Pages

Tuesday 26 November 2013

3 FAKTOR KEJAYAAN DAKWAH IKHWANUL MUSLIMIN

Ikhwan Muslimin terbukti sebagai satu gerakan Islam yang mempunyai pengaruh besar terhadap dunia Islam. Gerakan ini diasaskan oleh Hasan al-Banna pada tahun 1928, seorang murabbi dakwah yang membina kelompok manusia untuk menegakkan agama Islam di muka bumi.
Gerakan Ikhwan Muslimin telah tersebar lebih 70 buah negara. Pengikut-pengikut ikhwan di seluruh negara juga mempunyai pelbagai jenis. Secara ringkasnya, pengikut dan pendokong ikhwan terbahagi kepada 2 jenis;

1) Organisasi yang menggunakan nama, manhaj, dan praktik Ikhwan Muslimin. Mereka juga menggunakan nama yang sama. Mereka juga mempunyai hubungan rasmi dengan Ikhwan Muslimin yang berpusat di Mesir.

2) Organisasi yang menggunakan manhaj Ikhwan Muslimin dan tidak mempunyai hubungan langsung dengan Ikhwan Muslimin. Organisasi ini mengambil manfaat dari risalah, pemikiran dan idea Ikhwan Muslimin dan beramal melalui ijtihad dan pelaksanaan mereka sendiri.

Tidak dapat dinafikan, gerakan Ikhwan Muslimin berjaya melakukan perubahan besar dalam landskap perjuangan Islam di dunia dari sejak jatuhnya Khilafah Uthmaniah, zaman Imperalisme Barat,zaman kemerdekaan negara-negara Islam hingga ke zaman kemajuan pada awal abad ke-21.
Sebagai contoh, pada waktu jatuhnya Khilafah Uthmaniah, Hasan al-Banna mengemukakan idea dan menggerakkan massa untuk mengembalikan khilafah yang jatuh. Hanya 4 tahun selepas jatuhnya Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924, Hasan al-Banna lantas mengejutkan umat Islam yang lena dan lalai supaya bangkit mengembalikan khilafah. Sesungguhnya, Khilafah Uthmaniah jatuh dan ranap tanpa disedari oleh umat Islam malah tidakpun diratapi kehilangannya. Kekusutan, kejumudan, perpecahan dan sikap saling tuduh menuduh serta hilang kepercayaan, menyelubungi dunia Islam pada waktu itu. Alangkah sedihnya.
Namun, dunia menyaksikan kebangkitan Islam daripada kejatuhannya, hinggalah pada awal abad ke-21, dunia Islam mempunyai pejuangnya di serata dunia. Biarpun mereka berjuang atas nama individu dan pelbagai nama organisasi, namun tidak dapat dinafikan, kesan pengaruh Ikhwan Muslimin begitu kuat ke atas mereka.
Terdapat 3 ciri dakwah Ikhwan Muslimin yang menyebabkan pengaruh mereka ke atas umat Islam begitu mendalam. 3 ciri itu ialah ta’sis, tawrith, dan tarbiyyah.

1) Ta’sis – proses membina batu asas dakwah iaitu penggerak. Sesungguhnya yang paling penting bagi satu pergerakan adalah individu penggeraknya. Kerana itulah Hasan al Banna mengatakan dengan yakin, “bahawasanya aku menulis manusia”. Benar dan tepat. Menulis buku tidak membina manusia, tapi alat bantu membina manusia. Sesungguhnya manusialah yang membina manusia, dan manusialah yang menulis buku. Jadi penekanan perlu diberikan kepada menulis manusia daripada menulis buku.

2) Tawrith – pewarisan kefahaman fikrah, objektif, tujuan, hadaf, manhaj yang berlaku dengan baik kepada generasi pelapis. Pengasas Ikhwan Muslimin, Hasan al Banna merupakan seorang yang pandai berucap dan menawan hati manusia dan sahabat di sekelilingnya. Ayat-ayatnya dan kata-katanya mudah difahami. Hasan al Banna selalu menggunakan kata-kata yang mudah dan mesej ringkas yang senang difahami, dicerna, dan dilaksanakan. Risalahnya yang boleh telah dikumpul dalam Majmuk ar-Rasa’il, begitu tersusun dan senang untuk dibaca. Namun begitu, kadangkala Hasan al Banna menggunakan kata-kata yang mendalam maknanya, namun itulah perkataan yang sesuai untuk menyatakan apa yang beliau mahu sampaikan.

3) Tarbiyyah- proses pendidikan merupakan tunjang amal Ikhwan Muslimin. Proses tarbiyyah yang tersusun dan bersilibus lengkap untuk ahli-ahli dan pendokong amalnya. Ikhwan juga mengambil prinsip mentarbiyyah masyarakat, bukan hanya mempengaruhi seperti mana organisasi lain. Oleh itu, amal ikhwan di peringkat masyarakat tertumpu pada pendidikan asas Islam bagi seorang Muslim, dan penzahiran seorang Muslim yang boleh menjadi contoh masyarakat.

Adapun penggabungan ketiga-tiga aspek ini, merupakan rahsia keberadaan Ikhwan Muslimin dalam masyarakat Muslim di seluruh dunia. Insya Allah perjuangan Ikhwan Muslimin mampu mencapai matlamatnya iaitu menjadikan Islam sebagai ustaziatul ‘alam.


Saturday 23 November 2013

Sampai bila nak Stop dalam gejala "COUPLE"

Sampai bila nak Stop dalam gejala "COUPLE"

Sampai brek?
Then Change Other Person. .

Then Brek Again,
And Change Other Person. .

Brek again,
And Change other person?

Puas ?

Atau sampai malaikat maut mencabut nyawa,
Saat2 Roh dan Jasad ingin dipisahkan?
Saat2 mata kita sudah terpejam selamanya?

Tahu tak?
Kesakitan ketika nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali.

Nabi Muhammad SAW ada bersabda, maksudnya: “Bahawa Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitu sakitnya sakaratul maut seperti 300 kali tetakan pedang.”

Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja,
itu pun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya.
Inikan pula ditetak dengan 300 kali tetakan!.
ALLAH HUAKBAR 
300 !
300 !
300 !
Bukan Sekali sahabat2 tapi 300 !

Tanya diri,sampai bila nak Stop Gejala "COUPLE"
Sampai bila nak biarkan diri dalam maksiat?
Sampai bila nak hentika diri dari menghampiri "ZINA"

Renungkan.
Jari jemari ini juga hanya ditaip oleh seorang pendosa
Yang ingin memadamkan noda2 hitam



Thursday 21 November 2013


Kehidupan? Noktahnya dimana?

 

 

 

Wajah tua itu,

Dahulunya tak pernah lekang dengan senyuman,

Dahulunya sering kali beramah mesra

Dahulunya tidak pernah jemu melayan karenah kami,\

Kini beliau terlantar di atas katil,

Sedang bermujahadah melawan sakit,

Kedutan sekali sekali mengenyak di dahinya,

Namun, sering kali diusir pergi,

Diganti dengan senyuman nan pahit,

Allah ada tok, Insyaallah dalam jagaan-Nya.

 

Segala puji bagi Allah yang telah menciptakan akal agar dapat melihat, memahami, membezakan dan mengingati sesuatu. Ini adalah nikmat yang Allah kurniakan kepada kita agar dimanfaatkan, dihargai dan dipelihara dengan sebaiknya.Semoga hari ini lebih baik dari kemarin dan esok lebih baik dari hari ini. Insyaallah, ana pun tak nak memanjangkan kalam ana. Disini hari ini ana nak share mengenai nenek ana. Dimana dia kini sedang bermujahadah melawan penyakitnya. Nak dijadikan cerita nenek ana Allah izin terjatuh ketika dalam perjalanan mengambil baju di ampaian. Mungkin dia terlalu penat tambahan lagi dia sedang berpuasa. Kuasa Allah mengatasi segalanya, Allah izin sejak dari hari itu, nenek ana tidak dapat bangun apatah lagi berjalan. Beliau kini hanya terlantar di atas katil, segala keperluannya kini diuruskan oleh anak-anaknya. Gigih sekali mak lang ana menjaga dan merawat. Subhanallah. Lihatlah betapa segala yang terjadi semuanya dengan izin Allah. Sekiranya dia menginginkan sesuatu, dia mampu melakukan apa sahaja.  Kita hanya manusia yang tak punya apa-apa. Dunia yang menipu daya ini hanya sementara wahai sahabat-sababatku. Dunia ini jika ingin diumpakan hanya ibarat tempat persinggahan yang sebentar sementara meneruskan perjalannya panjang, yang pastinya tiada titik noktah. Oleh itu, sedarlah dan gunakanlah peluang yang Allah berikan kepada kita untuk mengumpul sebanyak2 amalan baik agar mampu dibawa pulang ke akhirat kelak. Insyallah. Salam sayang dan mahabbah dari sahibahmu.

Tuesday 19 November 2013

La Tahza . (ujian)


Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk. Dahulu aku melihat orang lain sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan. Sakit, kehilangan harta benda, kehilangan orang tersayang. Itu tandanya Allah masih ingat akan kita. Dia mahu menguji hambanya supaya jika kita bersabar, insyaAllah kita kan mendapat ganjaran.
Kemudian aku tersedar, yang ujian Allah itu juga boleh datang dalam bentuk kesenangan. Dan kadang-kadang kesenangan itu lebih berat ujiannya daripada kesusahan. Oh, aku sedang diuji waktu itu tanpa aku sedari.
Persoalannya, luluskah aku dengan ujian itu? Hanya Allah yang tahu.
Dan sekarang, mungkin Allah mahu aku merasa ujian yang aku pernah ‘minta‘ dahulu. Ujian dalam bentuk kesusahan.
Susahnya kehidupan seorang pelajar.
Tidak pernah diduga oleh aku yang Allah akan menguji aku dalam bentuk ini. Kerana dahulu, soal pelajaran tidak pernah menjadi satu masalah.
Tetapi aku tahu. Allah tidak akan pernah menguji hamba-Nya dengan ujian yang tidak terdaya oleh kita. Persoalannya, mampukah aku lulus dengan ujian ini?
Setiap perkara yang berlaku, baik buruk mahupun baik, ada hikmahnya. Andai aku gagal dalam ujian ini, mungkin ada hikmahnya. Allah ada perancangan yang lebih baik untuk aku, lebih baik daripada perancangan manusia untuk aku.
Namun, aku hidup dengan manusia. Terarah dengan jangkaan, harapan dan sangkaan manusia. Sedar atau tidak, aku terpasa memenuhi semua tuntutan itu. Sehingga aku mungkin lupa yang kehendak Allah jauh melangkau segalanya.


Friday 15 November 2013

Tarbiyah vs Teknologi Edisi 2

Alhamdulillah....Cerpen Tarbiyah vs Teknologi kembali...Terimalah...


 Aku dan Valdis x2 turun dari skuter tersebut. Subhanallah, perkampungan apakah ini?? Tidak pernah aku menjumpai sebuah perkampungan yang bersih, tenang, damai, sedamai kampung ini. Walaupun namanya kampung, namun pada zahirnya ini bukanlah kampung tetapi sebuah bandar yang sangat moden dan unik. Rumah-rumah yang terdapat disini, sangat indah, saujana mata memandang. Apa yang uniknya disini, rumah-rumah disini, replikanya adalah buah-buahan. Dikiri kananku terdapat pelbagai rumah berbentuk  buah-buahan seperti manggis, tembikai, strawberi, anggur dan sebagainya. Teruja buat hatiku kembali ingat pada-Nya.

  “ Ayuh Amelia, ikut saya ke rumah saya, awak bolehlah kemaskan diri awak, rehat, makan dan sebagainya, awak mesti letihkan sekarang”. Ujar Valdis bersahaja namun penuh dengan keprihatinan. Entah mengapa, tapi berada disisi Valdis membuatkanku rasa tenang. Seumur hidupku aku tak pernah jumpa insan sebaik ini, apatah lagi dia adalah robot yang tidak ada apa-apa kaitan denganku. “ Valdis, awak tak kesah  saya nak tumpang rumah awak ni? Tak mengusahkan ka?”. “Eh, tidak mengapa, kebetulan saya tinggal seorang,lagipun kita kan SAHABAT, terpacul perkataan itu dari bibirnya yang hanya diperbuat dari aloi. Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, nyata sungguh ajaib orang mukmin. Kagum. Sungguh aku tidak sangka, walaupun dia hanyalah robot namun telah diprogramkan oleh manusia-manusia yang bersih akhlaknya menjadikan dirinya juga bersih dari sebarang korupsi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 Pintu dibuka, Amelia jemputlah masuk rumah saya. Mataku seakan tercabut, terasa tidak percaya dengan apa yang dilihat. Subhanallah, mewahnya rumah ini, di ruang tamu sahaja luasnya seluas kolam renang. Dihiasi dengan perabot-perabot yang indah nan ekslusif. Ditambah dengan tirai-tirai berwarna keemasan menambahkan lagi keunikkannya. Tut..tut..tut…tiba-tiba butang sut Valdis berbunyi, menunjukkan bahawa berlaku sesuatu perkara yang tidak diingani, tanpa membuang masa mantelnya tiba-tiba menjadi keras, dan dengan pantas tersimpan ke dalam pelidung bahunya. But besinya mengeluarkan api, dan dia terus terbang ke langit tinggi.

  Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Aku terpana lagi. Valdis x2 akhirnya kabur dari pandangan. Ada misi yang perlu diselesaikan. Nyata teknologi sekarang telah dikepelai oleh orang Islam. Moga Allah kira sebagai amal juga. Tanpa membuang masa, aku terus menuju ke sebuah sofa empuk yang amat menenangkan dan mendamaikan untuk merehatkan diriku yang dikuasai ngantuk yang keamatan lantaran tragedi  yang berlaku. Sebuah bekas kaca empat segi keluar dari bawah sofa, memancutkan air nan jernih tatkala aku mengenyakkan tubuhku di sofa tersebut. Air yang terpancut nyata amat menenangkan, ditambah dengan hidupan aquatik iaitu ikan-ikan kecil yang entah dari mana datangnya, membersihkan kaki serta memberi rawatan buat diriku. Tenang lagi menyenangkan. Ditambah lagi dengan urutan tradisional yang automatik. Tubuhku yang tadinya sakit serta lenguh-lenguh terasa segar. Peredaran pembuluh darah yang pada awalnya tersekat, kini kembali stabil. Haruman aroma terapinya menusuk hidung, menambahkan lagi kesegaran diri. Tanpa kusedari, rohku bukan lagi di alam nyata…

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------      Tok! Tok!Tok!, bunyi ketukan pintu, menyedarkan aku dari alam mimpi. Tangan dipaksa naik ke atas, menarik segala daya, melepaskan segala kelelahan yang masih berbaki. Terus menuju kearah pintu. Tombol pintu kupulas perlahan. “ Eh, Valdis x2, awak dah balik?”. “ Ya, maafkan saya kerana menghilang tadi, ada misi yang perlu saya bereskan. Ayuh saya tunjukkan awak sesuatu.” Tanganku dipaut lagi, kali ini menuju ke sebuah komputer berskin gergasi. Di tepinya terdapat beberapa lagi skin kecil. Kelihatan beberapa papan kekunci di bawah skrin gergasi. Skin gergasi  itu memaparkan segala keperluan diri. Aku menekan button ‘food’ di salah sebuah skin kecil, yang dikhusukan memang untuk makanan. Subhanallah, pelbagai jenis set makanan terpapar di skin gergasi, yang mana set-set itu amat diyakini kebersihan dan halalnya. Malah merangkumi semua aspek gizi yang seimbang, Disebabkan Negara Ethan ini, dipimpin oleh orang Islam, oleh itu, bidang bioteknologi hanya dikepalai oleh orang Islam. Tanpa membuang masa aku memilih set xy54.

  5 minit kemudian, sampailah sekotak bekas yang tertera perkataan ‘Global Muslim Product’. Merupakan satu-satunya syarikat di Negara ini  yang menyediakan sumber makanan yang berupaya untuk menyalurkan makanan ke seluruh penduduk di Negara Ethan tersebut, hatta di pendalaman-pendalaman sekali pun. Hal ini, disebabkan penduduk di Negara itu, diwajibkan menghafal al-quran sejak dari kecil, disebabkan itulah pihak kerajaan sangat-sangat menjaga pemakanan para penghafal al-quran dengan mengambil inisiatif sebegini. Hanya pemakanan yang betul-betul baik sahaja diluluskan. Tanpa membuang masa, aku pun menikmati hidangan yang disediakan tadi. Masih panas, ini menunjukkan ia baru disediakan  tadi. Alhamdulillah, nasi hujan panas berlaukkan ayam yang diperab herba serta sayur-sayuran hijau. Sungguh menyelerakan dan menyengangkan aku. Valdis dikananku hanya menemaniku dengan pandangan dan akhirnya dia tersenyum. Mungkin tergeletek dengan reaksiku sebentar tadi. Setelah selesai, aku meletakkan kembali pinggan kotor tadi ke dalam bekas tadi. Seterusya., menekan button, ‘send’. Lalu bekas yang tertera perkataan ‘Global Muslim Product’ kembali menghilang. Nyata sungguh hebat teknologi.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Valdis mengajakku ke sebuah pasaraya untuk membeli keperluan-keperluan yang lain. Kebetulan esok merupakan hari pertama di bulan Ramadhan, dimana umat Islam diwajibkan berpuasa. Pada awalnya aku menolak, mungkin kerana segan memakai pakaian lusuh yang tersarung di tubuhku. Namun Valdis seakan mengerti, dia menarikku ke sebuah lagi mesin yang tertera nama ‘Veto x11’ di atasnya. Rupa-rupanya, mesin itu merupakan mesin yang menempatkan pelbagai jenis baju-baju yang terbaru, dimana fesnyennya mengikut syarak yang digariskan oleh Islam. Aku memilih sehelai jubbah, berwarna ‘purple’ dihiasi dengan labuci-labuci nan indah. Dipadankan dengan tudung tulip labuh berwarna ungu lembut menambahkan lagi seri buat si pemakai. Aku masuk kedalam sebuah balang kaca, menekan button’ready’. Tiba-tiba asap-asap putih meliputi diriku, 8 saat kemudian, baju yang kupilih sebentar tadi, tersarung segak pada tubuhku. Aku juga menyarungkan sepasang kasut sandle bertumit tinggi, berwarna blue black. Menyempurnakan lagi diriku. Melihat cermin dihadapanku, lalu bergerak seiringan keluar dari rumah tersebut kali ini tanpa banyak bertanya, mungkin syubhah tadi telah diusir pergi, percaya kini mengambil tempat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------    

Monday 4 November 2013

Tarbiyah VS Teknologi


  Assalamulaikum. Terimalah cerpen dari ana, moga terhibur...
Mataku berpinar, pandanganku yang pada mulanya kabur, semakin jelas dek kerlipan yang semakin terang. Aku memerhati di sekeliling kelihatan asap-asap putih mengaburi mata. Lama-kelamaan asap itu seakan menghilang, memunculkan objek kebiru-biruan nan indah . Puas diteliti, ternyata objek itu adalah pintu gerbang yang sangat mewah, dihiasahi dengan kerawang-keranwang nan indah.       “ Assalamualaikum. Namaku Valdis x2. Cik perlukan bantuan”?? Seraya objek yang berbentuk seakan manusia, dihiasi imejnya dengan tudung tulip labuh. Cuma badannya tidak seperti manusia, tapi diperbuat dari aloi terampuh di dunia, diselubungi oleh mental, menjadikan robot itu semakin gagah kelihatan. Menghulurkan tangan sebagai tanda keprihatinannya, aku agak kaget, namun tanganku spontan mencapai tangannya, mungkin kerana terlalu letih,aku membiarkan tubuhku diangkat olehnya. Bergerak seiringan menuju pintu gerbang mewah tadi. Langkah dihanyun perlahan,mungkin terlalu penat ,namun kugagahi juga diriku ini.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Sesampainya kami disana tiba-tiba keluar sebuah skin digital sekitar 22 inci muncul terapung , memantulkan satu lagi imej robot muslimah. Meminta aku memasukkan ‘password’. Bibirku tetiba tergerak, ALHAMDULILLAH. Memanjatkan kesyukuran buat sang pencipta. Tanpa kusangka, pintu gerbang yang mewah tadi seakan bergetar, spontan terbukalah pintu yang mewah itu. Jasadku tiba-tiba terasa terserap di sebuah dimensi lain yang amat indah. Di hadapanku terbentang sebuah sungai susu yang airnya sentiasa mengalir tanpa henti.Di kiri kananku pokok-pokok nan menghijau menghiasi alam. Burung-burung terbang bebas tanpa ada yang menahan. Ditambah pula dengan alunan ayat suci al-quran yang sangat merdu. Spontan menyentap dadaku, menghasilkan satu aura yang sangat syahdu. Amat-amat menenangkan. “ Cik, jom ikut saya, saya nak bawak awak ke satu perkampungan di sebuah negara. Penyinapan, pakaian dan lain-lain, jangan risau. Ayuh!“.Dengan mesra robot itu memaut belakangku. Di sebabkan terlalu terpana dengan apa yang dilihat, bibirku seakan-akan terkunci, langkahku hanya mengikuti robot muslimah tadi tanpa wujud satu pun syubhah dalam hati, padahal aku bukan jenis yang begitu, yang terlalu mempercayai seseorang dengan satu pertemuan, satu kata-kata, apatah lagi dia bukan sapa-sapa. Namun, pada Valdis x2, walaupun hakikatnya dia bukan manusia biasa, namun ketenangan, keikhlasan yang dipancarkan manjadikan segala kesangsian seakan terbang bersama kepercayaan. “ Amelia Alyana, naiklah skuter x-800 ini. Jangan risau, walaupun kelajuannya mencapai 10km/j, namun Insya Allah awak akan selamat dengan lindungan-Nya jua. Ayuh kita mulakan perjalanan dengan doa, tawakal hanya kepada-Nya”.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
  Awan-awanan dikiri kanan tergantung bebas tanpa ada yang tali yang menyokong. Namun, itulah sunnatullah, yakni peraturan Allah. Hanya dialah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Pada awalnya aku berasa seolah-olah mimpi, aku benar-benar berada di langit biru. Diterbangkan angin-anginan yang nyaman. Ditemani oleh sang  burung-burang. Yang bebas kesana kemari . “ Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain yang maha pengasih. Sungguh dia Maha Melihat segala sesuatu.( Surah Al-Mulk:67:19). Sungguh benarlah kata-kata Allah .Kini aku baru mengerti tentang ayat ini, kalau dahulu aku hanya membaca tapi kita aku menyakini. Sunguh Tuhan milik kerajaan ini nyata hebat. Aku begitu teruja sekali, tidak pernah tergambar dalam hidupku, aku bakal menaiki sebuah skuter yang mampu terbang 10km/j. Valdis x2 dikiriku, yang sedari tadi mendiam, tiba-tiba bersuara,” Amelia, kita akan sampai ke sebuah perkampungan di sebuah Negara Ethnan dalam masa 5 saat dari sekarang. Tertera abjad 5..4..3..2.. di atas sebuah skin, bersama menghitung detik dan akhirnya 1..wusyyss!x3… skuter x-800 meluncur laju ke bawah dan akhirnya mencapai tanah jua. Aku dan Valdis x2 turun dari skuter tersebut.

Saturday 2 November 2013

Istiqamah kah kita??



Bismillahirahmanirahim..

Alhamdulillah.Syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi peluang kepada kita semua untuk terus hidup di dunia yang sementara ini.Setiapoksigen yang kita sedut semuanya merupakan rahmat Allah yang tidak ternilai harganya, yang tidak mampu dibayar ganti walau dengan beribu ringgit.Ayuh kita sama2 rasa akan mahabbah Allah kepadakita. Insyaallah.Okeylah, sebenarnya ana sendiri sebenarnya tak tahu nak share apa hari ini, etah tiba-tiba sahaja rasa macam nak menulis.

Insyaallahbuatsaudara-saudari yang dirahmati Allah sekalian, hariininak share tentangIstiqamah.Ana tahuananaklayakuntukberkata-kata, masihterlalubanyakkelemahan yang anaada.Tapiiniadalahsekadarperkongsianuntukkitabersama.Untukpengetahuansemua, haritusebelumbalikbercutiadalahsahabatana (ukhtiFatini) bercadanguntukmengadakan 1 game dengan adik2, selepastu kami f4 pun merancanglahuntukmenjayakan game tu.Sebenarnya  gametusangatlah simple namunhakikatnyamenterjemahkan 1001 hikmah yang hanyamampudilihatmelaluikacamata yang hakiki. Game tumacam games isi air dalamcebok(heheh) menggunakanbotol yang kotordanmempunyailubang( sajanakbagi air keluar). Kalaukitamemandangdenganmasakasar, kitahanyaberfikiruntukbermainbensungguh-sungguhuntukmengumpulkan air yang paling banyak.Padamulanyaitulah yang adik2 fikirkan,apabiladiumumkanpemenang, makakedengaranbunyitakbir yang gegakgempita.

Tapi kami kakak2 tidakhanyamembiarkan adik2terustenggelamdalammedanpertempuransahajatapiterusmembawamerekasupayamelihatlebihdalamlagi. Jadidisinianabukannakceritauntukantumsemuatapijugauntukana.Kisahnyabermulabegini, di zamandahulutinggalseorangdatuk yang telahlanjutusianyabersamaseorangcucunya.Lantaranterlalutua, sidatuktidakmempunyaikudratuntukbekerja.Namunmerekasangatmemerlukanwanguntukmenyarakehidupan.Jadisidatuk pun bekerjasebagaiseorangpetani.Kerjamerekahanyalahmengangkut air darisebuahsungai yang agakjauh. Tiba2 sidatukterlihatsebuahbotol yang sangatkotor. Jikadicucidenganaxionmungkinmengambilmasa yang agak lama.Jadisidatukmendapat idea laludiamenyuruhsicucupergimengambil air.Si cucutanpamembantah, terusmengikutiarahandatuknya, walaupunpadaawalnyadiajugahairandenganarahandatuknya.2 tiga kali sicucuulangaliktanpamembantah.Akhirnyadisebabkanterlalupenat, sicucumempersoalkankepadadatuknya.Datuknyadengansabarmenerangkanhalnya.
Wahaicucuku, sebenarnyaitulah yang dinamakanistiqamah.Sahabatbertanya, wahaiRasulullahapakanamalan yang paling baik ?Rasulullahmenjawab, 1 amalan yang sedikittetapiberkekalan.Sekarangcubakamulihatbekas yang padaasalnyakotor, sekarangsudahbersihbukan? Si cucumengangkuktandasetuju.Begitulahjugalahdengankeadaanhatikitacucuku, semakin lama, semakinbersih.Walaupunkitamelakukanamalan yang sedikittapiapabilaberterusanmakaiaakanmemberiimpak yang positifkepadahatikita. The End.
Moga2 cerita yang pendekdiatasmampumemberiimpakkepadadirikitasupayaterusmelakukanamalanwalaupunsedikittetapiistiqamah.Jangantinggal 3 amalanasas.
1.       Solatdengantertib
2.       Membaca al-Quran
3.       Berdoa.
Moga2 bermanfaatuntuksemua.Waallahua’lam.