat membentuk peribadi kita menjadi lebih baik. Seterusnya check point bersama abang luqman. Menceritaka bahawa manusia ni tak mulia pun yang mulia adalah ruhnya. Sebab tu Allah suruh malaikat sujud pada ruh nabi Adam.  Bagi ana sepanjang melalui kembara di politeknik, point yang paling penting adalah sabar. Dimana ia mengajar kita untuk menjadi daei yang sentiasa sabar dan tahan dengan segala cabaran. Disampinng dapat merasai pengorbanan da kesusahan rasulullah dan sahabat dalam menyampaikan Islam kepada kita hari ini. Subhanallah terlalu banyak ilmu dan mutiara yang dapat ana kutip sepajang sehari berada di politeknik, disamping dapat mengenali sedikit sebanyak mengenai politeknik.

  Disebelah malam pula, slot bersama bekas pelajar ktd untuk mengenali sedikit sebanyak tentang KTD( Kolej Terbaik Dunia). Kalau dulu ana hanya memandang KTD hanya sekadar kolej tapi setelah diberi taklimat ana yakin dengan kualiti KTD lebih dari kolej yang biasa berdasarkan dengan motonya( ngaji biar padai, perangai biar juruh, hidup biar boleh tupe). KTD bukan sekadarmengajar akademik malah membentuk peribadi dan sahsiah muslim berteraskan Al-qura dan Al- Sunnah.

Sebelum beradu,kami ada sesi releksi bersama abang2 fasi. Ana terharu sangat tengok abang muaz menangis. Mungkin tak sampai apa yang ingin disampaikan tapi ana rasa ada faham apa yang ingin abg muaz sampaikan. Abang muaz tak nak nanti apabila ada anak, anaknya hidup dalam umat yang rosak. Ana pernah terbaca dalam novel hero dimana anaknya rasa nak memberontak sebab ayahnya tak spend masa untuknya, sbb ayahnya terlalu sibuk.Alasan ayahnya adalah krn tak nak tengok anaknya dibesarkan dalam ummah yang rosak. Ana tak nak hurai panjang, tapi ana mula Nampak banyak perkara malam tu. Subhanallah.